Nuffnang

Tuesday, January 25, 2011

KAU DENIM BLUE by Hishamudin Rais

An excellent piece from Hishamuddin Rais. A must read...

KAU DENIM BLUE

lihat dan saksikan
bertapa setianya kau menjaga kami
ketika aku di jalan raya
kau setia rapat dengan aku
ketika aku lari laju
kau tidak meninggalkan aku
kaulah teman
kau lah sahabat
kau lah kawan
ketika aku bertempur
ketika aku sejuk
ketika aku panas
kau sentiasa bersama
setiakawan sepanjang zaman

kau licah
kau gagah
kau setia
kau ranggi
kau indah
kau cool
kau lah teman anak muda di jalan raya

kau lah yang cool

aku temui kau di san francisco
ketika arwah lennon menyanyikan lagu give peace a chance
aku temui kau di lagos ketika polis meruntuhkan bidonville
aku temui kau di karachi
ketika anak muda bangun menentang zia ul haq
aku temui kau di tehran
ketika anak muda bangun mendobrak shah
aku temui kau di peking
ketika kereta kebal mula merusuh
aku temui kau di praque
dimusim bunga itu
aku temui kau di london
ketika anak mahasiswa bangun melawan
aku ternampak kau di paris
pada mei 68

aku bertemu dengan kau di kuala lumpur
di sudut pidato universiti malaya
kau ranggi dan cool

aku ternampak lagi kau
kacak dan bergaya
bersama anak anak muda di tunis
merayakan kemudaan


lalu aku bertanya
ah! kau pun ada disana

denim blue kau merentas dunia
kaulah internationalis

nyanyikan sekali lagi imagine lagu arwah lennnon
laungkan sekali lagi slogan keadilan
dengarkna suara anak anak muda menuntut hak mereka
kau lah yang cool
kau denim blue dijalan raya kau bertempur

putarkan sekali lagi internationale
biarkan aku dalam blues

by Hishamudin Rais aka Tukar Tiub

No comments: