Nuffnang

Tuesday, January 5, 2010

10 Things...


10 things that we will surely miss about Vienna:

1. Public transport- Memang patut dipuji and almost perfect. Memudahkan pergerakan kemana-mana around Vienna, tak pernah mengecewakan. Selama disini, inilah pengangkutan utama untuk ke kerja dan ke sekolah. Always on-time unless jika ada accident or power breakdown.
2. Wiener Schnitzel- Makanan yang "wajib" dicuba makan oleh sesiapa yang datang ke Vienna. Yang popular ialah Chicken Schnitzel, atau ayam yang dipotong nipis, disalut tepung dan digoreng. Dimakan bersama salad, ketchup & mayonaisse. Ada juga yang dimakan dengan roti umpama burger. Memang yummy!
3. Kebabs- Doner Kebab, Durum Kebab, Kebab Teller...tak perlu diexplainkan lagi macamana rupabentuknya. Salah satu fast food yang popular di Austria atau even in Europe. Gerai kebab dimana-mana sekitar Vienna. Makan seketul kenyang! Ada yang semurah EUR 2! Percaya atau tak, we have travelled to several EU countries dan kebab di Vienna boleh dikatakan antara the best!!
4. Snow- Aha... main snow! We will surely miss this. Sliding or sledging di Semmering... hmm. Tapi rugi, tak sempat belajar main ski, tadak geng tak syok!
5. Vegetables- Nearby our apartment, ada satu pasar sayuran/buahan yang dibuka setiap pagi hingga pukul 12pm sahaja except hari Ahad. Sayuran semua murah-murah dan segar! Seketul salad atau sejambak Broccoli atau Cauliflower cuma EUR 1! Mana nak dapat?!
6. Fruits- Strawberry, apple, cherry, orange, peach, prune, apricot, grapes.... heaven!! Amat murah dan segar bila tiba musimnya!
7. Travelling- Lokasi Austria di central of Europe amat strategik, mudah dan dekat untuk travel ke negara-negara jiran. With just less than an hour drive, already reached the border of Slovak Republik or Czech Republik.
8. Familiensbeihilfe- Taxpayee di Austria elegible untuk dapat monthly Familienbeihilfe atau family allowance dari gomen. Allowance dibayar based on number of children atau EUR 193/child. So untuk sesiapa yang datang kerja di Austria, "buat"lah anak ramai-ramai.. ;-)
9. 14x/year Paystub- Satu rules di Austria, setiap pekerja dibayar gaji 14x per year. Bulan 5 dan bulan 11 akan dapat 2 bulan gaji. Tujuannya ialah pada bulan 5 dapat 2 bulan gaji untuk expenses summer holiday, dan pada bulan 12 untuk Christmas expenses. Syoq!
10. Healthcare- Tak perlu bayar apa-apa untuk doctor or dentist visit jika ada sakit. Iye la dah bayau income tax gila baboon punya tinggi, mestilah free!


10 things that we will surely NOT miss about Vienna:

1. Germans- Oppss! Not the German's people but the language! We have "suffered" a lot during the last two years dealing with those locals who didnt want to talk in other language but German! Sick!!
2. Dogs- Argh! Masalah paling utama di Vienna! Ramai orang bela anjing, tapi tak reti nak jaga! Dibiarkan "membuang" isiperut dimana-mana! Paling menyakitkan hati bila terpijak! Adoi!!! Satu kerja pulak nak cari pasir buat menyamak kasut. Sick!!!
3. Teenagers- Not all but some terutama in the district where we live, teenagers berperangai tak senonoh tu ramai betul. Dengan pakaian, stail rambut, melepak, buat bising in public! Believe it or not, for the first di Vienna di jumpa mamat yang cukur atau ukir bulu kening!! Badan macho, rambut stylo but kening "cantekkkk" je diukir!! Geli pulak bila nengok!! Apa ke pesen la orang sini. Dari pemerhatian, teenagers ni bukan local Austrian but those immigrants dari Turkey atau Eastern Europe. Sick!!
4. Gomen office- Memang problematic! Tanak langsung cakap English but German only. Then bila masing-masing dah tak paham apa yang dicakap, mula la orang gomen tu marah-marah, membebel, ada yang disuruhnya kita balik dan datang balik bawak orang yang pandai cakap German sekali. Bila kena pergi berurusan dengan ofis gomen disini, sakit kepala! Sick!
5. Taxes- Socialist country, so 45% of your salary will goes to the goverment! Yes 45%!!
6. Cigarette- Mmmm... mahal maaa! Marlboro EUR 3.75 sekotak! kena berhenti merokok kot.... mmmm..bila ye? ;-)
7. Parking- Jika tinggal di apartment lama, tiada basement parking. So kenderaan cuma boleh park on the street side infront or nearby apartment. Tapi limited dan if lucky dapatlah parking infront of apartment, but most of the time nunnnnn jauh disana! Letih menapak!!
8. TV- Nak tengok TV? Ermmm.. channel mana? If subscribes local standard cable, ada lebih kurang 40 channels, tetapi hanya CNN & BBC yang tak dialihbahasa ke German. Channel lain semuanya hancuss.. even cerita Hindustan pun dialihbahasa ke German! Tetapi all those programmes were professionally dubbed. Bukannya alihbahasa seperti TV di Malaysia yang semuanya suara sama ala2 cerita Doraemon!
9. Rent- Sewa apartment di Vienna boleh dikategorikan sebagai mahal! Regular non-furnished 2 bedroom apartment is between EUR 700-1500! Kalau sanggup tinggal di very old building without elevator, boleh la dapat yang range EUR 700 tu. Sewa rumah in Vienna?? Forget it!!! Kalau takda EUR 2000 and above per month!
10. XXX- After 12am, budak-budak not allowed untuk tengok TV lagi. Some channel cuma siarkan iklan or cerita XXX sampai pagi. Mmmm.. ye ke ni.. betul ke point ni in this category?? Hehehe.. ;-)


No comments: