Nuffnang

Saturday, January 9, 2010

"All You Can Eat, Pay As You Wish"-Der Wiener Deewan



Sudah lama merancang untuk pergi menjamu selera di restoran Der Wiener Deewan ini semenjak diperkenalkan oleh kawan dari Malaysia yang kebetulan menginap berdekatan kawasan restoran ini. Akhirnya seminggu sebelum meninggalkan Vienna, tercapai jugak "hajat" untuk merasa hidangan masakan Pakistan di restoran ini. Terletak tidak jauh dari stesen Shottentor U2, lebih kurang 5 minutes walk sahaja. Dari luar restoran, seolah-olah restoran ini agak kecil dan terdetik juga di kepala, maybe tak ramai pelanggan yang minat masakan Pakistan di Vienna ini.

Bila masuk kedalam, terdapat susunan lauk pauk dan makanan yang tersedia. Makanan disini disediakan ala buffet. Bila masuk kedalam lagi baru ketahui yang ada 3 level untuk ruang makan hingga ke basement atau keller. Ruang makan di keller agak luar dan boleh muatkan maybe dalam 20 orang pada satu-satu masa. Pada masa kami datang, ramai rupanya pelanggan yang sedang menjamu selera, mostly "orang putih"! Quite surprising jugak bila menengok "orang putih" dengan seleranya menjamu menelan masakan Pakistan.

Apa rahsia atau specialnya restoran ini? Tagline untuk restoran ini ialah "All You Can Eat, Pay As You Wish"! Maybe itu tarikan utamanya. Pelanggan boleh makan sebanyak mana yang mahu, dan bayarlah seberapa yang anda suka!! Ini kali pertama kami terjumpa restoran yang sebegini sepanjang hidup!

Makanan pada hari ini, ialah nasi putih basmati, kari ayam, kambing masak "hitam" (tak tau apa kenamanya, but sedap!), dalca sayur, dalca campur apantah, salad, roti nan & dessert. Not bad la menu yang disediakan. Air kosong dihidang diatas meja oleh pelayan dan its free, tapi boleh order minuman lain jika mahu. Boleh dikatakan sedap juga makanan disini, berbaloilah dengan "harga"nya, bayar semahu anda! Patutlah ramai pelanggan yang datang kesini. Ada juga harinya nasi beriani sebagai menunya. Susah nak jumpa beriani halal di Vienna ni.

Recommended untuk sesiapa yang ada atau tinggal di Vienna datang dan merasa hidangan di Der Wiener Deewan. Selamat menjamu selera!

5 comments:

miSs inTerpReted said...

oh...kena pi ni....

p/s: kem salam rindu to k.ulin!

sabb

ulin said...

miss u too dear....pergila try sabb...nice!!! bolihlah dari yg gi mahal mahal tuh kan hahahahahah

lindaamir said...

Salaam,

Saya bercadang nak pergi ke Vienna in June. Cuma nak tanya, apa maksudnya "...pay as you wish'? Berapa saya nak bayar if makan dgn hubby? Takut nanti terkurang bayar pulak.Tq.

Lindaamir
Perak

joe said...

Salam,

"pay as you wish" tu maksudnya, terpulang pada pelanggan untuk bayar seberapa yg pelanggan suka. so its up to you untuk nilaikan value makanan yg dimakan. Ada yg bayar sikit ada yg bayar normal mcm kedai lain. Tak kisah byk mana pun.

Selamat datang ke Vienna. Enjoy the city! Take the opportunity utk visit neighbouring country jugak.

Anonymous said...

Salam,
Yes, we plan to go the neighbouring countries as well. This is my second time to these places but the first for my hubby. Hubby ada conference di Bad Hofgastein 30/5 - 3/6. Kami cadang nak ke Venice, Milan, Lugano, Luzern, Lindau, Fussen,Innsbruck. Tulah, plan nak singgah kat Vienna dulu sebelum ke bad Hofgastein. Nak try one or two restaurants yg you suggested. Tq for listing out the halal food outlets there. - Lindaamir, Perak.