Nuffnang

Saturday, January 2, 2010

Hijrah-2010

Tahun 2010, sekali lagi kami sekeluarga akan berhijrah. Atas beberapa sebab dan alasan, Vienna terpaksa kami tinggalkan bersama seribu kenangan manis dan pahit. Hanya tinggal kurang dari 2 minggu lagi untuk kami menikmati sepuas-puasnya kehidupan di Vienna. Tanggal 15 Jan 2010, akan berangkat lah kami, terbang sekali lagi kembali ke Dallas. Dalam masa kurang 2 minggu ini juga pelbagai benda dan perkara perlu diuruskan. Apartment perlu dikemaskan sebelum dipulangkan kunci kepada tuan empunya. Rule disini, condition apartment bila dipulangkan mestilah sama seperti semasa mula ambil kunci, or else deposit akan hangus or at least menyusut. Segala isi benda didalam rumah perlu di"pack"kan, bernasib baik employer menyediakan syarikat movers yang akan menguruskan mostly urusan packing. La ni keadaan dirumah pun umpama "tongkang pecah". Mana barang yang mahu "sea shipping", mana yang mahu "air shipping" dan mana yang mahu "hand carry".

Some peralatan eletrik terpaksa dijual kerana perbezaan sistem voltage yang digunakan di USA. Kereta perlu dijual, alhamdulillah ada rakan yang sudi membelinya, terima kasih. Sekolah anak-anak perlu diberitahu sekali lagi dengan exact date, last day bebudak akan attend sekolah. Definitely for the kids, this move is really hard for them, infact they were really sad and disagreed at first with our decision to move back to Dallas. To say goodbye and be away from their good friends in Vienna and the need to make new friends in Dallas, will not be an easy thing.

Sisa-sisa waktu yang ada ini perlu diisi dengan sebaik-baiknya, apa yang dihajat dan belum sempat dipenuhi selama ini, perlu dipenuhi. Apa yang teringin dimakan yang hanya terdapat di Vienna, inilah masanya untuk dicuba atau dimakan sepuasnya. Tempat yang belum dilawat atau belum habis dijelajah, inilah masanya untuk pergi, lawat dan jelajah ke setiap pelusuk dan lorong, terutama disekitar bandar Vienna. Apa barang-barang yang hanya terdapat di Vienna atau Austria, inilah juga masanya untuk memborong. Apa yang pasti... poket boleh jadi kurus kering dalam masa 2 minggu terakhir ini. ;-)

Moga-moga hijrah kami untuk kali ke-dua ke Dallas akan menjanjikan future yang lebih baik untuk kami sekeluarga. Dan semoga semua urusan akan berjalan lancar sepanjang 2 minggu terakhir di Vienna sehingga tiba di Dallas. InsyaAllah.


5 comments:

Sizuka said...

bila dah duduk US, boleh la bawak the kids to Disney World Florida and Disneyland LA. boleh shopping sakan la kat US nanti.. hehe.. hopefully, the transition will be easier for the kids :)

joe said...

bab shopping tu... sukar dinafikan..:-)

Jäger said...

dallas..welcome to the states. the country with a reasonable price range to own the bavarian machine

joe said...

Thank you Jager...

Ina said...

Salam Joe,

Selamat berhijrah. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan semasa proses penghijrahan. Good Luck and God Bless :)

Kirim salam to your wife...