Nuffnang

Thursday, June 17, 2010

Once Upon A Time in... Xi'an, China part finale.

Sudah lebih 6 bulan, cerita ini tergantung barulah ada peluang untuk "menyambung" penceritaan kembara di tanah Xi'an. Di dalam part 1, bercerita mengenai perjalanan dari Zhengzhou ke Xi'an dan melawat sekitar bandar Xi'an dan muzium Terracota Army. Dari bandar Xi'an, ke stesen keretapi untuk meneruskan perjalanan ke pekan Huayin, dengan tujuan utama dan azam berkobar-kobar untuk menawan gunung Huashan! Tertarik apabila melihat gambar-gambar pemandangan cantik dipuncak gunung Huashan dan ditambah pula galakan dari rakan-rakan sekerja tempatan yang begitu menggalakkan untuk mendaki gunung ini.

Nasib agak malang semasa di stesen keretapi Xi'an apabila tiket yang ada cuma di kelas 3!! Perjalanan kalau tidak silap akan mengambil masa tidak lebih 2 jam. Imagination tentang koc kelas 3 pada masa tu, maybe seakan-akan didalam bas ekspress tanpa aircon di Malaysia. Tetapi apabila tiba masanya untuk naik keretapi, rupa-rupanya koc kelas 3 tak ubah serupa dalam bas mini KL zaman awal 90an dulu. Cuma ada kerusi bench kayu tanpa apa-apa alas cushion, dengan berasak-asak dan ada yang berdiri di lorong pejalan kaki antara kerusi!


Tetapi kami agak bernasib baik pada hari tu disebabkan salah sorang dari grup ialah mamat "orang putih", maka orang2 Cina tempatan seakan-akan memberi jalan semasa berebut hendak naik keretapi dan berjayalah duduk di kerusi kayu. Pelbagai bau dan rupa boleh dilihat sepanjang perjalanan. Satu sikap orang tempatan Cina di kawasan pendalaman ialah mereka seolah-olah jarang melihat "orang putih". Apa bila ternampak, mulalah tersenyum-senyum, tersengih-sengih seolah-olah melihat artis Hollywood!! Maybe keadaan serupa di Malaysia semasa tahun2 70-80an dulu-dulu.

Sampai di pekan Huayin lewat petang, naik van teksi ke hotel penginapan di kaki gunung Huashan. Hotel tanpa bintang berkongsi sebilik 3 orang! Bukannya untuk tidur pun sebab sepanjang malam akan dihabiskan masa mendaki gunung. Sempat mandi segarkan badan, dan makan malam di restoran berdekatan. Masakan restoran China memang lazat!! Entah apa yang diletaknya tapi sedap sungguh walaupun hanya telur goreng ala2 scramble egg campur kacang panjang dan nasi kosong! ;-)


Mengikut nasihat orang tempatan, waktu paling "afdal" untuk mendaki gunung ini ialah pada pertengahan atau lewat malam. Maka sempat lelapkan mata sebentar di hotel yang cuma ada 2 katil. Terpaksa bergilir untuk baring! Semasa menunggu masa untuk mendaki dan melepak diluar hotel, terserempak dengan satu grup orang China yang menginap di hotel sama dan akan mendaki gunung Huashan juga. Sempat berborak dan bersetuju untuk sama-sama mula mendaki dalam satu group. Jika berada di China, amatlah dialu-alukan jika ada yang boleh berbahasa Mandarin jika kemana-mana.

Hampir tengah malam, dengan semangat berkobar-kobar, bermula lah pendakian gunung Huashan. Pendakian dijangka ambil masa 5-7 hours bergantung pada "kekuatan" kaki masing-masing. Pendakian mostly melalui tangga-tangga batu yang tersedia hampir 70% di sepanjang jalan. Satu jam selepas mula mendaki bermulalah episod "ikan atas darat"! Tercungap-cungap mintak nyawa! Almaklumlah umur dah lanjut, lutut pun dah tak berapa nak ada pelincir lagi. Selepas itu hampir setiap 15-20 mins terpaksa berhenti ambil bekal oksigen dan "togok" air botol!

Memanjat tangga pelbagai rupa, ada yg landai, ada yang menegak, ada yang sempit hanya seorang yang boleh naik pada satu masa, ada tangga yang betul-betul bersebelahan gaung dengan hanya berpagarkan rantai! Patutlah digalakkan mendaki pada waktu malam, jika mendaki pada waktu siang, alamatnya memang tak sanggup!


Entah tak terkira berapa botol air mineral yang "berjaya" dihabiskan pada malam itu. Nasib baik disepanjang perjalanan ada tempat-tempat rihat dengan gerai-gerai menjual air dan makanan. Tambah lagi dengan bilangan pendaki yang agak ramai, suasana malam itu boleh dikatakan agak meriah. Kekadang riuh rendah dengan jokes untuk mengurangkan tumpuan terhadap rasa letih dan lenguh bagai nak tercabut segala sendi kaki!

Di pertengahan jalan grup kami sudah terpisah dengan grup China yang sama-sama bermula mendaki tadi. Depa dan senyap kedepan tak sanggup nak menunggu lagi kami yang makin lama makin kerap berhenti. Ada satu tahap hinggakan terasa menyesal tak sudah buat keputusan untuk mendaki gunung ini, sengaja carik pasal menyakitkan badan. Tapi bila menengok pendaki lain yang ada lebih tua tahap nenek gaban pun dengan selamba mendaki, makanya terpaksalah gagahkan jua kaki masing-masing menuju kepuncak.

Setelah mendaki lebih kurang 5-6 jam, sampai lah kami ke salah satu puncak yang pertama. Ramai yang berhenti rehat dan tidur di sekitar kawasan puncak ini. Ada yang meneruskan pendakian ke puncak lain yang lebih tinggi. Kami decide untuk stop mendaki dan berehat menunggu terbit matahari. Rasa amat lega apabila sampai di salah satu puncak ini, barulah boleh melunjurkan kaki yang lemah longlai, kekadang terasa seperti hilang kepala lutut disebabkan betapa lenguhnya kaki mendaki tangga.

Selepas lebih kurang satu jam, matahari mula terbit dan pada masa ini pemandangan persekitaran dari atas puncak ini amat cantik sekali. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa cantiknya alam semulajadi ciptaan Allah. Apabila hari siang pemandangan bertambah cantik dengan gunung-gunung berbatu putih seolah-olah diseliputi salji dari kejauhan. Diatas puncak gunung ini juga terdapat satu restoran yang dibina betul-betul di pinggir seolah-olah bertenggek.


Sempat menghabiskan masa selama 2-3 jam menikmati pemandangan cantik semasa di atas gunung Huashan. Semasa kesana-kemari sekitar puncak, mempotretkan diri dan pemandangan, ternampaklah satu bangunan kecil di lereng gunung dengan cable yang tergantung hingga ke kaki gunung. Apabila diamati dan didekati barulah diketahui rupa-rupanya ada "cable car" dari kaki gunung hingga ke puncak ini!!!! Terasa hancur luruh luluh lusuh jiwa bila mengetahui ada cable car yang boleh dinaiki selama beberapa minit sahaja dari kaki gunung hingga ke puncak yang kami berada!

Makanya selepas puas "bergumbira" dengan alam semulajadi di puncak gunung, kami dengan semangat berkobar-kobar menuruni gunung dengan cable car!! Lega!! Sekejap sahaja terus sampai kekaki gunung dan ambil teksi balik ke hotel. Sekali sekala gelak sesama sendiri memikirkan kepayahan hingga setengah mati mendaki gunung tanpa mengetahui adanya cara mudah untuk ke puncaknya. Tetapi on second thought, pengalaman mendaki sepanjang malam walaupun dengan penuh kepayahan dan hampir banyak kali nak tumbang, tetapi adalah juga satu pengalaman yang amat menarik dan tidak mungkin akan dilupakan sepanjang hayat.



