Nuffnang

Saturday, February 27, 2010

Kaufman

Trip yang pertama bersama-sama "keluarga" Dallas semenjak kembali ke sini. Kali ini mendapat jemputan untuk kenduri tahlil dari kenalan baru, keluarga Mustafa yang tinggal di Kaufman. Lebih kurang satu jam perjalanan ke east from Dallas. Rumahnya terletak dikawasan ladang yang luas, tenang mata memandanng. Ladang-ladang yang luas ialah pemandangan biasa di Texas. Almaklumlah Texas ialah negeri terbesar di USA (jika tak termasuk Alaska), maka serba-serbinya besar disini. Highway yang luas dan besar, rumah besar-besar, kereta & truck besar gedabak malah penduduknya pun ramai yang "besar-besar"!

Seronok juga bila melihat kawasan lapang yang luas dengan lembu, kambing, ayam, itik & angsa berkeliaran disekitar ladang. Budak-budak pula extra excited bila dapat melihat binatang-binatang "in-real" kali ni terutamanya anak kambing. Mana la nak jumpa ayam, itik, kambing kat kawasan perumahan di Dallas except kalau ke zoo atau ladang seperti ni. Kebetulan ada seekor anak kambing yang bari seminggu lahir, terus menjadi mangsa gomolan budak-budak.

Seperti biasa sejurus selepas solat zohor dan tahlil, akan di"hiasi" dengan jamuan makanan pelbagai jenis makanan & lauk-pauk yang semuaya sedap.

Yang kaki pancing pun tak melepaskan peluang untuk memancing di tasik kecil dikawasan ladang ini. Tapi kurang bernasib baik, tah kemana perginya semua ikan-ikan. Seekor pun tak melekat dimata pancing. Mungkin sebab hingar bising budak-budak buatkan ikan semua takut menyorok ke dasar kolam.

Apa yang menariknya mengenai Mustafa yang berketuruna Kemboja ini ialah, apabila bersembang dengannya. Dia hanya boleh bercakap dalam bahasa Kemboja atau English tapi pertuturan bahasa inggerisnya yang lancar saling tak tumpah seperti penduduk Texas asli! Telo atau slang Texas englishnya memang ketara... dah umpama real Texas cowboys dah! Almaklumlah keluarga depa dah tinggal disini berbelas-belas tahun lamanya. Tapi memang "cool" lah bila nengok orang Asia tapi bila sekali bersuara.. haaa slang cowboys Texas! Nak memahamkan apa yang dicakapkan pun tergeliat gegendang telinga. Takpa nanti tunggu orangkualaibai pulak cakap slang cowboys Texas!! ;-)

Thursday, February 18, 2010

Cinnamonster!

Sudah banyak tempat di pelbagai negara, dicuba makan Cinnamon Roll. Samada di Malaysia, Austria, Dubai tetap tidak boleh dilawan dengan rasa Cinnamon Roll yang satu ini. Hanya di Grapevine Mills Mall, Dallas!! Sukar untuk dizahirkan dengan kata-kata betapa sedapnya Cinnamon Roll yang dijual di sebuah gerai kecil didalam Grapevine Mills Mall ni. Rasa cinnamonnya bila bercampur dengan krim dan ditambah pula dengan kelembutan rotinya..... manis dibibir, lemak dilidah, cair dimulut... terus ke perut!!

Sudah sebulan kami disini boleh dikatakan setiap minggu mesti pergi ke Grapevine semata-mata untuk membeli Cinnamon Roll ni. Pernah sekali semasa beratur untuk membeli, ,salah seorang pelanggan dihadapan kami siap memberitahu kepada penjaga kedai yang cinnamon rollnya yang tersedap pernah dimakannya. 100% setuju dengan pendapat pelanggan dihadapan kami itu!

Pertama kali mencuba Cinnamon Roll disini semasa tinggal di Dallas 2005-2007 dulu. Sejak dulu memang sudah kemaruk, bila dapat semula peluang menikmati kesedapannya semula, memang tidak akan dilepaskan lagi.

Semua ahli rumah ini pun memang kemaruk dengan Cinnamon Rolll ni. Berebut seketul seorang bila beli sekotak yang mengandungi 4 ketul Cinnamon Roll dengan harga $12 sahaja! Sekotak Cinnamon Roll diatas jika disimpan didalam ruang peti ais biasa boleh tahan selama seminggu. Manakala jika disimpan didalam tempat freezer boleh tahan sebulan. Tetapi dirumah ni jika dibeli sekotak hanya tahan sehari!! Begitulah gambarannya betapa lazatnya sehingga semuanya berebut-rebut nak makan. Tambahlagi bila dipanaskan menggunakan microwave oven selama lebih kurang 20sec, bila dikeluarkan, rotinya amat lembut dengan krimnya yang cair.......slurrppp!!!

Inilah Cinnamon Roll paling sedap dalam dunia!! Nak rasa datanglah ke Dallas. ;-)



Sunday, February 14, 2010

Snow lagi..

Sejak berpindah ke Dallas, disangkakan tak akan ada lagi pengalaman hidup didalam kesejukan dan dikelilingi salji. Sangkaan meleset sama sekali pada 2 hari yang lepas apabila sebahagian besar bumi Amerika dilanda snow storm terburuk dalam sejarah. Sehingga Dallas pun dipenuhi dengan salji dan ada yang berkata ianya salji paling tebal pernah turun di Dallas sejak tahun 70an. Tetapi salah seorang pembaca berita di TV menyangkal dengan mendakwa yang dia yang lahir pada tahun 40an tidak pernah berpengalaman salji setebal ini walaupun pada tahun 70an!

Seolah-olah salji yang turun lebat di Vienna sebelum kami berpindah dari Vienna ke Dallas mengikuti kami sehingga ke sini. Tetapi alhamdulillah salji tebal di Dallas hanya bertahan selama 2 hari sahaja. Pada hari ini hampir keseluruhan salji yang turun pada 2 hari yang lepas sudah cair.

Pengalaman berbeza dengan suasana salji di Vienna dan di Dallas. Disini mostly penduduk menyambut "kedatangan" salji dengan "gumbira" dan suka-ria. Almaklumlah bukannya suatu yang lazim berpeluang bermain dengan salji tebal di bumi Dallas. Boleh dilihat dimana-mana kawasan perumahan terdapat "snow-man" dibina oleh orang Dallas. Pelbagai rupa dan saiz, dan ada yang agak kreatif dengan rupa "snow-man" yang pelik dan melucukan.

Salji yang turun dengan lebatnya pada 2 hari lepas juga membawa bencana di Dallas. Infrastruktur di sini tidak bersedia dengan ketibaan salji yang tebal. Kemalangan jalan raya berlaku dimana-mana akibat jalan yang licin apabila kenderaan diatas jalan raya tanpa tayar yang sesuai dengan keadaan jalan raya yang beku dan berais. Terdapat juga kemalangan bumbung garage kereta yang runtuh akibat salji tebal yang berkumpul dibumbung juga dahan-dahan pokok yang patah dan menimpa talian elektrik. Ada sebahagian kawasan di Dallas juga yang keputusan bekalan elektrik akibat salji lebat yang turun 2 hari lepas.

Bayangkan tanpa bekalan eletrik yang diperlukan untuk menghidupkan "heating system" dirumah dikala suhu diluar sana dibawah paras beku! Seksa tuh!!

Sekolah pula banyak yang terpaksa ditutup akibat salji yang tebal ini. Jika di Vienna suasana sebegini adalah suatu yang biasa malah salji yang turun jauh lebih tebal. Sekolah juga berjalah seperti biasa walau setebal manapun salji yang turun. Tetapi disini salji yang turun tebal itu diklasifikasikan sebagai satu "bencana alam". Banyak faktor yang membuatkan suasana ini diklasifikasikan sebagai bencana alam. Disini kendaraan tiada menggunakan "winter tyre" yang sesuai untuk keadaan jalan yang berais. Juga disini tiada kenderaan yang "menyodok" salji dijalan raya sebaik saja ianya memenuhi jalan raya terutama jalan raya dikawasan perumahan. Pada pagi Jumaat lepas, selepas seharian salji turun pada Khamis meyebabkan jalan raya dikawasan perumahan becak amat teruk sekali dan boleh dikatakan bahaya untuk kenderaan! Tempat kerja pun dibuka lewat 2 jam dan pekerja juga dinasihatkan untuk kerja dari rumah sahaja jika tiada perkara yang penting untuk ke pejabat.

Kadang-kadang terfikir juga, bagus juga kalau salji turun lebat sekali sekala disini. Budak-budak tidak perlu kesekolah dan "freepass" dari bos untuk kerja dari rumah.

Kalau dah tiap-tiap hari turun salji tebal pulak jadi menyusahkan la pulak. Sebagai contohnya keadaan di Virgina mengikut cerita seorang kawan yang tinggal disana, sehari sebelum salji tebal di jangka turun orang ramai berpusu-pusu pergi grocery shopping sehingga habis barang makanan asas seperti roti, telur dan susu diatas rak, even di store besar seperti Walmart. Keadaaan di state sebelah north-east memang amat teruk dengan salji setebal melebih 15inch dan yang terburuk dalam sejarah!

Alhamdulillah salji turun di Dallas cuma 2 hari sahaja, orang ramai juga sempat bersuka-ria bermain salji dengan anak-anak dan hanya sebahagian kecil kawasan sahaja yang boleh dikatakan sebagai ditimpa "bencana". Cukuplah tu salji selama 2 hari di Dallas, dah letih melayan snow tebal yang kekal berminggu-minggu sehinga menjadi ais semasa di Vienna.

Friday, February 5, 2010

Dakota Hill@Dallas


Sudah masuk minggu ketiga kami di Dallas. Masih banyak hal yang perlu urusakan. Setakat ini semuanya berjalan lancar, alhamdulillah budak-budak sudah mula bersekolah, tidak jauh dari tempat tinggal sementara sekarang. Dan dalam masa seminggu lagi akan berpindah ke apartment tetap dan jarak ke sekolah pun halfway shorter. Jika di Vienna, ketiga-tiga bebudak bersekolah di tiga tempat yang berlainan, tapi sekarang semuanya bersekolah di tempat yang sama. Jarak dari apartment tetap nanti, cuma perlu memandu dalam 5 minit sahaja untuk sampai kesekolah. Dalam bulan pertama ini bebudak akan struggle sedikit dengan peralihan bahasa, now all will be taught fully in English. Tambah pula masa sekolah disini lebih panjang dari Vienna. Jika di Vienna waktu sekolah cuma until 12pm atau 1pm. Tetapi disini sehingga 3pm setiap hari.

Urusan untuk masuk ke apartment tetap pun dah selesai, cuma sekarang perlu beli serba sedikit barangan asas sementara menunggu sampainya household kami yang di"shipping" dari Austria sampai by end of th month. Location apartment kali ini tidak jauh dari apartment lama kami semasa tinggal disini back in 2005-2007. Rasanya dalam less than 1 km saja jaraknya. But yang pastinya apartment ni dekat dengan pelbagai tempat keperluan asas seperti grocery stores (Walmart!), kedai pakaian (GAP, TJ Maxx, Ross etc), restorans etc. All are reachable within less than 15 minits.

Corak kehidupan di Dallas completely different dengan di Vienna. Jika di Vienna, hanya perlu berjalan kaki atau naik tram/underground untuk ketempat tertentu sekitar Vienna. Tetapi di Dallas, amatlah asing atau pelik jika melihat orang berjalan kaki dari rumah ke kedai-kedai atau tempat tertentu. Untuk pergi ke satu-satu tempat yang jaraknya cuma few hundred meters away pun, orang disini menggunakan kereta. Jika drive-thru restaurant satu pemandangan biasa di mana-mana bandar atau negara, tetapi disini juga ada drive-thru ATM machine! Malaih sungguh orang sini nak jalan kaki.

Disebabkan semua orang berkeretalah, makanya harga kereta atau kenderaan bermotor disini agak murah jika dibanding di negara lain except Middle East (Saudi, Kuwait, UAE). Harga petrol juga boleh dikatakan agak murah jika dibandingkan dengan Europe. Disini sekarang harga petrol in average dalam USD2.50 per gallon, 1 gallon=3.78 liter so jika dalam liter lebih kurang USD$0.70 per liter sahaja. Di Vienna harga petrol lebih kurang EUR1.20 per liter!

Harga barangan keperluan lain pun boleh dikatakan agak murah atau berpatutan jika dibanding dengan harga di Europe atau even di Malaysia terutamanya harga barangan pakaian atau dapur. Contohnya harga untuk sehelai jeans Levis disini lebih kurang USD30 sehelai, jika ada "Sale" harganya lebih murah lagi! Manakala di Vienna harganya dalam EUR85 sehelai!! Tak pasti berapa pula harga sehelai Levis di Malaysia, dengarnya mencecah RM200!! Mak datuk... tak sanggup rasanya nak pakai sehelai seluar harga ratusan ringgit!!

Jika barangan dapur pula, yang paling "femes" ialah pinggan mangkuk jenama Corelle atau Pyrex yang menjadi "kegilaan" para surirumahtangga! Since product tu datangnya dari sini, sudah tentulah harga lebih kurang separuh or more lebih murah dari Malaysia. Apa lagi jika pergi ke outlet shopping center yang terdapat disekitar bandar Dallas ni. Itu belum masuk bab pelbagai jenis bag tangan dengan harga murah lagi. Issshh..susah nak cerita banyak-banyak, makanya nasihat kami, jika datang ke US bawaklah duit atau kad kredit banyak-banyak untuk shopping!! ;-)