Nuffnang

Friday, May 7, 2010

RM vs USD vs EUR

Apa nak jadi dengan matawang EUR?? Semenjak hujung tahun lepas sehingga ke hari ini, terus menerus menjunam dengan aksi bebasnya secara konstan. Bagi yang ada terbaca, ini disebabkan oleh krisis ekonomi di Eropah yang kembali hangat disana terutamanya disebabkan oleh masalah hutang negara Greece yang perlu ditanggung oleh semua ahli EU. Akibatnya.... matawang Euro jatuh tergolek-golek belum terjumpa penawarnya lagi. Lihatlah chart dibawah kedudukan matawang EUR vs RM in a year period till today. Cantik betul plot graphnya! I guess it would take a year or two untuk matawang EUR kembali pada kedudukan asalnya seperti pada tahun lepas.

Mungkin secara kebetulan juga, semasa kami pindah dari US ke Austria back in mid 2007, matawang USD mula jatuh. Jika tak silap ingatan, kadar tukaran pada waktu itu ialah 1EUR= 1.3 USD. Dan selepas itu USD jatuh tergolek-golek hingga mencecah 1 EUR= 1.5 USD.

Dan semasa kami pindah semula ke US dari Austria pada Jan this year, tiba masa untuk USD "membalas dendam" dengan mula naik beransur-ansur terhadap EUR. Pada hari ini dalam range 1 EUR= 1.27 USD sahaja!!

Looking roughly dalam situasi ini, seolah-olah seperti keputusan kami berpindah dari US ke Austria pada 2007 dan Austria ke US pada Jan 2010 adalah keputusan yang tepat. Well, not really actually, kerana in 2007 terpaksa rugi bila exchange USD to EUR dan now sekali lagi terpaksa rugi bila exchange EUR ke USD didalam situasi origin currency yang lemah. Adoi!!

Macamana pula dengan RM? Pengamatan secara kasar, kedudukan RM bergantung pada nilai USD. Didalam suratkhabar Malaysia selalu terbaca pada akhir-akhir ini mengenai berita RM yang semakin mengukuh. Jika dibandingkan RM dengan EUR, i dont think RM itself semakin mengukuh. Value RM meningkat terhadap EUR disebabkan krisis ekonomi/matawang yang sedang berlaku di Europe. Jika dibandingkan RM terhadap USD, boleh dilihat terdapat peningkatan dimana value 1 USD = 3.27 sahaja pada hari ini jika dibandingkan setahun lepas 1 RM = 3.5 USD. Adakah ini tanda RM semakin mengukuh secara jujurnya? Atau ia juga disebabkan krisis ekonomi di US yang belum pulih sepenuhnya? Entahlah... konpiuss! Tapi yang pastinya peningkatan nilai RM adalah satu berita yang sama sekali bukannya berita gumbira untuk mereka-mereka yang tinggal dan bekerja di luar Malaysia!

Bila la duit Malaysia nak jatuh lagi ni... kena mintak tolong Soros lagi gamaknya!! Hahaha..(*gelak bertanduk*)

Sekian laporan dari bilik berita matawang semasa di Irving, Texas!




2 comments:

Anonymous said...

Menarik ulasan Orangkualaibai...itulah kan, pros & cons satu mata wang untuk Eropah. Bila satu 'member country bermasalah' yg lain pun turut terasa bahangnya...

Salam dari Austria.

joe said...

Terima kasihh..

Salam dari Dallas.