Nuffnang

Monday, April 11, 2011

Handphone a.k.a. Cellphone a.k.a. Mobilephone

Kalau tak silap Orangkualaibai mula kenal dengan telefon mudah alih pada awal 90an. Bermula dengan bentuk telefon sebesar beg tangan yang terpaksa dijinjing kemudian sedikit kemajuan after couple of years dengan bentuk sebesar botol air. By mid 90s barulah terdapat dipasaran handphone bersaiz "reasonable" sebesar tapak tangan. Evolution telefon bimbit sememangnya sesuatu yang menarik untuk diikuti, teknologinya begitu pantas berkembang. Dari telefon analog kepada era digital. Daripada skrin hitam putih kepada skrin berwarna. Daripada skrin kecil atau size keypad lebih besar dari size skrin kepada telefon yang langsung tiada keypad atau touchscreen phone. Dari resistive touch screen kepada smooth capacitive touch screen. Semuanya berlaku cuma dalam masa lebih kurang 20 tahun sahaja. Dan kini telefon bimbit bukan hanya sebagai alat penghubung suara, tetapi lebih kepada mini computer atau multimedia unit. Dari pandangan kasar, ramai mengguna telefon bimbit untuk messaging atau sms dan internet browsing daripada untuk berhubung suara.

Di zaman analog web browsing adalah satu perkara yang impossible. Perubahan kepada GSM membolehkan pengguna berjinak-jinak ke "world wide web" melalui phone dengan menggunakan WAP Browsing. Pada masa itu circa 1997, semua orang terpegun dengan kemudahan WAP browsing walaupun hanya several webpages yang boleh diakses. Kemudian diperkenalkan dengan GPRS dan EDGE. Bila datangnya 3G/UMTS, lebih comfortable untuk mobile browsing with better speed dan lagi kita diperkenalkan dengan HSDPA, HSUPA, HSPA dan terbaru HSPA+ dengan kelajuan 42Mbps!! Dan kini semua orang bercerita tentang 4G LTE pula. Secara mudah 4G is everything about data, kelajuan data rates over the internet atau ip world. Jika anda seorang pengguna yang "dont care" about mobile internet, tak perlu untuk ambil tahu tentang 4G.

Teringat dizaman mid 90's, belum ada lagi kemudahan prepaid phone. Prepaid diperkenalkan around 97-98. Harga telefon juga agak mahal di Malaysia pada masa itu. Sebiji telefon paling "koman" pun boleh hangus Rm500++. Bil bulanan pula tidak kurang dari Rm100 dan buleh mencecah beribu-riban bila dah syoq bergayutt! Jika diperhatikan harga telefon sehingga sekarang masih lagi dalam lingkungan RM300-Rm2000 walaupun perlbagai model baru dikeluarkan. Kekadang harganya tidak masuk akal langsung sehingga memcecah sebulan gaji junior executive.

Ada disesetengah negara, salah satu cara operator telekomunikasi untuk menarik pelanggan ialah dengan mensubsidikan harga telefon dengan syarat pelanggan perlu mengikat kontrak selama 1-2 tahun dengan operator tersebut. Ini sesuatu bentuk tarikan pemasaran yang biasa dilihat di Europe and Amerika. Pelanggan hanya perlu membayar small portion of the phone price atau kekadang langsung tidak perlu membayar harga telefon jika bersetuju untuk terikat dengan kontrak, setia dengan operator tersebut untuk suatu tempoh. Tidak pastu macamana dengan suasana di Malaysia samada serupa atau berbeza.

Seperti didalam gambar diatas, dengan hanya membayar $19.98 pengguna sudah boleh memiliki telefon bimbit prabayar yang termasuk dengan airtime credit bernilai $15.00. Ini bermakna nilai harga telefon tersebut cuma $4.98 sahaja!!! Langsung tidak masuk akal sebiji telefon bimbit cuma $4.98. Tapi itulah realitinya, operator mensubsidi harga telefon semata-mata untuk menarik pelanggan disituasi persaingan antara operator amat sengit. Oleh kerana persaingan sengit antara operator telekomunikasi disini, most operator sanggup menawarkan unlimited talk, text & web browsing for a fixed price of $50 sahaja setiap bulan!! Tidak perlu lagi bimbang bil telefon melambung naik tak terkawal tiap bulan. Dengan hanya bayar $50+tax, boleh bergayut, bersms, bermobile-facebook selama mana yang termampu. Itulah realitinya dihari ini..

Sekian serba ringkas evolusi teknologi telefon bimbit dari pandangan Orangkualaibai...

No comments: