Nuffnang

Friday, January 7, 2011

Puyuh


Burung puyuh! Rasanya boleh dikategorikan sebagai makanan eksotik disini. Ternampak ada dijual disalah satu store Indian disini dengan harga $8.99 for frozen 6pieces. Boleh tahan la harganya. Sekali sekala kalau teringin nak merasa puyuh apa salahnya. Tambah pula kalau goreng rangup bersalut garam kunyit, dimakan dengan sos cili, sampai ke tulang habis hancur boleh dimakan!

Cerita mengenai burung puyuh, teringat semasa zaman sekolah menengah dulu-dulu. Pernah sekejap membela burung puyuh dirumah. Sanggup berbasikal dari rumah di Kuala Ibai ke kedai burung di Gong Kapas semata-mata untuk membeli anak burung puyuh. Semangat nak membela burung puyuh punya pasal sanggup berbasikal dari Kuala Ibai sehingga ke Gong Kapas! Bila cerita pasal berbasikal dengan kawan-kawan sekampung teringat pula semasa berbasikal dari Kuala Ibai ke Rusila untuk mendulang emas di Lubuk Mandi! Next time cerita pasal carik emas kat Lubuk Mandi ni.

Balik mengenai burung puyuh, reban cuma dibuat dari kayu-kayu buruk dan lantai pula diletak pasir pantai. Tambah lagi dengan beberapa tompok rumput. Rumput yang dikorek setongkol dengan akarnya sekali terus letak dalam reban. Burung puyuh habitatnya suka dengan tempat berpasir, depa ni suka mengais. Rumput pulak untuk puyuh ni berselindung dari sejuk ka, kira macam habitat asli di luar sana la tu. Kalau di Kuala Ibai, stok pasir pantai bukan satu masalah. Membela burung puyuh ni, saat yang ditunggu-tunggu ialah apabila puyuh dah besar dan mula bertelur. Satu sign menandakan puyuh ready untuk bertelur ialah bila depa mula berkokok. Itu la tandanya puyuh itu sudah "baligh" untuk bertelur. Pagi-pagi mula lah terhendap-hendap depan reban cari telur puyuh. Telur puyuh rebus memang sedapppp tambah letak pula dalam maggi perasa ayam panas-panas! Lazaatttttt!


Bila membela burung puyuh, jangan sekali-kali biarkan puyuh terlepas dari reban. Walaupun dah berbulan-bulan duk dalam reban, sekali terlepas..... impossible untuk dapat tangkapnya semula. Burung puyuh tak terbang macam burung normal. Seolah-olah mcm melompat dalam jarak several meters then jatuh ketanah dan lari. Bila dikejar depa melompat & terbang beberapa meters sekali lagi. Sesapa yang dapat tangkap puyuh dengan tangan memang handal lah orangnya!

Pengalaman membela burung puyuh semasa zaman kanak-kanak memang seronok. Apa lagi bila puyuh kita mula bertelur dan puyuh kawan lain belum bertelur lagi. Semacam satu kejayaan mempuyuhkan puyuh-puyuh belaan!

No comments: