Nuffnang

Sunday, January 17, 2010

Balik "Kampung"

Alhamdulillah, selamat sampai di Dallas pada hari Jumaat jam 7 pm waktu local setelah lebih kurang 20 jam perjalanan. Why 20 jam? Kami keluar dari hotel pukul 4 am. Sampai di airport, kaunter belum buka tetapi ramai yang sudah beratur. Bila kaunter dibuka, hanya satu untuk regular check-in, satu kaunter untuk ahli One Club dan satu kaunter untuk Fast Drop (Self Checkin). Didepan kami ada dalam 10 orang yang travel in group ke Miami. Proses check-in depa ni teramat slow, dengar-dengar setakat yang paham depa ni ada masalah dengan luggage, sampai sorang ambil masa around 10 mins untuk check-in. Tension betul, selepas beratur hampir 2 jam barulah selesai checkin dan masuk ke boarding area.

Bila didalam flight pula pilot announce yang flight tak boleh berlepas seperti dijadualkan kerana tidak mendapat kebenaran dari Heathrow(LHR). Kami menaiki British Airways ke Heathrow sebelum sekali lagi naik BA untuk ke Dallas(DFW). Hampir setengah jam delay baru boleh berlepas, dan memang sah kami akan terlepas flight dari LHR ke DFW kerana scheduled connection time cuma sejam setengah. Since dah delay berlepas dari VIE, memang sah dan tak cukup masa selama sejam sahaja untuk kejar next flight tambah lagi next flight berlepas dari different terminal.

Alhamdulillah an hour sebelum tiba di LHR, seorang flight attendant datang dan confirmkan flight BA kami dari LHR ke DFW dah terlepas dan kami telah di reconfirmed ke flight lain iaitu American Airline AA79. Kali ini kami ada masa 3 jam menunggu di LHR dan flight AA79 berlepas dari terminal yang sama dengan flight kami dari VIE.

Sampai di LHR, security check memang memenatkan. Dengan orang yang amat ramai beratur dan panas sebab jaket yang tebal dipakai (Vienna sejuk maa..;-)), memang merimaskan! Setengah jam lebih beratur baru selesai security check, terus pergi ke Connection Desk untuk confirmkan dan dapatkan borading pass baru untuk flight AA79. Selesai then baru dapat masuk ke boarding area dan barulah lega. Sempat berehat mengisi perut dan menghilangkan penat beratur dan tensen terlepas flight.

Bila hampir dengan waktu berlepas, terus ke gate yang ditetapkan, sekali lagi terpaksa beratur untuk masuk ke gate. Rupa-rupanya sekali lagi terpaksa melalui proses security check. Full body dan hand luggage check oleh beberapa orang airport personnel. Rasanya proses ini hanya melibatkan flight ke US sahaja dan its not new. Kerana pada early 2007 dulu semasa terbang dari Stockholm ke US juga melalui proses yang sama.

Bila dapat masuk dan duduk diatas kerusi dalam flight barulah terasa lega seleganya dan hilang rasa penat dan tensen. Tambahlagi dapat seat row yang yang paling hadapan untuk economy class, dengan runag kaki yang agak luas. Tapi satu je yang tak memihak pada kami ialah tak dapat nak booking "Moslem Meal" untuk flight ni. Takpa, makan je lah apa yang boleh dimakan. Flight attendant AA pula quite nice dan helpful. Boleh dikatakan sepanjang 10 jam perjalanan semua berjalan lancar.

Sampai di DFW lebih kurang pukul 6pm waktu local, proses imigresen takda masalah dan takda soalan pelik-pelik ditanya. Just sign, ambil cap jari, ambil gambar dan siap. Kastam pun lepaskan kami tanpa perlu dicheck luggage yang dibawa. Alhamdulillah, tak seperti semasa first time datang ke Dallas pada 2005, yang mana kotak terpaksa dibuka dan selongkar sebab ada bawak karipap inti daging punya pasai! ;-)

Kawan se"kampung" di Dallas sudah lama menunggu di airport dan bawa kami untuk sedikit jamuan meraikan kedatangan atau ke"kembali"an kami ke Dallas. Lebih kurang 7 pm waktu Dallas atau 1 am waktu Vienna sampai dirumah kawan untuk berjumpa kawan-kawan lama dan baru sambil menikmati juadah makan malam. Makanya total perjalanan kami dari hotel di Vienna ke Dallas lebih kurang 20 jam!

The coming weeks akan sibuk dengan urusan mencari rumah tempat tinggal tetap, cari & beli kereta juga register budak-budak ke sekolah. Harap semuanya akan berjalan lancar juga nanti.

3 comments:

Faizal and Anna said...

Alhamdulillah Joe, after all the hassled.. everything turnout O.K..
We wish you & the family - "Selamat menjalani kehidupan baru di Dallas". Take care ya..

(*Tetiba teringat pulak drama "Dallas" kat TV..hehe.)

joe said...

Terimakasih Faizal & Anna. Bila nak buat trip ke US sekali lagi? Make sure utk include Dallas in your plan. Boleh bawak pergi ke ranch Ewing family, now dah jadi tourist spot untuk sesiapa yang datang ke Dallas.

Jarr said...

owh kiranye mcm back for good ke bro...hehe.
aku doakang keselamatang dan kesejahteraang deme sekeluarge la dehh...duk molek tempat org..


p/s:kalu jupe megan fox royak,Jarr kim salam deh...haha.

takecare bro.