Nuffnang

Saturday, January 29, 2011

99¢ Burger!


Semasa tengah asyik menonton TV, ada iklan Wendy's dengan menayangkan meals nya yang semurah 99 cents sahaja!! Aduh... alangkah bahagia dan nikmatnya jika semua menu di Wendy's ini halal dan boleh dimakan. Kalau seketul burger cuma 99 cents, mewah2!!! Kalau tak silap di Malaysia pun dah ada franchise Wendy's dibuka. Ada pernah seorang kawan Filipino pernah memberitahu yang ayam goreng di Wendy's is the best kalau compare dengan fast food chain yang lain. Entahlah... tak pernah rasa even semasa balik ke Malaysia last summer tak sempat nak merasa.

Bercerita pasal burger, disini ada several restoran halal yang menyediakan menu American food seperti burger, sandwiches, fried chicken, buffalo wings etc. So tidak le kempunan kalau terasa hendak merasa American food, made in kedai bukannya sendiri bikin di rumah. But harga halal American food biasanya sedikit mahal but reasonable jika dicompare dengan harga di established fast food chain e.g. McD, KFC, Wendys etc, anyway it taste as good as those chains.

Antara restoran halal around Dallas yang menyediakan American menu are Hot n Crunchy, Chilli Peppers & Texan Chicken. Teringat Philly cheese steak sandwiches... uuhhh yummyy!!!



Tuesday, January 25, 2011

KAU DENIM BLUE by Hishamudin Rais

An excellent piece from Hishamuddin Rais. A must read...

KAU DENIM BLUE

lihat dan saksikan
bertapa setianya kau menjaga kami
ketika aku di jalan raya
kau setia rapat dengan aku
ketika aku lari laju
kau tidak meninggalkan aku
kaulah teman
kau lah sahabat
kau lah kawan
ketika aku bertempur
ketika aku sejuk
ketika aku panas
kau sentiasa bersama
setiakawan sepanjang zaman

kau licah
kau gagah
kau setia
kau ranggi
kau indah
kau cool
kau lah teman anak muda di jalan raya

kau lah yang cool

aku temui kau di san francisco
ketika arwah lennon menyanyikan lagu give peace a chance
aku temui kau di lagos ketika polis meruntuhkan bidonville
aku temui kau di karachi
ketika anak muda bangun menentang zia ul haq
aku temui kau di tehran
ketika anak muda bangun mendobrak shah
aku temui kau di peking
ketika kereta kebal mula merusuh
aku temui kau di praque
dimusim bunga itu
aku temui kau di london
ketika anak mahasiswa bangun melawan
aku ternampak kau di paris
pada mei 68

aku bertemu dengan kau di kuala lumpur
di sudut pidato universiti malaya
kau ranggi dan cool

aku ternampak lagi kau
kacak dan bergaya
bersama anak anak muda di tunis
merayakan kemudaan


lalu aku bertanya
ah! kau pun ada disana

denim blue kau merentas dunia
kaulah internationalis

nyanyikan sekali lagi imagine lagu arwah lennnon
laungkan sekali lagi slogan keadilan
dengarkna suara anak anak muda menuntut hak mereka
kau lah yang cool
kau denim blue dijalan raya kau bertempur

putarkan sekali lagi internationale
biarkan aku dalam blues

by Hishamudin Rais aka Tukar Tiub

Friday, January 7, 2011

Puyuh


Burung puyuh! Rasanya boleh dikategorikan sebagai makanan eksotik disini. Ternampak ada dijual disalah satu store Indian disini dengan harga $8.99 for frozen 6pieces. Boleh tahan la harganya. Sekali sekala kalau teringin nak merasa puyuh apa salahnya. Tambah pula kalau goreng rangup bersalut garam kunyit, dimakan dengan sos cili, sampai ke tulang habis hancur boleh dimakan!

Cerita mengenai burung puyuh, teringat semasa zaman sekolah menengah dulu-dulu. Pernah sekejap membela burung puyuh dirumah. Sanggup berbasikal dari rumah di Kuala Ibai ke kedai burung di Gong Kapas semata-mata untuk membeli anak burung puyuh. Semangat nak membela burung puyuh punya pasal sanggup berbasikal dari Kuala Ibai sehingga ke Gong Kapas! Bila cerita pasal berbasikal dengan kawan-kawan sekampung teringat pula semasa berbasikal dari Kuala Ibai ke Rusila untuk mendulang emas di Lubuk Mandi! Next time cerita pasal carik emas kat Lubuk Mandi ni.

Balik mengenai burung puyuh, reban cuma dibuat dari kayu-kayu buruk dan lantai pula diletak pasir pantai. Tambah lagi dengan beberapa tompok rumput. Rumput yang dikorek setongkol dengan akarnya sekali terus letak dalam reban. Burung puyuh habitatnya suka dengan tempat berpasir, depa ni suka mengais. Rumput pulak untuk puyuh ni berselindung dari sejuk ka, kira macam habitat asli di luar sana la tu. Kalau di Kuala Ibai, stok pasir pantai bukan satu masalah. Membela burung puyuh ni, saat yang ditunggu-tunggu ialah apabila puyuh dah besar dan mula bertelur. Satu sign menandakan puyuh ready untuk bertelur ialah bila depa mula berkokok. Itu la tandanya puyuh itu sudah "baligh" untuk bertelur. Pagi-pagi mula lah terhendap-hendap depan reban cari telur puyuh. Telur puyuh rebus memang sedapppp tambah letak pula dalam maggi perasa ayam panas-panas! Lazaatttttt!


Bila membela burung puyuh, jangan sekali-kali biarkan puyuh terlepas dari reban. Walaupun dah berbulan-bulan duk dalam reban, sekali terlepas..... impossible untuk dapat tangkapnya semula. Burung puyuh tak terbang macam burung normal. Seolah-olah mcm melompat dalam jarak several meters then jatuh ketanah dan lari. Bila dikejar depa melompat & terbang beberapa meters sekali lagi. Sesapa yang dapat tangkap puyuh dengan tangan memang handal lah orangnya!

Pengalaman membela burung puyuh semasa zaman kanak-kanak memang seronok. Apa lagi bila puyuh kita mula bertelur dan puyuh kawan lain belum bertelur lagi. Semacam satu kejayaan mempuyuhkan puyuh-puyuh belaan!