Nuffnang

Sunday, February 14, 2010

Snow lagi..

Sejak berpindah ke Dallas, disangkakan tak akan ada lagi pengalaman hidup didalam kesejukan dan dikelilingi salji. Sangkaan meleset sama sekali pada 2 hari yang lepas apabila sebahagian besar bumi Amerika dilanda snow storm terburuk dalam sejarah. Sehingga Dallas pun dipenuhi dengan salji dan ada yang berkata ianya salji paling tebal pernah turun di Dallas sejak tahun 70an. Tetapi salah seorang pembaca berita di TV menyangkal dengan mendakwa yang dia yang lahir pada tahun 40an tidak pernah berpengalaman salji setebal ini walaupun pada tahun 70an!

Seolah-olah salji yang turun lebat di Vienna sebelum kami berpindah dari Vienna ke Dallas mengikuti kami sehingga ke sini. Tetapi alhamdulillah salji tebal di Dallas hanya bertahan selama 2 hari sahaja. Pada hari ini hampir keseluruhan salji yang turun pada 2 hari yang lepas sudah cair.

Pengalaman berbeza dengan suasana salji di Vienna dan di Dallas. Disini mostly penduduk menyambut "kedatangan" salji dengan "gumbira" dan suka-ria. Almaklumlah bukannya suatu yang lazim berpeluang bermain dengan salji tebal di bumi Dallas. Boleh dilihat dimana-mana kawasan perumahan terdapat "snow-man" dibina oleh orang Dallas. Pelbagai rupa dan saiz, dan ada yang agak kreatif dengan rupa "snow-man" yang pelik dan melucukan.

Salji yang turun dengan lebatnya pada 2 hari lepas juga membawa bencana di Dallas. Infrastruktur di sini tidak bersedia dengan ketibaan salji yang tebal. Kemalangan jalan raya berlaku dimana-mana akibat jalan yang licin apabila kenderaan diatas jalan raya tanpa tayar yang sesuai dengan keadaan jalan raya yang beku dan berais. Terdapat juga kemalangan bumbung garage kereta yang runtuh akibat salji tebal yang berkumpul dibumbung juga dahan-dahan pokok yang patah dan menimpa talian elektrik. Ada sebahagian kawasan di Dallas juga yang keputusan bekalan elektrik akibat salji lebat yang turun 2 hari lepas.

Bayangkan tanpa bekalan eletrik yang diperlukan untuk menghidupkan "heating system" dirumah dikala suhu diluar sana dibawah paras beku! Seksa tuh!!

Sekolah pula banyak yang terpaksa ditutup akibat salji yang tebal ini. Jika di Vienna suasana sebegini adalah suatu yang biasa malah salji yang turun jauh lebih tebal. Sekolah juga berjalah seperti biasa walau setebal manapun salji yang turun. Tetapi disini salji yang turun tebal itu diklasifikasikan sebagai satu "bencana alam". Banyak faktor yang membuatkan suasana ini diklasifikasikan sebagai bencana alam. Disini kendaraan tiada menggunakan "winter tyre" yang sesuai untuk keadaan jalan yang berais. Juga disini tiada kenderaan yang "menyodok" salji dijalan raya sebaik saja ianya memenuhi jalan raya terutama jalan raya dikawasan perumahan. Pada pagi Jumaat lepas, selepas seharian salji turun pada Khamis meyebabkan jalan raya dikawasan perumahan becak amat teruk sekali dan boleh dikatakan bahaya untuk kenderaan! Tempat kerja pun dibuka lewat 2 jam dan pekerja juga dinasihatkan untuk kerja dari rumah sahaja jika tiada perkara yang penting untuk ke pejabat.

Kadang-kadang terfikir juga, bagus juga kalau salji turun lebat sekali sekala disini. Budak-budak tidak perlu kesekolah dan "freepass" dari bos untuk kerja dari rumah.

Kalau dah tiap-tiap hari turun salji tebal pulak jadi menyusahkan la pulak. Sebagai contohnya keadaan di Virgina mengikut cerita seorang kawan yang tinggal disana, sehari sebelum salji tebal di jangka turun orang ramai berpusu-pusu pergi grocery shopping sehingga habis barang makanan asas seperti roti, telur dan susu diatas rak, even di store besar seperti Walmart. Keadaaan di state sebelah north-east memang amat teruk dengan salji setebal melebih 15inch dan yang terburuk dalam sejarah!

Alhamdulillah salji turun di Dallas cuma 2 hari sahaja, orang ramai juga sempat bersuka-ria bermain salji dengan anak-anak dan hanya sebahagian kecil kawasan sahaja yang boleh dikatakan sebagai ditimpa "bencana". Cukuplah tu salji selama 2 hari di Dallas, dah letih melayan snow tebal yang kekal berminggu-minggu sehinga menjadi ais semasa di Vienna.

No comments: