Nuffnang

Monday, March 21, 2011

Rim Sukan Melampau...


Kegilaan empunya kenderaan disini terhadap "rim sukan" sedikit berbeza dengan suasana di Malaysia. Most pengguna kereta baru disini akan keep with the production rim, jarang kelihatan kereta baru atau yang berumur less than 3 years menggunakan after market rim. Suasana sebaliknya jika di Malaysia yang mana hinggakan ada empunya kereta yang terus pergi ke kedai sport rim sebaik keluar dari kedai dealer kereta. Biasanya berlaku untuk jenama kereta nasional atau Proton, Perodua etc.

Terfikir juga, betapa kayanya orang-orang Malaysia ni, baru sahaja berhabisan berbelanja (walaupun hutang) sebanyak lebih kurang RM40k untuk Proton Wira, terus sambung belanja for another RM2-3k (maybe hutang lagi... kredit kad pula) untuk sport rim. Biasanya sport rim bersaiz 15", 16" or 17" yang paling menjadi pilihan hati. Itu situasi 6-7 tahun yang lepas, tak pasti samada situasi serupa masih berterusan sekarang ini.

Disini, kebiasaannya mereka yang berminat dengan sporty looks car akan membeli sport model, contohnya untuk Honda Civic, mereka yang kaki sport car akan membeli Civic versi Si yang datang dengan 17" rim atau Toyota Camry versi SE yang datang dengan full skirting dan juga 17" sport rim. Jadi tidak perlu untuk menukar sport rim semasa kereta masih baru atau masih dalam warranty.

Tetapi disini ada satu golongan peminat sport rim atau boleh juga dikatakan "fanatik" sport rim. Kereta atau trak dipasang dengan sport rim bersaiz extreme/gedabak a.k.a. rim sukan melampau. Biasa dilihat ialah seperti contoh gambar diatas, kereta lama berumur 10 tahun atau older tetapi dipasang dengan sport rim gedabak. Memang entah apa2 rupa jadinya dan easily said, kereta tu & sport rim nampak not balanced at all. Sekali tengok macam belalang kateh pun ada. Disini kereta yang sebegini lazimnya, empunya ialah mamat hitam atau African American dan Latino. Setakat ini belum pernah lagi ternampak orang putih yang berkereta macam ni. Kereta seperti itu maybe berharga less than $3-4k dan harga sport rim + tyres tu maybe lebih kurang $2-3k. Contoh yang amat tepat sekali untuk perumpamaan melayu.. "umpama mahal tali dari lembu.."!!

Satu lagi kegilaan ialah sport rim saiz gedabak yang dipasang pada pickup truck atau suv. Sekali lagi kebiasaanya empunya kenderaan sebegini ialah mamat hitam atau Latino dengan rim bersaiz 19", 20" atau 21". Citarasa dua kaum ini memang unik.... bukan sahaja dari segi minat terhadap menghias kenderaan tetapi juga pada pakaian dan penampilan. Dah namapun manusia, setiap kaum dan golongan ada identiti dan perangainya yang tersendiri termasuklah kita orang Melayu....

No comments: