Nuffnang

Saturday, October 9, 2010

Gusti...

Setelah lebih kurang 10 bulan tinggal di Dallas, malam tadi tetiba tergerak untuk menonton rancangan Gusti semasa scrolling channel yang ada di TV. Sebelum ini memang takda "nafsu" langsung nak tengok rancangan gusti. Tetiba malam tadi melekat di kerusi selama sejam duk melayan rancangan gusti. Sudah bertahun-tahun tidak menonton gusti, enjoy juga tengok gelagat ahli gusti "berlakon" sesama mereka diatas gelanggang dengan pelbagai ragam dan gaya. Di salah satu channel TV disini, hampir setiap malam ada rancangan gusti. Almaklumlah tanah tumpah asalnya hiburan ini.

Bercerita tentang gusti, teringat semasa di zaman sekolah menengah pada tahun 80an, rancangan gusti adalah antara yang paling diminati. Siap boleh kenal almost ahli gusti yang bertanding. Di zaman itu grup gusti yang terkenal ialah WWF (World Wrestling Federation). Majalah gusti juga antara yang gemar dibaca, kekadang siap gunting gambar ahli gusti ditampal di kulit buku sebagai idola. Waktu itu memang 100% percaya yang sukan gusti ini adalah "real", benar-benar berlaku, benar-benar bergaduh diatas gelanggang dan diluar. Mana tak percaya kalau siap berdarah-darah keluar. Topik gusti juga selalu jadi topik bualan antara geng-geng peminat gusti disekolah. Antara ahli gusti yang paling popular waktu itu ialah Ultimate Warrior, Hulk Hogan, Macho Man Randy Savage, Andre The Giant, Jake The Snake etc. Masing-masing ada idola dan peminat tersendiri. Kalau tak silap seminggu sekali ada rancangan gusti di TV. Dan video gusti juga juga dijadikan tarikan menarik pelanggan disesetengah warung atau restoran. Pelanggan boleh melekat berjam-jam dimeja makan jika mula menonton gusti. Bukan setakat menonton tetapi siap dengan tangan menghentak meja, mengomen dan marah-marah jika ahli gusti yang disokong tidak beraksi dengan baik.

Semasa di awal tahun 90an, zaman belajar di universiti, tinggal di area Kg Datuk Keramat. Pasar Datuk Keramat menjadi tempat wajib untuk membeli makanan hampir setiap hari. Almost setiap kedai makan di Pasar Datuk Keramat menayangkan video gusti sebagai umpan menarik pelanggan. Kekadang sesama tumpang bertenggek melayan aksi ahli gusti "bergaduh" didalam gelanggang. Memang meriah jika menonton gusti di kedai makan.. memang riuh dengan suara-suara jeritan peminat fanatik gusti. Memang seronok hingga lupa masa berlalu berjam-jam. WrestleMania... Royal Rumble... antara perkataan yang tidak asing bagi peminat gusti. Agaknya sekarang ini pun kedai-kedai makan di Pasar Datuk Keramat masih lagi menayangkan video gusti. Wallahualam...

Semasa zaman ini jugalah baru ketahui yang rancangan gusti ini hanyalah lakonan semata-mata. Ahli gusti yang "bergaduh" digelanggang adalah para ahli gusti professional yang dengan berjayanya mengkhayalkan berjuta-juta peminatnya diseluruh dunia. Kemudian WWF juga bertukar nama menjadi WWE (World Wrestling Entertainment). Memang tepat sekali nama itu sebab ianya hanyalah hiburan semata-mata bukanya pertarungan sukan gusti yang sebenarnya seperti yang dipertandingkan di acara sukan seperti sukan Olimpik.

Apa yang peliknya walaupun diketahui yang rancangan gusti ini hanyalah lakonan semata-mata tetapi peminat-peminatnya tetap terus menontonnya. Jika dilihat di TV, stadium yang mengadakan acara gusti ini tetap penuh padat dengan penonton dan peminat setianya. Umpama menonton acara sukan sebenar!

Semalam dikaca TV almost semua ahli gusti adalah muka-muka baru, tiada lagi Hulk Hogan (dah jadi artis realiti TV), Ultimate Warrior (rambut dah pendek), Jake The Snake, Andre The Giant (mati sakit jantung), Macho Man Randy Savage.... Semuanya muka-muka baru, dengan entah pelbagai nama, sorang pun tak kenal. Walaubagaimanapun, tetap terhibur jiwa raga sekali sekala melayan aksi-aksi ahli gusti!