Nuffnang

Wednesday, September 8, 2010

Seloka Eid Mubarak!


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Pagi ini semasa bangun pagi
Bukak radio, belum gosok gigi
Terdengar takbir raya berseri-seri

Orang di Malaysia tengah bergumbira
Disini baru lepas sahur terahir makan roti kaya
Sekejap lagi hendak pergi kerja
Mood raya! Mood raya!

Hari ini masak lemang & rendang
Malam pula pergi bertandang, takbir raya dengan kawang-kawang
Sampai Sabtu ada jemputan makang-makang
Inilah masanya nak makan macang-macang

Masjid Irving, sembahyang raya ada 2 sessi
Kami akan pergi sessi pukul 8 pagi
Mesti semuanya muka berseri-seri
Apa taknya dah dapat makan pagi

Di pasaraya Mydin kuih raya dibeli
Semasa kami balik ke Malaysia baru-baru ini
Belum raya lagi 3 bekas dah takda isi
Mana tahan maa... tak makan rugi

Hari ini budak-budak masih kesekolah
Mana ada cuti, kalau ponteng pulak salah
Tapi esokkan raya, amik cuti juga lah
Sehari saja takan tak bolah (boleh)

Pagi raya terasa nak makan nasi minyak
Makan sikit tak boleh banyak-banyak
Nanti rumah kekawan nak makan jugak
Karang takda tempat lagi nak sumbak (sumbat)

Pagi raya, rumah korang masak apa
Mesti pelbagai jenis, rupa dan rasa
Jangan lupa jemputlah kita juga
Kalau jauh tolong makan pun dah takpa

Sudah panjang merapu kali ni
Lama termenung takda idea lagi
Sekali lagi untuk semua pembaca disini
Selamat Hari Raya Aidil Fitri!







4 comments:

Herri said...

bro...Selamat Hari Raya Idulfitri...Minal Aidin Wal Faizin...Maaf Lahir Batin...

Hatiminda Twentie dah tukar la bro...ni yang baru punya, sambungan dia pun...

http://www.mindaizami.blogspot.com/

Herri

potech said...

slamat ari raya, maaf zahir & batin but deme & keluarga dinung. Joe, bakpe solat raya buat 2 sesi dinung?

joe said...

selamat hari raya juga dari aku sekeluarga.

bila nak mai honeymoon ke US?

joe said...

potech: selamat hari raya. sebenornya ada 3 sessi solat raya sebab dok muat masjid. ramai sgt orang Islam kat sini even masjid besor doh tu...