Nuffnang

Friday, May 27, 2011

Hujan Air Batu a.k.a Hail Storm

Musim bunga atau Spring kebiasaannya di kaitkan dengar keceriaan, warna warni bunga-bungaan mengembang dipelusuk tempat. Tetapi di Dallas selain daripada itu, setiap kali kedatangan musim bunga ia juga masa berjaga-jaga dengan kedatangan musim tornado/puting beliung dan hujan air batu. Tahun ini agak lain dari kebiasaannya, sejak dari awal musim bunga, agak banyak amaran tornado diberitakan. Kebiasaanya apabila amaran tornado diumumkan di TV, internet atau sirens di neighborhood, ianya sekali dengan amaran hujan air batu. Kebiasaannya jika tornado tidak "touch-down", hujan air batu akan turun selepas itu.

Yang terbaru ialah kejadian 3 hari lepas, amaran tornado disiarkan di kaca TV affecting certain areas or cities. Tepat pada masa dijangkakan some places were hit by tornado touch down tetapi tempat kami alhamdulillah dilanda dengan hujan air batu. Kebiasaan sebelum ini hujan air batu hanya sebesar duit syiling 10 sens, tetapi 3 hari lepas saiz hujan air batu sebesar bola golf hingga ke sebesar telur ayam!

Suasana semasa hujan air batu turun agak menggerunkan dengan bunyi "batu" jatuh ke bumi or kebumbung rumah or even kebumbung kereta. Kereta yang park di open parking area memang tidak dapat diselamatkan lagi. Apabila hujan air batu berhenti, boleh diihat kereta yang kemek diseluruh badan kereta dan ada juga kereta yang pecah cermin depan or belakang. Kesian pada empunya kereta yang tiada insurance coverage, habis jatuh value kereta jika ada kesan hujan air batu.

Kebiasaannya dalam 1-2 minggu akan datang akan kelihatan iklan jualan murah kereta mangsa hujan air batu oleh kedai-kedai dealer kereta. Even ada kedai yang menawarkan kereta baru dengan promosi beli 1 dapat free 1. Apa nak buat, terpaksa jual murah, kalau tidak siapa nak beli kereta berlekuk sana sini kesan hujan air batu.

Bahaya hujan air batu di Texas juga menyebabkan kadar premium insurance kereta disini agak mahal sedikit jika dicompare dengan state di utara.