Nuffnang

Thursday, June 10, 2010

FIFA World Cup 2010

Kurang 2 hari sahaja lagi akan bermulalah kejohanan sukan antara yang terbesar di dunia di samping sukan Olimpik. Apa lagi kalau bukannya bolasepak Piala Dunia!! Seluruh dunia menunggu dengan tidak sabar untuk melihat dan menikmati kehebatan pasukan-pasukan yang bertanding, beraksi diatas padang. 32 buah negara akan bertarung selama sebulan untuk menentukan siapakah jaguh sebenar sukan bolasepak di dunia.

Negara manakah yang nampaknya berpeluang untuk memenangi World Cup kali ini? Ada yang menjangkakan negara Sepanyol atau pun Brazil. Atau mungkin Argentina yang mempunyai bintang bolasepak dunia iaitu Lionel Messi? Holland, Portugal, Italy & England juga tidak boleh dinafikan kehebatannya mereka di atas padang. Semuanya mempunyai kelebihan masing-masing.

Kali ini kejohanan Piala Dunia diadakan di South Africa. Dan buat kali kedua kami akan menyaksikan World Cup dari bumi USA. Disebabkan oleh perbezaan masa antara South Africa dan USA, makanya kami disini akan berpeluang untuk menonton perlawanan di waktu pagi & petang. Untuk sesama memeriahkan kejohanan Piala Dunia, di tempat kerja disediakan khas satu bilik mensyuarat yang dilengkapi 2 monitor TV yang besar, khusus untuk menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia! Cayalah!!

Bercerita mengenai bolasepak di USA atau disini dipanggil "Soccer" instead of "Football". Sukan bolasepak sekarang ini agak diminati oleh kebanyakan rakyat USA walaupun masih tidak boleh menandingi populariti sukan "American Football", Bolakeranjang atau Baseball. Setidak-tidaknya setiap weekend mudah kelihatan di park atau padang, mereka yang bermain bolasepak samada secara suka-suka atau pertandingan. FYI, currently pasukan bolasepak wanita USA berada di ranking no.1 dunia!!!! Women World Cup akan diadakan nexy year(2011) di Germany.

Negara manakah akan muncul juara kali ini? Pasukan manakah yang paling membuat kejutan dengan keputusan-keputusan yang luar dijangkaan? Pemain manakah yang paling menonjol sebagai bintang di World Cup 2010 ini? Semuanya akan terjawab mulai June 11 sehingga July 11th!! Apalagi.... jom tengok bola, makan bola, tidur bola!!!

4 comments:

potech said...

Joe, tiwi aku dok ok lagi nim. Opih mung siap ada live lagi tow, dok aci nggoh. Napok gaya ke'da mamak la jadi stadiong aku

Jarr said...

weihh baguhla opis mung, boh aku dedua british, tapi dok kacik mana nok letok skrin dlm bilik meeting.

aku rase dia tahu england dokleh menang mok'o...ke guane?

joe said...

yg tambah best lagi, siapa teka result game dgn tepat ada hadioh berupa jersey bola team US, replika bola world cup 2010, sport bag atau $50 gift card.

potech: tiap2 malam kedda mamak.. dgn mamak dengan mung skali gemok bahang roti canai sokmo hari2.

jarr: england dok rokk soheh dohh! boh mung kaki rugby atau kriket kott..

liyas said...

Takde orang yakin Jepun atau Korea Selatan jadi juara? Hmmm