Nuffnang

Wednesday, March 9, 2011

Senjata Api


Diantara negara-negara maju didunia, nisbah senjata api per penduduk yang paling tinggi ialah di USA. Kenapa di USA ramai yang memiliki senjata api? Murah ke senjata api disana? Mudah ke untuk memiliki senjata api di sana? Antara persoalan yang akan bermain di kepala. Lihat sahaja di TV series atau movie-movie Hollywood, tembakan sana sini, senjata api yang sentiasa kelihatan di rumah-rumah.

Apabila tinggal di sini, isu ini tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik. Senjata amat mudah diperolehi atau dibeli. Even di sport store ada special section yang menjual pelbagai senjata api seperti pistol dan rifle automatic. Cuma senjata tersebut dipamerkan didalam glass cabinet dan behind a counter. Even kadang-kadang terdapat sale & discount juga untuk senjata api seperti pakaian atau barang2 lain. Apa yang lebih "menarik", anda tidak perlu memiliki licence untuk membeli senjata api dan meyimpannya dirumah. Licence diperlukan jika anda membawa senjata api bersama-sama (ditubuh badan) atau dipanggil "concealed weapon" dan juga jika menyimpan di glove box kereta. Jika sentaja disimpan didalam boot kereta tidak perlukan licence, but jika ditahan polis MESTI diberitahu kepada polis yang terdapat senjata api didalam boot kereta atau dimana-mana.

Di Texas, ada satu peraturan yang wajib diketahui oleh mereka yang baru datang tinggal disini iaitu jangan sekali-kali menceroboh kawasan rumah persendirian yang anda tidak kenali. Tuanpunya rumah berhak untuk menembak penceroboh dan dengan persekitaran yang mana senjata mudah dimiliki oleh sesiapa, ini adalah sesuatu yang patut diambil serius oleh sesiapa. Even kalau hendak buat pusingan u-turn semasa memandu, cuba elakkan dari masuk ke driveway rumah orang tidak dikenali. Maut mungkin menanti... ;-)

Salah seorang sahabat disini bercerita, pernah satu masa dahulu terjadi peristiwa tragik dimana seorang budak berbangsa asing meraikan hari Halloween pada malam hari. Kebetulan budak itu tidak berapa memahami bahasa Inggeris. Hendak dijadikan cerita budak itu telah melintas kawasan salah sebuah rumah, dan tuan punya rumah yang mungkin seorang psycho, telah menjerit memberi amaran untuk "stop". Budak itu mungkin tidak mendengar atau tidak paham atau sengaja tidak mendengar telah ditembak oleh tuan rumah dan mati ditempat kejadian. Setelah diadili, penembak telah lepas dari apa-apa hukuman kerana haknya sebagai tuan punya properti dan haknya melindungi propertinya.

Jadi tidak hairanlah kekadang kita mendengar berita pelajar atau sesiapa mengamuk menggunakan senjata api sehingga menyebabkan kematian. Tahun lepas kalau tidak salah, ada beberapa kes pelajar mengamuk menggunakan senjata api dan melibatkan kematian berlaku di kolej atau universiti di US. Mungkin sesuatu yang jarang didengar dinegara-negara lain (except in those negara yg politically unstable e.g. Iraq etc). Kalau di Malaysia, most kejadian mengamuk masih pakai parang sahaja setakat ni. But who knows in 10-20 years kalau undang-undang pemilikan senjata api tidak dikawal dengan baiknya, senario yang berlaku di US hari ini mungkin akan didengar di Malaysia pula...


2 comments:

Sizuka said...

My husband's friend was shot dead while delivering a pizza masa zaman dia belajar dulu. dia deliver pizza to rumah this one mamat black, then instead of payment, org tu tembak dia on the spot. giler!

liyas said...

Bahaya kan mudah sangat dengan senjata api ni..