Pada petang itu juga selepas checkout dari hotel, yang disewa cuma untuk mandi dan baring sekejap, terus menuju ke stesen keretapi. Kali ini bernasib baik, dapat tiket kelas 1 dari Huayin terus ke Zhengzhou dengan beberapa stop. Lega kerana dapat koc dengan kerusi bercushion dan berhawa dingin sambil berkongsi mengunyah biskut sepanjang perjalanan balik ke Zhengzhou. Walaupun badan letih tetapi sekali lagi pemandangan kawasan pendalaman China sepanjang perjalanan berjaya menyegarkan bijik mata. Pelbagai pemandangan menarik yang mungkin tidak dapat dilihat di tempat lain dan hanya terdapat di China. Masing-masing hanya mengelamun, mengunyah biskut kering dan menikmati pemandangan atau mungkin juga "berangan" untuk kembali ke gunung Huashan? Mungkin tidakkkkkkk.....



Akhir kata, pesanan penaja jika berhajat ke gunung Huashan, naiklah sahaja cable car!!!

Thursday, June 10, 2010

FIFA World Cup 2010

Kurang 2 hari sahaja lagi akan bermulalah kejohanan sukan antara yang terbesar di dunia di samping sukan Olimpik. Apa lagi kalau bukannya bolasepak Piala Dunia!! Seluruh dunia menunggu dengan tidak sabar untuk melihat dan menikmati kehebatan pasukan-pasukan yang bertanding, beraksi diatas padang. 32 buah negara akan bertarung selama sebulan untuk menentukan siapakah jaguh sebenar sukan bolasepak di dunia.

Negara manakah yang nampaknya berpeluang untuk memenangi World Cup kali ini? Ada yang menjangkakan negara Sepanyol atau pun Brazil. Atau mungkin Argentina yang mempunyai bintang bolasepak dunia iaitu Lionel Messi? Holland, Portugal, Italy & England juga tidak boleh dinafikan kehebatannya mereka di atas padang. Semuanya mempunyai kelebihan masing-masing.

Kali ini kejohanan Piala Dunia diadakan di South Africa. Dan buat kali kedua kami akan menyaksikan World Cup dari bumi USA. Disebabkan oleh perbezaan masa antara South Africa dan USA, makanya kami disini akan berpeluang untuk menonton perlawanan di waktu pagi & petang. Untuk sesama memeriahkan kejohanan Piala Dunia, di tempat kerja disediakan khas satu bilik mensyuarat yang dilengkapi 2 monitor TV yang besar, khusus untuk menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia! Cayalah!!

Bercerita mengenai bolasepak di USA atau disini dipanggil "Soccer" instead of "Football". Sukan bolasepak sekarang ini agak diminati oleh kebanyakan rakyat USA walaupun masih tidak boleh menandingi populariti sukan "American Football", Bolakeranjang atau Baseball. Setidak-tidaknya setiap weekend mudah kelihatan di park atau padang, mereka yang bermain bolasepak samada secara suka-suka atau pertandingan. FYI, currently pasukan bolasepak wanita USA berada di ranking no.1 dunia!!!! Women World Cup akan diadakan nexy year(2011) di Germany.

Negara manakah akan muncul juara kali ini? Pasukan manakah yang paling membuat kejutan dengan keputusan-keputusan yang luar dijangkaan? Pemain manakah yang paling menonjol sebagai bintang di World Cup 2010 ini? Semuanya akan terjawab mulai June 11 sehingga July 11th!! Apalagi.... jom tengok bola, makan bola, tidur bola!!!

Thursday, June 3, 2010

Raksasa vs Ultraman = ??


Dapat pics below dari email chain. Maybe ramai yang pernah tengok but since for me it is quite a creative "art" work dan boleh membuatkan sesiapa yang membaca tergelak sampai nak putus urat kentut. Not sure hasil tangan asal siapalah yang membuahkan pics dibawah ini. Anyway, huge credits to him!!

Note: Jika sesiapa tidak paham katabual diatas sila buka kamus "Melayu-Jermang". ;-)