Nuffnang

Thursday, February 18, 2010

Cinnamonster!

Sudah banyak tempat di pelbagai negara, dicuba makan Cinnamon Roll. Samada di Malaysia, Austria, Dubai tetap tidak boleh dilawan dengan rasa Cinnamon Roll yang satu ini. Hanya di Grapevine Mills Mall, Dallas!! Sukar untuk dizahirkan dengan kata-kata betapa sedapnya Cinnamon Roll yang dijual di sebuah gerai kecil didalam Grapevine Mills Mall ni. Rasa cinnamonnya bila bercampur dengan krim dan ditambah pula dengan kelembutan rotinya..... manis dibibir, lemak dilidah, cair dimulut... terus ke perut!!

Sudah sebulan kami disini boleh dikatakan setiap minggu mesti pergi ke Grapevine semata-mata untuk membeli Cinnamon Roll ni. Pernah sekali semasa beratur untuk membeli, ,salah seorang pelanggan dihadapan kami siap memberitahu kepada penjaga kedai yang cinnamon rollnya yang tersedap pernah dimakannya. 100% setuju dengan pendapat pelanggan dihadapan kami itu!

Pertama kali mencuba Cinnamon Roll disini semasa tinggal di Dallas 2005-2007 dulu. Sejak dulu memang sudah kemaruk, bila dapat semula peluang menikmati kesedapannya semula, memang tidak akan dilepaskan lagi.

Semua ahli rumah ini pun memang kemaruk dengan Cinnamon Rolll ni. Berebut seketul seorang bila beli sekotak yang mengandungi 4 ketul Cinnamon Roll dengan harga $12 sahaja! Sekotak Cinnamon Roll diatas jika disimpan didalam ruang peti ais biasa boleh tahan selama seminggu. Manakala jika disimpan didalam tempat freezer boleh tahan sebulan. Tetapi dirumah ni jika dibeli sekotak hanya tahan sehari!! Begitulah gambarannya betapa lazatnya sehingga semuanya berebut-rebut nak makan. Tambahlagi bila dipanaskan menggunakan microwave oven selama lebih kurang 20sec, bila dikeluarkan, rotinya amat lembut dengan krimnya yang cair.......slurrppp!!!

Inilah Cinnamon Roll paling sedap dalam dunia!! Nak rasa datanglah ke Dallas. ;-)



8 comments:

Jarr said...

gulp....besornyeee.
kalu ade rezeki gi dinung..mu bowok aku la joe...dallas ade hooters?waakakakakakakaka...

Prof. Raihan said...

aaahh ... raksaksa cina! Tahun Baru Cina baru-baru ni heboh tak kat Dallas?

joe said...

@Jarr: buleh sgt... sini banyok ah kedai hooters tapi kalu takat nok gi minum air cuci mata buleh ahh. mana buleh makan.

@Prof: haha.. tak terfikir plak jadi "raksaksa cina". Tak sure camana heboh sambutan tahun baru cina sini. tapi dekat supermarket cina hari tu ada iklan diorang akan buat tarian naga depan supermarket.

Sizuka said...

Argh!! sedapnya joe!! terliur! sekarang jugak rasa nak gi KLCC beli cinnabon.

joe said...

Cinnabon dok sedap... :-)

Anonymous said...

Cinnamonter pun ada gak kat Allen oulet....

joe said...

alasan kukuh nak kena pi Allen nih!

Zizi said...

sound yummy...look yummy....tapi jauhnya....bilalah nok gi dinung...