Nuffnang

Monday, February 21, 2011

Car Wash

Gambar diatas suasana di car wash during weekend selepas Dallas dilanda winter storm. Semua orang berebut-rebut untuk basuh kereta yang dah kelabu asap melekat segala debu, pasir selepas ais dan snow cair. Its good untuk basuh kereta secepat mungkin untuk hilangkan segala pasir dan garam yang melekat dari jalan raya. Semasa freezing/snowy days, jalanraya akan ditabur pasir dan garam untuk elakkan ais atas jalanraya. Alhamdulillah disini waktu beku & salji cuma last for 1-2 weeks sahaja.

Jika di Europe almost the whole 3 months dari December ke February cuaca beku dan bersalji. Dan sepanjang itu jugalah kereta tak berbasuh dan dipenuhi ais melekat. Satu keajaiban kalau nampak kerata yang bersih berkilat di musim winter.

Kos membasuh kereta disini masih lagi reasonable sekitar USD5 untuk basuh sahaja. Tetapi jika termasuk vacuum interior akan jadi lebih kurang USD20! Mahal gila almaklumlah bila kena vaccum dalam kereta dah menggunakan tenaga manusia, ini yang buat jadi mahal. Basuh kereta cuma via machine. Di Austria juga kalau tak silap dalam EUR 5 untuk basuh sahaja. Berapa agaknya kos basuh kereta di Malaysia sekarang ini? Kalau 5 years ago dalam RM10 untuk cuci+vacuum. Masih murah lagi atau makin mahal?

2 comments:

melin said...

seingat saya masih sama lagi harga basuh keta di Malaysia iaitu sekitar RM10 untuk cuci+vakum.

potech said...

sini, tengok tempat ah ada hok murah, dlm RM5 skali ngan vacum ada lagi. Maksimum RM10 basuh + vacum. Aku wasee tranung mahal gok basoh kheta.