Nuffnang

Monday, February 21, 2011

Car Wash

Gambar diatas suasana di car wash during weekend selepas Dallas dilanda winter storm. Semua orang berebut-rebut untuk basuh kereta yang dah kelabu asap melekat segala debu, pasir selepas ais dan snow cair. Its good untuk basuh kereta secepat mungkin untuk hilangkan segala pasir dan garam yang melekat dari jalan raya. Semasa freezing/snowy days, jalanraya akan ditabur pasir dan garam untuk elakkan ais atas jalanraya. Alhamdulillah disini waktu beku & salji cuma last for 1-2 weeks sahaja.

Jika di Europe almost the whole 3 months dari December ke February cuaca beku dan bersalji. Dan sepanjang itu jugalah kereta tak berbasuh dan dipenuhi ais melekat. Satu keajaiban kalau nampak kerata yang bersih berkilat di musim winter.

Kos membasuh kereta disini masih lagi reasonable sekitar USD5 untuk basuh sahaja. Tetapi jika termasuk vacuum interior akan jadi lebih kurang USD20! Mahal gila almaklumlah bila kena vaccum dalam kereta dah menggunakan tenaga manusia, ini yang buat jadi mahal. Basuh kereta cuma via machine. Di Austria juga kalau tak silap dalam EUR 5 untuk basuh sahaja. Berapa agaknya kos basuh kereta di Malaysia sekarang ini? Kalau 5 years ago dalam RM10 untuk cuci+vacuum. Masih murah lagi atau makin mahal?

Friday, February 18, 2011

Sonic-America's Drive-In!

Salah satu restoran yang unik terdapat disini ialah Sonic. Dengan tagline nya "America's Drive-In", ianya not just a regular drive-through seperti kebanyakan restoran fast-food yang lain. As in the pic above, pelanggan just drive in to designated spot, park and make order via the machine sama seperti jika order di drive-through lane. Cuma disini, pelanggan akan terima order dari pelayan yang datang berkasut roda ke kereta dan pelanggan akan menikmati makanan terus didalam kereta.

Ada juga option untuk makan di meja-meja yang disediakan but mostly yang datang ke sini makan di dalam kereta. Inilah keunikan restoran Sonic ini jika dibandingkan dengan restoran-restoran fast food lain. Unfortunately tiada apa yang boleh dimakan direstoran ini besides air & fries, yang lain semuanya non-halal so belum pernah lagi merasa makan disini. Restoran ini memang amat sesuai dengan perangai orang disini yang seboleh-bolehnya malas hendak keluar dari kereta dan berjalan beberapa tapak. Semuanya kalau boleh hendak diuruskan dari dalam kereta. Besides drive through restaurant, even disini juga sudah ada drive through ATM machine dan drive through pharmacy counter.