Nuffnang

Sunday, January 24, 2010

Nasi Beriani@Dallas



Amaran: Untuk penduduk Vienna, sila telan air liur dan tutup mulut sebelum membaca.

Hampir lebih dua setengah tahun lamanya memendam rindu dendam yang membuak-buak. Berat mata memandang, berat lagi gelora selera mengidam nak makan nasi beriani di Dallas. Kesedapan beriani ayam dan kambingnya sukar untuk dituturkan dengan kata-kata. Hanya lobang hidung yang menghirup bau aroma rempah-ratus beriani dan lidah yang mampu menafsirkan kesedapan beriani di Dallas apabila nasi beriani dari beras basmathi menerobos masuk kedalam mulut dan dikunyah-kunyah sehingga lumat sebelum menerjah ke rongga tekak terus kedalam perut untuk pemprosesan seterusnya.

Itulah dia nasi beriani yang dijual di Dallas dibeberapa restoran yang berlainan. Daripada semurah $3.49 untuk beriani ayam hinggalah kepada $7.99 untuk beriani kambing. Harga berbeza-beza bergantung pada restoran. Yang pastinya semuanya sedap menjilat gigi, makan sekali hendak berkali-kali!! Tambah menarik lagi, saiz sepinggan beriani boleh dimakan untuk 2 orang dewasa. Jika dibeli untuk makan malam, kiranya boleh disimpan untuk breakfast keesokan paginya lagi. Lumayan sungguh!!!

Baru seminggu di Dallas sudah 3 kali restoran beriani disini menerima kunjungan bertuah dari kami. Sebungkus beriani ayam dan sebungkus beriani kambing menjadi menu yang wajib dipesan. Sedapnya tak terkata, hanya mampu bersuara bila semuanya selesai menjamu selera.... slurrrppp!!

4 comments:

ummi n hubby said...

selamat menjamu selera.. seronok je dengar orang dah blk kampung.. bkn mesia..

farid said...

selamat kembali ke dallas abg joe n family. jadi ngat ns beriani dinu ye.

p/s: masyuk je lagu myway

Jarr said...

jauh jalang saing ambe...pah ke dallas.cuti ke joe?
mu sehak?anok anok sehak?

joe said...

Tenkiu...tenkiu.. semua selamat.. termasuk lah nasi beriani dah selamat banyak kali dah masuk perut! ;-)

@Ummi&hubby: Msia nanti ada rezeki sampai la satu hari nanti.

@Farid:nasi beriani hasil tangan orang India muslim, sedapp sangat lah.. ;-)

@Jarr: semua sihatt...