Nuffnang

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan 1431H

Ramadhan tiba lagi. Kali ini menjalanai ibadah puasa di Dallas pula selepas 3 tahun berpuasa di Vienna. Mungkin sedikit berbeza suasana menjalani ibadah puasa disini jika dibandingkan semasa di Vienna. Sedikit perbezaan yang ketara ialah jika semasa di Vienna, pergerakan kemana-mana mainly dengan berjalan kaki atau menaiki train tetapi disini mainly berkereta. Apabila berjalan kaki makanya pelbagai suasana & pemandangan yang menjadi tatapan mata samada yang baik atau buruk untuk pahala puasa. Paham-paham saja lah jika diwaktu summer dinegara "orang putih", pemakaian depa umpama tak cukup kain. Kuruih pahala puasa disini, takan nak berjalan kaki pandang bawah saja kan.

Berpuasa dinegara bukan Islam ini cabarannya sedikit lebih hebat dari berpuasa di Malaysia atau dinegara Islam. Disini samada diluar atau di tempat kerja, terpaksalah menahan mata, telinga malah juga lubang hidung dari melihat, mendengar dan menghidu bau makanan & minuman terutamanya kopi panas diwaktu pagi semasa di tempat kerja yang menusuk-nusuk lubang hidung terus ke otak! Sengsaraaa jiwa raga!!

Berpuasa di musim panas di sini juga agak mencabar. Waktu imsak pada lebih kurang 5:30am dan berbuka hanya pada lebih kurang 8:15pm. Lebih kurang 13 jam berpuasa. Dengan cuaca diluar averagenya 35-40C, menyengat tubuh badan jika berada diluar rumah.

Puasa kali ini juga istimewa kerana sempat berpuasa di Malaysia selama 3 hari. Sempatlah bersesak-sesak dicelah orang ramai menjamu mata & hidung di bazar ramadhan Taman Melawati. Sempatlah berbuka puasa bersama ibu-bapa & sedara-mara dengan juadah yang telah lama diidamkan. Sempatlah merasai suasana membeli-belah baju & kueh raya di Malaysia juga. Sudah 5 tahun kami tidak merasai suasana itu semua. ;-)

Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua.