Nuffnang

Friday, December 31, 2010

2011!



Selamat menyambut tahun baru 2011 untuk semua!! Bagaikan sekejap masa berlalu, terasa masih baru lagi kami sekeluarga berpindah dari Vienna ke Dallas, walaupun 2 minggu lagi genap setahun kami disini. Betullah kata orang tua-tua, makin lama makin terasa masa semakin cepat bergerak. Umur pun semakin tua. Apabila melangkah ke tahun baru, cuba pandang ke belakang, tahun yang telah ditinggalkan. Apa yang telah di berjaya di"achieve" sepanjang tahun itu untuk diri dan keluarga, apa yang perlu diperbaiki, apa yang perlu ditinggalkan dan apa yang perlu di"improve"kan supaya diri & keluarga menjadi lebih baik didunia & akhirat kelak.

Wishes untuk semua... happy and prosperous 2011, let this coming year be better than all the others and may 2011 be the time to realize new dreams. Happy new year!!

Tuesday, December 21, 2010

Black Friday



Cerita pasal sale atau jualan murah di sini memang menarik. Memang betul-betul murah jika rajin zahir & batin meronda dan merisik terutama melalui webpage dan brochure iklan yang dihantar ke mailbox. Event jualan murah yang paling ditunggu-tunggu ialah semasa sehari selepas hari Thanksgiving atau Black Friday. Dimasa inilah harga runtuh atau diskaun yang tinggi untuk most barangan dimana-mana kedai. Diskaun sehingga 60-70% untuk certain items. Black Friday sale bermula jam 5am di kebanyakan store sehingga 11am. Walaupun pintu kedai dibuka bermula jam 5am tetapi para "hantu" jualan murah akan mula menunggu didepan pintu store sejak malam sekitar jam 8pm lagi!! Satu pengalaman menarik, melihat gelagat sesetengah manusia disini yang sanggup beratur, berkhemah dan berkerusi di hadapan store didalam cuaca sejuk mulai jam 9pm! Hot items yang crazily discounted biasanya in limited quantity, dan kupon akan diberi kepada mereka yang beratur dihadapan store few hours sebelum store dibuka pada 5am. During Black Friday ini jugalah masanya untuk shopping pakaian dari designer store dengan harga yang amat murah terutamanya di Outlet center.


Pada Black Friday yang lepas, sempat juga join orang disini merasai pengalaman shopping pada pukul 5am. Tetapi tidakla sampai nak berkhemah tidur since 9pm. Pergi ke kedai elektronik Best Buy pada pukul 4:45am, sudah panjang orang ramai beratur dalam anggaran lebih seratus orang. Even ada mamat yang cuba nak menjual kupon untuk hot item dengan harga beberapa ratus $. Biasanya mamat2 jenis ini sanggup beratur untuk dapatkan hot item then selepas beli, dijual balik di Ebay. Apabila pintu store dibuka, sebahagian demi sebahagian orang yang beratur tadi dibenarkan masuk dan menuju ke barangan yang telah awal2 lagi di"aim" untuk dibeli. Berebut-rebut orang ramai memilih barang yang dijual dengan harga yang murah. Then bila tiba masa untuk check-out sekali lagi terpaksa beratur panjang.

Walaupun terpaksa beratur panjang sebelum store dibuka dan semasa hendak membayar, tetap terbayang tanda kepuasan pada muka masing-masing yang dapat membeli barangan yang diidamkan dengan harga yang amat murah. Gilerr punya murah!!



Friday, December 3, 2010

Ujian SPM-Malaysian History

Found this special "Ujian SPM" joke from the published comments in one of Malaysia Todays article. Funny enough, so to share it here with you.. enjoy!

Malaysian history

Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan digagalkan dr Ujian SPM.

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hotak Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

MAAF... ANDA GAGAL DISEBABKAN SENYUM SEMASA JAWAB... ;-))

Monday, November 22, 2010

Radio Satellite

Satellite radio, seperti mana satellite TV iaitu gelombang frekuensinya disebar/dipancarkan terus daripada satellite instead of regular pencawang/pemancar radio FM or AM. Lebih luas kawasan liputannya berbanding menggunakan pemancar radio biasa. Di Malaysia atau even di Asia, belum ada ditawarkan khidmat satellite radio. Tetapi di US, ianya salah satu penawaran yang biasa untuk pengguna kenderaan atau pemilik radio di kediaman. Sekarang ini most kereta-kereta baru ditawarkan dengan radio with built-in satellite radio receiver. Untuk kereta-kereta lama boleh dibeli satellite radio receiver and just plugin somewhere in the car.

Apa yang specialnya dengan satellite radio? Jawapannya sama jika ditanya apa yang specialnya dengan satellite TV. Satellite radio has more channnels, specific untuk sesuatu genre seperti music, news, traffic, religion etc. Contoh paling senang ialah channel untuk music terbahagi kepada jenis-jenis genre music. Even untuk genre rock terbahagi kepada several different channel seperti, Classic Rock, Alternative Rock, Garage Rock, Heavy Metal, Underground, Oldies Rock etc. Jika pilih channel Heavy Metal, hanya lagu-lagu Heavy Metal yang dimainkan. Memang syoqqq!! Sama juga dengan genre music lain. Terdapat juga news channel seperti di dalam satellite TV iaitu, CNN, MNBC, BBC etc. Terdapat ratusan perlbagai channel tersedia untuk pelanggan satellite radio.

Seperti juga satellite TV, pendengar satellite radio perlu membayar yuran langganan bulanan. Kalau tak silap disini lebih kurang $6-$10 per month. Not bad untuk kaki radio atau mereka yang memandu more than 1 hour a day pergi balik kerja sebagai peneman dikala bosan & mengantuk. As of for me, cuma perlu drive less than 15 min untuk ke tempat kerja, kadang-kadang tak teringat nak buka radio, so definitely not necessary untuk melanggan satellite radio.

Kereta kami disini has built in satellite receiver and comes with 3 months free subscription when we bought it. After that 3 months, subscription automatically terminated. Prior to the termination, provider satellite radio itu iaitu Sirius hantar surat reminder mengenai subscription. The fee, how to extend subscription..bla..bla..bla. I just ignore the reminder letter since i'm not interested with spending another $10 per month for just listening to radio channels. However, the service provider keep sending reminder letter several times, with lower subscription fee. Jika agree untuk subscribe akan diberi ESN (Electronic Serial Number) untuk di key-in kedalam radio sebelum boleh mendengar/menerima siaran dari satellite. Kekadang tergugat juga iman dengan tawaran murah but bila fikirkan akan ketidakperluan satellite radio, so just dibakulsampahkan saja surat-surat tu semua. And that was several months ago! .

Suddenly 3 days ago, budak-budak main-main tertekan channel satellite radio semasa didalam kereta. Surprisingly the satellite channels are available again!!! Tak tau camana kami tetiba boleh mendengar siaran satellite radio walaupun tidak melanggan. Pretty sure, this is free (i hope so) since i didn't even subscribe to the service.

Almost 90% of the listed channels are available for us to listen. Budak-budak memang enjoy dengan Disney channel that playing teen-JustinBieber-kinda pop songs. Whatever...... as long as its free!!! ;-)




Tuesday, November 16, 2010

Eidul Adha..



Selamat menyambut hari raya kurban untuk semua. Disini seperti biasa meriah setiap kali sambutan hari raya. Bersembahyang di masjid Irving dan terus berkunjung ke rumah kenkawan rapat disini dari pagi sampai malam. Raya kali ini terpaksa beraya di ofis selepas selesai bersembahyang raya. Sempat juga bertandang, santapan pagi jemputan open house raya dan akan bersambung selepas waktu kerja untuk another jemputan open house untuk makan malam.

Hari raya korban tak akan lengkap jika tiada ibadah korban dilakukan. Seperti biasa, lembu supplied daripada Uncle Bud, yang mempunyai puluhan lembu di ranchnya. Semalam sempat pergi ke ranchnya untuk menghambat lembu-lembu untuk korban masuk ke "sangkar". Dan dari situ lembu akan dibawa ke tempat penyembelihan untuk disembelih dan diproses/dipotong dagingnya. Disini terdapat peraturan dimana penyembelihan lembu tidak boleh dilakukan sesuka hati dan perlukan lesen atau ditempat yang berlesen.

Daging korban nanti akan diagihkan kepada keluarga & individu yang berhak untuk menerima seperti keluarga pelarian berugama Islam dari Myanmar atau negara2 lain, yang terdapat ramai di Dallas. Dapatlah juga bersama-sama meraikan sambutan hari raya kurban walaupun mungkin sambutan disini tidak semeriah seperti di Malaysia.

Selamat menyambut hari raya kurban.

Saturday, October 9, 2010

Gusti...

Setelah lebih kurang 10 bulan tinggal di Dallas, malam tadi tetiba tergerak untuk menonton rancangan Gusti semasa scrolling channel yang ada di TV. Sebelum ini memang takda "nafsu" langsung nak tengok rancangan gusti. Tetiba malam tadi melekat di kerusi selama sejam duk melayan rancangan gusti. Sudah bertahun-tahun tidak menonton gusti, enjoy juga tengok gelagat ahli gusti "berlakon" sesama mereka diatas gelanggang dengan pelbagai ragam dan gaya. Di salah satu channel TV disini, hampir setiap malam ada rancangan gusti. Almaklumlah tanah tumpah asalnya hiburan ini.

Bercerita tentang gusti, teringat semasa di zaman sekolah menengah pada tahun 80an, rancangan gusti adalah antara yang paling diminati. Siap boleh kenal almost ahli gusti yang bertanding. Di zaman itu grup gusti yang terkenal ialah WWF (World Wrestling Federation). Majalah gusti juga antara yang gemar dibaca, kekadang siap gunting gambar ahli gusti ditampal di kulit buku sebagai idola. Waktu itu memang 100% percaya yang sukan gusti ini adalah "real", benar-benar berlaku, benar-benar bergaduh diatas gelanggang dan diluar. Mana tak percaya kalau siap berdarah-darah keluar. Topik gusti juga selalu jadi topik bualan antara geng-geng peminat gusti disekolah. Antara ahli gusti yang paling popular waktu itu ialah Ultimate Warrior, Hulk Hogan, Macho Man Randy Savage, Andre The Giant, Jake The Snake etc. Masing-masing ada idola dan peminat tersendiri. Kalau tak silap seminggu sekali ada rancangan gusti di TV. Dan video gusti juga juga dijadikan tarikan menarik pelanggan disesetengah warung atau restoran. Pelanggan boleh melekat berjam-jam dimeja makan jika mula menonton gusti. Bukan setakat menonton tetapi siap dengan tangan menghentak meja, mengomen dan marah-marah jika ahli gusti yang disokong tidak beraksi dengan baik.

Semasa di awal tahun 90an, zaman belajar di universiti, tinggal di area Kg Datuk Keramat. Pasar Datuk Keramat menjadi tempat wajib untuk membeli makanan hampir setiap hari. Almost setiap kedai makan di Pasar Datuk Keramat menayangkan video gusti sebagai umpan menarik pelanggan. Kekadang sesama tumpang bertenggek melayan aksi ahli gusti "bergaduh" didalam gelanggang. Memang meriah jika menonton gusti di kedai makan.. memang riuh dengan suara-suara jeritan peminat fanatik gusti. Memang seronok hingga lupa masa berlalu berjam-jam. WrestleMania... Royal Rumble... antara perkataan yang tidak asing bagi peminat gusti. Agaknya sekarang ini pun kedai-kedai makan di Pasar Datuk Keramat masih lagi menayangkan video gusti. Wallahualam...

Semasa zaman ini jugalah baru ketahui yang rancangan gusti ini hanyalah lakonan semata-mata. Ahli gusti yang "bergaduh" digelanggang adalah para ahli gusti professional yang dengan berjayanya mengkhayalkan berjuta-juta peminatnya diseluruh dunia. Kemudian WWF juga bertukar nama menjadi WWE (World Wrestling Entertainment). Memang tepat sekali nama itu sebab ianya hanyalah hiburan semata-mata bukanya pertarungan sukan gusti yang sebenarnya seperti yang dipertandingkan di acara sukan seperti sukan Olimpik.

Apa yang peliknya walaupun diketahui yang rancangan gusti ini hanyalah lakonan semata-mata tetapi peminat-peminatnya tetap terus menontonnya. Jika dilihat di TV, stadium yang mengadakan acara gusti ini tetap penuh padat dengan penonton dan peminat setianya. Umpama menonton acara sukan sebenar!

Semalam dikaca TV almost semua ahli gusti adalah muka-muka baru, tiada lagi Hulk Hogan (dah jadi artis realiti TV), Ultimate Warrior (rambut dah pendek), Jake The Snake, Andre The Giant (mati sakit jantung), Macho Man Randy Savage.... Semuanya muka-muka baru, dengan entah pelbagai nama, sorang pun tak kenal. Walaubagaimanapun, tetap terhibur jiwa raga sekali sekala melayan aksi-aksi ahli gusti!


Wednesday, September 29, 2010

Taipei Airport

Pertama kali jejak kali di lapangan terbang antarabangsa Taipei semasa cuti summer bebaru ini. Tidak banyak yang menarik di airport ini, even kedai makan yang ada pun agak limited. Tak ternampak pula kedai fastfood seperti McD or KFC etc. Cuma ada restoran makanan tempatan dan sushi yang tak berapa sesuai dengan selera tekak tambah pula setentunya tidak halal.

Tetapi ada dua benda yang membuatkan airport ini "special" atau lain dari yang lain ialah terdapatnya playground bertemakan "Hello Kitty" yang agak besar dan sememangnya satu tarikan untuk kanak-kanak yang berada di situ. Parents boleh ambil peluang berehat sambil menunggu connecting flight dengan membiarkan anak-anak bebas bermain disitu.

Satu lagi yang special di airport ini ialah tempat sembahyang atau beribadat yang tersedia. Tetapi jangan dibandingkan dengan airport di negara Islam seperti Malaysia atau Arabs yang sememangnya "wajib" menyediakan tempat sembahyang yang khas untuk orang Islam. Di airport Taipei, di sebuah negara yang sememangnya ramai tahu ialah negara bukan majoriti beragama Islam tetapi menyediakan tempat beribadat atau sembahyang yang khusus untuk pelbagai agama. Kebiasaannya airport di negara-negara bukan Islam hanya menyediakan satu bilik khas yang selalunya dipanggil "Chapel" etc dan dikongsi antara pelbagai agama untuk beribadat. Tetapi di Taipei, setiap agama dikhaskan sebuah bilik ibadat sendiri. Di area itu terdapat beberapa bilik untuk agama Islam, Buddha, Kristian, Jews etc. Tak pasti macamana rupanya di bilik-bilik lain (tak sempat nak jenguk) tetapi di bilik ibadat Islam, lengkap dengan sejadah, Quran, tasbih, kiblat, jadual sembahyang dan tirai pemisah untuk golongan wanita. Quite impressed juga dengan apa yang disediakan disini memandangkan Taipei atau Taiwan bukannya sebuah negara bermajoriti agama Islam.

Jika terdapat tempat khas untuk berwuduk, memang "perfect"lah jawabnya. Tetapi tiada disediakan dan seperti biasa terpaksa ke bilik air yang berdekatan. Di airport ini terdapat banyak kemudahan bilik air dan berdekatan kawasan bilik ibadat ini terdapat satu bilik air yang jarang dikunjungi oleh orang ramai except mereka yang datang ke kawasan bilik ibadat ini. So takda segan-segan nak angkat kaki masuk dalam sinki. ;-)




Wednesday, September 8, 2010

Seloka Eid Mubarak!


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Pagi ini semasa bangun pagi
Bukak radio, belum gosok gigi
Terdengar takbir raya berseri-seri

Orang di Malaysia tengah bergumbira
Disini baru lepas sahur terahir makan roti kaya
Sekejap lagi hendak pergi kerja
Mood raya! Mood raya!

Hari ini masak lemang & rendang
Malam pula pergi bertandang, takbir raya dengan kawang-kawang
Sampai Sabtu ada jemputan makang-makang
Inilah masanya nak makan macang-macang

Masjid Irving, sembahyang raya ada 2 sessi
Kami akan pergi sessi pukul 8 pagi
Mesti semuanya muka berseri-seri
Apa taknya dah dapat makan pagi

Di pasaraya Mydin kuih raya dibeli
Semasa kami balik ke Malaysia baru-baru ini
Belum raya lagi 3 bekas dah takda isi
Mana tahan maa... tak makan rugi

Hari ini budak-budak masih kesekolah
Mana ada cuti, kalau ponteng pulak salah
Tapi esokkan raya, amik cuti juga lah
Sehari saja takan tak bolah (boleh)

Pagi raya terasa nak makan nasi minyak
Makan sikit tak boleh banyak-banyak
Nanti rumah kekawan nak makan jugak
Karang takda tempat lagi nak sumbak (sumbat)

Pagi raya, rumah korang masak apa
Mesti pelbagai jenis, rupa dan rasa
Jangan lupa jemputlah kita juga
Kalau jauh tolong makan pun dah takpa

Sudah panjang merapu kali ni
Lama termenung takda idea lagi
Sekali lagi untuk semua pembaca disini
Selamat Hari Raya Aidil Fitri!







Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan 1431H

Ramadhan tiba lagi. Kali ini menjalanai ibadah puasa di Dallas pula selepas 3 tahun berpuasa di Vienna. Mungkin sedikit berbeza suasana menjalani ibadah puasa disini jika dibandingkan semasa di Vienna. Sedikit perbezaan yang ketara ialah jika semasa di Vienna, pergerakan kemana-mana mainly dengan berjalan kaki atau menaiki train tetapi disini mainly berkereta. Apabila berjalan kaki makanya pelbagai suasana & pemandangan yang menjadi tatapan mata samada yang baik atau buruk untuk pahala puasa. Paham-paham saja lah jika diwaktu summer dinegara "orang putih", pemakaian depa umpama tak cukup kain. Kuruih pahala puasa disini, takan nak berjalan kaki pandang bawah saja kan.

Berpuasa dinegara bukan Islam ini cabarannya sedikit lebih hebat dari berpuasa di Malaysia atau dinegara Islam. Disini samada diluar atau di tempat kerja, terpaksalah menahan mata, telinga malah juga lubang hidung dari melihat, mendengar dan menghidu bau makanan & minuman terutamanya kopi panas diwaktu pagi semasa di tempat kerja yang menusuk-nusuk lubang hidung terus ke otak! Sengsaraaa jiwa raga!!

Berpuasa di musim panas di sini juga agak mencabar. Waktu imsak pada lebih kurang 5:30am dan berbuka hanya pada lebih kurang 8:15pm. Lebih kurang 13 jam berpuasa. Dengan cuaca diluar averagenya 35-40C, menyengat tubuh badan jika berada diluar rumah.

Puasa kali ini juga istimewa kerana sempat berpuasa di Malaysia selama 3 hari. Sempatlah bersesak-sesak dicelah orang ramai menjamu mata & hidung di bazar ramadhan Taman Melawati. Sempatlah berbuka puasa bersama ibu-bapa & sedara-mara dengan juadah yang telah lama diidamkan. Sempatlah merasai suasana membeli-belah baju & kueh raya di Malaysia juga. Sudah 5 tahun kami tidak merasai suasana itu semua. ;-)

Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua.


Friday, July 23, 2010

Akhirnya....

.... tiba hari yang ditunggu-tunggu. Petang esok akan fly balik Malaysia, and will be there for 3 weeks (only). I wish i can have more than 3 weeks of vacation. Apa nak buat annual leave from Austria tak boleh transfer ke US. Annual leave di US pula is accrual basis. Cett! So end up cuma ada 3 minggu. Apa-apa pun, really cant wait untuk jejakkan kaki di tanah Malaya semula, but only after 31 hrs of flight (incl transit time in San Francisco & Taipei). Pheww!

Jumpa lagi after mid-August! Ciao!!

Wednesday, July 14, 2010

Balik Kampungg.....Kuala Ibai...


Sudah beberapa minggu tidak update blog. Takda special story untuk dikongsi disini sejak seminggu dua ini. Setiap hari cuma pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, pergi kerja.... bosann. Nak korek cerita-ceritut lama pun takda mood. Nak cerita pasal kerja.... lagi tak menarik. Setiap hari makin bertambah kerja. Next month akan bertambah 2 new wireless operator di Canada to be in the list untuk dibelai kerenahnya setiap hari. Letih!

Sedar tak sedar cuma less than 10 hari lagi untuk terbang balik ke Kuala Ibai. After 3 yearss.... boleh tahan lama juga tu. Kalau orang yang pi sambung belajar sudah balik dengan segulung "Degree". Memang sekarang ini pun sudah didalam "mode" balik kampung. Almost semua sudah siap dikemas... beg sudah sarat dengan barang-barang... "berat 'nanang" kata orang Ganu.

Tidak dapat digambarkan betapa tak sabarnya terasa hendak balik kekampung. Jika ada wujudnya button "fast-forward", sudah lama akan ku tekan supaya terus ke hari yg ditunggu-tunggu. I wish!!

Alangkah enaknya, akhirnya dapat berehat-rehat di luar berandah rumah di Kuala Ibai, diuliti hembusan angin laut petang sambil menikmati keenakan keropok lekor goreng dan kopi panas. Gerai keropok lekor hanya seberang jalan di depan rumah. Gerai nasi dagang hanya 100 m dari rumah. Jika hendak ke pantai.... hanya 5 minutes away... lagun Kuala Ibai.

Bercerita pasal lagun Kuala Ibai, banyak sekali kenangan manis & masam di lagun ini di zaman kanak-kanak. Lagun Kuala Ibai adalah unik dan satu-satunya lagun tercantik di Malaysia. Sebelum ianya dibangunkan dengan dibina masjid terapung dan taman-taman, kecantikan semulajadinya amat indah. Disitulah tempat setiap hari minggu bersama kawan sekampung mandi-manda, bermain bola, bermain wau, mencari kepah guna tumit kaki dan "'gerrak" sampah, mencari "'bagget" guna rotan, meracik burung laut, menjala ikan "andeng", menaiki perahu hingga ke jambatan Kuala Ibai. Di sungai lagun Kuala Ibai ini juga hampir 2 kali lemas, termasuk ke pasir jerlus dan terjatuh dari perahu dibawah jambatan Kuala Ibai. Di lagun Kuala Ibai juga tempatnya curi-curi menghisap rokok dizaman sekolah.. sebelum masuk rumah telan air paip dulu kasi hilang bau. ;-)

Sekarang ini lagun Kuala Ibai sudah jauh berubah dari rupa bentuk asalnya 20 tahun yang lepas. Kini telah ada masjid terapung, taman riadah, pusat ekuestrian, kolam renang, pusat budaya plus entah apa-apa lagi dengarnya. Rupa bentuk alam semulajadi lagun Kuala Ibai musnah ditelan pembangunan yang digila-gilakan sesetengah manusia. Manusia kapitalis yang sentiasa mencari ruang menangguk untung tidak kira apa hatta alam semulajadi yang patut dipulihara menjadi mangsa. Tetapi walau bagaimanapun berubahnya lagun Kuala Ibai, angin laut China Selatan yang bertiup tetap sama, tidak jemu menghembus, mendayu dan mengulit setiap mereka yang datang bertandang ke situ....

I wish i have gambar lagun Kuala Ibai 20 tahun yang lepas untuk dikongsi... but i dont. Zaman dulu-dulu mana ada duit nak beli kamera.. tengok kamera itself pun dah kagum! Camno? Hehhe.

Jumpa di Kuala Ibai in less than 2 weeks! Berehh!!

p/s: gambar muara Lagun Kuala Ibai diatas diambil dari internet. Entah siapa empunya but i guess empunya bernama"ajim" kot based on the watermark on the pic. Thank to "ajim", whoever & wherever you are.

Thursday, June 17, 2010

Once Upon A Time in... Xi'an, China part finale.

Sudah lebih 6 bulan, cerita ini tergantung barulah ada peluang untuk "menyambung" penceritaan kembara di tanah Xi'an. Di dalam part 1, bercerita mengenai perjalanan dari Zhengzhou ke Xi'an dan melawat sekitar bandar Xi'an dan muzium Terracota Army. Dari bandar Xi'an, ke stesen keretapi untuk meneruskan perjalanan ke pekan Huayin, dengan tujuan utama dan azam berkobar-kobar untuk menawan gunung Huashan! Tertarik apabila melihat gambar-gambar pemandangan cantik dipuncak gunung Huashan dan ditambah pula galakan dari rakan-rakan sekerja tempatan yang begitu menggalakkan untuk mendaki gunung ini.

Nasib agak malang semasa di stesen keretapi Xi'an apabila tiket yang ada cuma di kelas 3!! Perjalanan kalau tidak silap akan mengambil masa tidak lebih 2 jam. Imagination tentang koc kelas 3 pada masa tu, maybe seakan-akan didalam bas ekspress tanpa aircon di Malaysia. Tetapi apabila tiba masanya untuk naik keretapi, rupa-rupanya koc kelas 3 tak ubah serupa dalam bas mini KL zaman awal 90an dulu. Cuma ada kerusi bench kayu tanpa apa-apa alas cushion, dengan berasak-asak dan ada yang berdiri di lorong pejalan kaki antara kerusi!


Tetapi kami agak bernasib baik pada hari tu disebabkan salah sorang dari grup ialah mamat "orang putih", maka orang2 Cina tempatan seakan-akan memberi jalan semasa berebut hendak naik keretapi dan berjayalah duduk di kerusi kayu. Pelbagai bau dan rupa boleh dilihat sepanjang perjalanan. Satu sikap orang tempatan Cina di kawasan pendalaman ialah mereka seolah-olah jarang melihat "orang putih". Apa bila ternampak, mulalah tersenyum-senyum, tersengih-sengih seolah-olah melihat artis Hollywood!! Maybe keadaan serupa di Malaysia semasa tahun2 70-80an dulu-dulu.

Sampai di pekan Huayin lewat petang, naik van teksi ke hotel penginapan di kaki gunung Huashan. Hotel tanpa bintang berkongsi sebilik 3 orang! Bukannya untuk tidur pun sebab sepanjang malam akan dihabiskan masa mendaki gunung. Sempat mandi segarkan badan, dan makan malam di restoran berdekatan. Masakan restoran China memang lazat!! Entah apa yang diletaknya tapi sedap sungguh walaupun hanya telur goreng ala2 scramble egg campur kacang panjang dan nasi kosong! ;-)


Mengikut nasihat orang tempatan, waktu paling "afdal" untuk mendaki gunung ini ialah pada pertengahan atau lewat malam. Maka sempat lelapkan mata sebentar di hotel yang cuma ada 2 katil. Terpaksa bergilir untuk baring! Semasa menunggu masa untuk mendaki dan melepak diluar hotel, terserempak dengan satu grup orang China yang menginap di hotel sama dan akan mendaki gunung Huashan juga. Sempat berborak dan bersetuju untuk sama-sama mula mendaki dalam satu group. Jika berada di China, amatlah dialu-alukan jika ada yang boleh berbahasa Mandarin jika kemana-mana.

Hampir tengah malam, dengan semangat berkobar-kobar, bermula lah pendakian gunung Huashan. Pendakian dijangka ambil masa 5-7 hours bergantung pada "kekuatan" kaki masing-masing. Pendakian mostly melalui tangga-tangga batu yang tersedia hampir 70% di sepanjang jalan. Satu jam selepas mula mendaki bermulalah episod "ikan atas darat"! Tercungap-cungap mintak nyawa! Almaklumlah umur dah lanjut, lutut pun dah tak berapa nak ada pelincir lagi. Selepas itu hampir setiap 15-20 mins terpaksa berhenti ambil bekal oksigen dan "togok" air botol!

Memanjat tangga pelbagai rupa, ada yg landai, ada yang menegak, ada yang sempit hanya seorang yang boleh naik pada satu masa, ada tangga yang betul-betul bersebelahan gaung dengan hanya berpagarkan rantai! Patutlah digalakkan mendaki pada waktu malam, jika mendaki pada waktu siang, alamatnya memang tak sanggup!


Entah tak terkira berapa botol air mineral yang "berjaya" dihabiskan pada malam itu. Nasib baik disepanjang perjalanan ada tempat-tempat rihat dengan gerai-gerai menjual air dan makanan. Tambah lagi dengan bilangan pendaki yang agak ramai, suasana malam itu boleh dikatakan agak meriah. Kekadang riuh rendah dengan jokes untuk mengurangkan tumpuan terhadap rasa letih dan lenguh bagai nak tercabut segala sendi kaki!

Di pertengahan jalan grup kami sudah terpisah dengan grup China yang sama-sama bermula mendaki tadi. Depa dan senyap kedepan tak sanggup nak menunggu lagi kami yang makin lama makin kerap berhenti. Ada satu tahap hinggakan terasa menyesal tak sudah buat keputusan untuk mendaki gunung ini, sengaja carik pasal menyakitkan badan. Tapi bila menengok pendaki lain yang ada lebih tua tahap nenek gaban pun dengan selamba mendaki, makanya terpaksalah gagahkan jua kaki masing-masing menuju kepuncak.

Setelah mendaki lebih kurang 5-6 jam, sampai lah kami ke salah satu puncak yang pertama. Ramai yang berhenti rehat dan tidur di sekitar kawasan puncak ini. Ada yang meneruskan pendakian ke puncak lain yang lebih tinggi. Kami decide untuk stop mendaki dan berehat menunggu terbit matahari. Rasa amat lega apabila sampai di salah satu puncak ini, barulah boleh melunjurkan kaki yang lemah longlai, kekadang terasa seperti hilang kepala lutut disebabkan betapa lenguhnya kaki mendaki tangga.

Selepas lebih kurang satu jam, matahari mula terbit dan pada masa ini pemandangan persekitaran dari atas puncak ini amat cantik sekali. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa cantiknya alam semulajadi ciptaan Allah. Apabila hari siang pemandangan bertambah cantik dengan gunung-gunung berbatu putih seolah-olah diseliputi salji dari kejauhan. Diatas puncak gunung ini juga terdapat satu restoran yang dibina betul-betul di pinggir seolah-olah bertenggek.


Sempat menghabiskan masa selama 2-3 jam menikmati pemandangan cantik semasa di atas gunung Huashan. Semasa kesana-kemari sekitar puncak, mempotretkan diri dan pemandangan, ternampaklah satu bangunan kecil di lereng gunung dengan cable yang tergantung hingga ke kaki gunung. Apabila diamati dan didekati barulah diketahui rupa-rupanya ada "cable car" dari kaki gunung hingga ke puncak ini!!!! Terasa hancur luruh luluh lusuh jiwa bila mengetahui ada cable car yang boleh dinaiki selama beberapa minit sahaja dari kaki gunung hingga ke puncak yang kami berada!

Makanya selepas puas "bergumbira" dengan alam semulajadi di puncak gunung, kami dengan semangat berkobar-kobar menuruni gunung dengan cable car!! Lega!! Sekejap sahaja terus sampai kekaki gunung dan ambil teksi balik ke hotel. Sekali sekala gelak sesama sendiri memikirkan kepayahan hingga setengah mati mendaki gunung tanpa mengetahui adanya cara mudah untuk ke puncaknya. Tetapi on second thought, pengalaman mendaki sepanjang malam walaupun dengan penuh kepayahan dan hampir banyak kali nak tumbang, tetapi adalah juga satu pengalaman yang amat menarik dan tidak mungkin akan dilupakan sepanjang hayat.



Pada petang itu juga selepas checkout dari hotel, yang disewa cuma untuk mandi dan baring sekejap, terus menuju ke stesen keretapi. Kali ini bernasib baik, dapat tiket kelas 1 dari Huayin terus ke Zhengzhou dengan beberapa stop. Lega kerana dapat koc dengan kerusi bercushion dan berhawa dingin sambil berkongsi mengunyah biskut sepanjang perjalanan balik ke Zhengzhou. Walaupun badan letih tetapi sekali lagi pemandangan kawasan pendalaman China sepanjang perjalanan berjaya menyegarkan bijik mata. Pelbagai pemandangan menarik yang mungkin tidak dapat dilihat di tempat lain dan hanya terdapat di China. Masing-masing hanya mengelamun, mengunyah biskut kering dan menikmati pemandangan atau mungkin juga "berangan" untuk kembali ke gunung Huashan? Mungkin tidakkkkkkk.....



Akhir kata, pesanan penaja jika berhajat ke gunung Huashan, naiklah sahaja cable car!!!

Thursday, June 10, 2010

FIFA World Cup 2010

Kurang 2 hari sahaja lagi akan bermulalah kejohanan sukan antara yang terbesar di dunia di samping sukan Olimpik. Apa lagi kalau bukannya bolasepak Piala Dunia!! Seluruh dunia menunggu dengan tidak sabar untuk melihat dan menikmati kehebatan pasukan-pasukan yang bertanding, beraksi diatas padang. 32 buah negara akan bertarung selama sebulan untuk menentukan siapakah jaguh sebenar sukan bolasepak di dunia.

Negara manakah yang nampaknya berpeluang untuk memenangi World Cup kali ini? Ada yang menjangkakan negara Sepanyol atau pun Brazil. Atau mungkin Argentina yang mempunyai bintang bolasepak dunia iaitu Lionel Messi? Holland, Portugal, Italy & England juga tidak boleh dinafikan kehebatannya mereka di atas padang. Semuanya mempunyai kelebihan masing-masing.

Kali ini kejohanan Piala Dunia diadakan di South Africa. Dan buat kali kedua kami akan menyaksikan World Cup dari bumi USA. Disebabkan oleh perbezaan masa antara South Africa dan USA, makanya kami disini akan berpeluang untuk menonton perlawanan di waktu pagi & petang. Untuk sesama memeriahkan kejohanan Piala Dunia, di tempat kerja disediakan khas satu bilik mensyuarat yang dilengkapi 2 monitor TV yang besar, khusus untuk menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia! Cayalah!!

Bercerita mengenai bolasepak di USA atau disini dipanggil "Soccer" instead of "Football". Sukan bolasepak sekarang ini agak diminati oleh kebanyakan rakyat USA walaupun masih tidak boleh menandingi populariti sukan "American Football", Bolakeranjang atau Baseball. Setidak-tidaknya setiap weekend mudah kelihatan di park atau padang, mereka yang bermain bolasepak samada secara suka-suka atau pertandingan. FYI, currently pasukan bolasepak wanita USA berada di ranking no.1 dunia!!!! Women World Cup akan diadakan nexy year(2011) di Germany.

Negara manakah akan muncul juara kali ini? Pasukan manakah yang paling membuat kejutan dengan keputusan-keputusan yang luar dijangkaan? Pemain manakah yang paling menonjol sebagai bintang di World Cup 2010 ini? Semuanya akan terjawab mulai June 11 sehingga July 11th!! Apalagi.... jom tengok bola, makan bola, tidur bola!!!

Thursday, June 3, 2010

Raksasa vs Ultraman = ??


Dapat pics below dari email chain. Maybe ramai yang pernah tengok but since for me it is quite a creative "art" work dan boleh membuatkan sesiapa yang membaca tergelak sampai nak putus urat kentut. Not sure hasil tangan asal siapalah yang membuahkan pics dibawah ini. Anyway, huge credits to him!!

Note: Jika sesiapa tidak paham katabual diatas sila buka kamus "Melayu-Jermang". ;-)

Friday, May 14, 2010

Blue Bonnet@Texas


Mari bercerita pasal bunga pula tanpa perlu menggunakan bahasa yang berbunga-bunga. Not that i am obsessed into "bunga" nor i'm "mat bunga" but just wanna share what we have here in Texas. Bab-bab tanam bunga, memang tangan ni tak cukup "ong". Tak pernah nak hidup lama riwayat pokok bunga yang ditanam. In the end just beli bunga plastik, tak perlu nak siram, or bubuh baja or trim etc. Senang! Jangan salah paham bila menengok pics disini. Bukannya ditanam atau dijaga atau diperkarangan rumah kami.

Early spring di Texas, satu pemandangan yang amat lazim di mana-mana tanah lapang, ditepi-tepi jalan atau highway atau ditaman-taman ialah terdapatnya pokok bunga "Blue Bonnet" yang tumbuh dan berbunga dengan segar dan melata. Cantik sekali pemandangan diwaktu ini seperti padang yang kebiruan dari kejauhan (sorry berbunga sikit sentence ni).

Bukan sahaja untuk orang yang baru tinggal di Texas yang terpegun dengan pemandangan dan bunga ini tetapi juga untuk mereka yang berkulit putih. Selalu terpandang kelibat mereka yang berhenti di tepi jalan untuk tidak melepaskan peluang bergambar dan berposing dikelilingi bunga-bunga Blue Bonnet.

Gambar-gambar disini diambil kebetulan semasa pulang dari office dan terpandang sederetan kereta yang berhenti ditepi jalan dimana penghuninya semua turun ber"gumbira" dengan bunga-bunga Blue Bonnet yang terhampar di padang di sebelah tepi jalan. Bermacam-macam ragam dan gaya sehingga ada yang membawa kerusi dan DSLR lengkap light reflectornya. Kami pun tumpang dua kaki berposing sekejap dengan budak-budak menjadi mangsa sebagai objek model digambar walau hanya dengan menggunakan phone camera. Bunga-bunga ini juga mempunyai bau yang sedikit harum dan apabila berada di hamparan padang Blue Bonnet, bau harum itu agak jelas terbau di hidung.

Jangka hayat Blue Bonnet ini juga agak pendek. Hanya hidup selama few weeks sahaja sebelum hilang terbang kelopak-kelopak bunganya dan diganti pula dengan bunga liar yang lain pula.

Cukuplah cerita mengenai bunga. Ohh yaa.. Blue Bonnet ini ialah official state flower untuk Texas since 1901!


Friday, May 7, 2010

RM vs USD vs EUR

Apa nak jadi dengan matawang EUR?? Semenjak hujung tahun lepas sehingga ke hari ini, terus menerus menjunam dengan aksi bebasnya secara konstan. Bagi yang ada terbaca, ini disebabkan oleh krisis ekonomi di Eropah yang kembali hangat disana terutamanya disebabkan oleh masalah hutang negara Greece yang perlu ditanggung oleh semua ahli EU. Akibatnya.... matawang Euro jatuh tergolek-golek belum terjumpa penawarnya lagi. Lihatlah chart dibawah kedudukan matawang EUR vs RM in a year period till today. Cantik betul plot graphnya! I guess it would take a year or two untuk matawang EUR kembali pada kedudukan asalnya seperti pada tahun lepas.

Mungkin secara kebetulan juga, semasa kami pindah dari US ke Austria back in mid 2007, matawang USD mula jatuh. Jika tak silap ingatan, kadar tukaran pada waktu itu ialah 1EUR= 1.3 USD. Dan selepas itu USD jatuh tergolek-golek hingga mencecah 1 EUR= 1.5 USD.

Dan semasa kami pindah semula ke US dari Austria pada Jan this year, tiba masa untuk USD "membalas dendam" dengan mula naik beransur-ansur terhadap EUR. Pada hari ini dalam range 1 EUR= 1.27 USD sahaja!!

Looking roughly dalam situasi ini, seolah-olah seperti keputusan kami berpindah dari US ke Austria pada 2007 dan Austria ke US pada Jan 2010 adalah keputusan yang tepat. Well, not really actually, kerana in 2007 terpaksa rugi bila exchange USD to EUR dan now sekali lagi terpaksa rugi bila exchange EUR ke USD didalam situasi origin currency yang lemah. Adoi!!

Macamana pula dengan RM? Pengamatan secara kasar, kedudukan RM bergantung pada nilai USD. Didalam suratkhabar Malaysia selalu terbaca pada akhir-akhir ini mengenai berita RM yang semakin mengukuh. Jika dibandingkan RM dengan EUR, i dont think RM itself semakin mengukuh. Value RM meningkat terhadap EUR disebabkan krisis ekonomi/matawang yang sedang berlaku di Europe. Jika dibandingkan RM terhadap USD, boleh dilihat terdapat peningkatan dimana value 1 USD = 3.27 sahaja pada hari ini jika dibandingkan setahun lepas 1 RM = 3.5 USD. Adakah ini tanda RM semakin mengukuh secara jujurnya? Atau ia juga disebabkan krisis ekonomi di US yang belum pulih sepenuhnya? Entahlah... konpiuss! Tapi yang pastinya peningkatan nilai RM adalah satu berita yang sama sekali bukannya berita gumbira untuk mereka-mereka yang tinggal dan bekerja di luar Malaysia!

Bila la duit Malaysia nak jatuh lagi ni... kena mintak tolong Soros lagi gamaknya!! Hahaha..(*gelak bertanduk*)

Sekian laporan dari bilik berita matawang semasa di Irving, Texas!




Tuesday, May 4, 2010

Cuti-cuti Malaysia-My Wish List!



Setelah lebih kurang 3 tahun tidak menjejakkan kaki di bumi Malaysia, akhirnya kembali juga kami ke Malaysia dalam masa sebulan lagi. Walaupun kembali cuma untuk selama beberapa minggu sahaja, harap sempatlah nanti menghabiskan masa bersama keluarga, saudara mara dan kawan-kawan di Malaysia. Disebabkan sudah lama tidak balik bercuti di Malaysia jugalah, kali ni beri peluang untuk keluarga bercuti dengan panjangnya selama hampir 2 bulan di Malaysia. Bolehlah melepaskan geram bercuti sepuas-puas, bersuka ria, bergumbira, melepaskan rindu dengan keluarga. Selepas ini entah bila lagi akan berkesempatan bercuti ke Malaysia lagi. Tiga tahun lagi la kot. ;-) Travel dari Dallas ke Malaysia amik masa lebih kurang 30 jam in total including transit time. Letihh woo!! Kali ini route kami ialah Dallas-Seattle-Taipei-Kuala Lumpur.

Seperti biasa, jika balik bercuti, takkan lah hendak balik berlenggang kangkung bawak kain baju sendiri sahaja. Kena la juga bawakan "buah tangan" untuk keluarga & saudara mara yang sudah lama tak berjumpa sebagai tanda ingatan, walau jauh dimata tapi tetap dihati...cehhwahh!. Jadinya bulan ni, every weekend sibuk dengan melawat berjumpa "peminat" di most counter di shopping mall dan outlet center yang ada, untuk aktiviti "gores & sign". Bab shopping ni memang selalunya seronok, pilih sana, sign sini walaupun kekadang meletihkan juga. Keletihan akan semestinya hilang apabila hadiah yang diberi akan dibalas dengan senyuman dan ucapan terima kasih dari keluarga & sanak saudara.

Apabila balik ke Malaysia nanti, banyak benda yang dah lama dok "mengidam" dan "geram" akan berpeluang ditunaikan. Terutamanya bab makan-makanan ni. Sudah lama dok tahan "ayaq lioq" bila menengok gambar keluarga, saudara mara & kekawan yang dok menayang aksi-aksi tanpa sensor, menikmati dengan penuh asyik & lahap setiap makanan yang ada di Malaysia. Jadi inilah masanya untuk kami pula melepaskan geram! Untuk mengelakkan daripada ada benda yang tercicir dari list "mengidam" makanya terpaksalah disediakan "wish list", setiap benda yang perlu dipenuhi semasa berada di Malaysia nanti.

Jika ada cadangan untuk dimasukkan dalam "wish list" ini amatlah dialu-alukan.


***************** wish list********************

1. Makan di setiap fast food chain yang ada.. KFC, McD, Burger King, A&W, Pizza Hut etc.
2. Satey Kajang Samuri
3. Nasi Beriani restaurant Insaf di Jalan TAR.
4. Nasi lemak kukus Jalan Rejang Setapak Jaya.
5. Roti canai+telur separuh masak sebelah highway MRR2, Ulu kelang.
6. Nasi Ayam Rasa Gourmet Carrefour Wangsa Maju
7. Nasi Ayam Taman Melawati + ABC
8. Tomyam di Kampung Baru.
9. Nasi Minyak Terengganu di setiap kedai yang terjumpa di Terengganu.
10. Ikan Celup Tepong (ICT) dekat airport Kuala Terengganu.
11. Nasi Dagang Terengganu sebelah rumah kat Kuala Ibai.
12. Ketupat Sotong a.k.a. Sotong sumbat
13. Roti sekaya di pasar payang
14. Rojak Kateh
15. Jala emas
16. Nasi Ayam & Rojok Keling restoran Darul Iman depan sekolah agama Batu Buruk.
17. Mee/Kue Tiaw Goreng restoran bawah jambatan Kuala Ibai.
18. Nasi Beriani Gam Putrajaya
19. Ikan celup tepung, sotong celup tepong, mee goreng & air jagong di pantai Kemasik.
20. Keropok lekor, keropok losong, keropok goreng di Terengganu (sahaja).
21. Telur penyu rebus.
22. Akok, akok berlauk, rojok betik, lompat tikam, cendul, kolleh, ropa, nganang, tok aji serban, sekaya... etc di kedai depan sekolah Khairiah Gong Kapas.
23. Durian, rambutan, manggis, duku langsat, mangga (tepi rumah).
24. Murtabak
25. Nasi Lemak ikan aye terengganu.
26. Nasi kapit/himpit kuah kacang terengganu.
27. Teh tarik kedai mamak.
28.
29.
30.
31.
32.
.....
.......




Thursday, April 22, 2010

Restauran Halal@Irving

Terfikir maybe useful untuk put together list of halal restaurant di area Irving dan sekitar Dallas. Maybe in future membantu sesiapa yang kali pertama datang ke Irving dan tercari-cari dimana tempat yang boleh mengisi perut. Anyway, i only list out places that we had already been to where the food was excellent with reasonable price and recommended for a visit. Actually there are lots more halal restaurants out there, scattered around Dallas area which can also be searched using Zabihah.com.

All halal menu:

India Import
2521 West Airport Freeway
Irving, TX 75062-6018
(972) 255-5941
Note: Cheapest briani in town!!!

www.masalawok.com
7447 North MacArthur Boulevard #175
Irving, TX 75063
(972) 409-0000
Note: Lamb curry!!! Marvellousss!!

www.pimanasian.com
4835 N O Connor Rd # 106
Irving, TX 75062-2741
(972) 650-0001
Note: Try the tomyam shrimp!! Excellent!!

Kasbah Grill
2851 Esters Rd
Irving, TX 75062
(214) 596-9206

www.noodlewave.com
1490 Spring Valley Road
Richardson, TX 75080-6502
(972) 690-3637

www.ourplaceusa.net
8150 North MacArthur Boulevard
Irving, TX 75063-4313
(214) 574-7117

www.churchs.com
Church's Chicken
3656 Old Denton Road
Carrolton TX 75007
(972) 395-9395
Note: Located inside Texaco gas station. Must ask for Halal chicken, separate menu will be provided. As good as KFC!!

www.kungpowdiner.com
Kung Pow Asian Diner
4251 East Renner Road #106
Richardson TX 75082
(972) 968-0888
Note: Very reasonable price and taste so good! Highly recommended! Try the chicken wing!

Non-halal but no pork served so seafood menu is an option:

Lion City Chinese Cafe
(972) 867-8803
2109 W Parker Rd, #210, Plano, TX 75023
note: owned by Singaporean Chinese. Boleh cakap Melayu maa..

www.peiwei.com
7600 North MacArthur Boulevard
Irving, TX 75063-7512
(972) 373-8000

Wednesday, April 7, 2010

Iklan Sebentar

Iklan sebentar. Jika ada sesiapa yang perlukan khidmat jurufoto untuk majlis pertunangan atau nikah kahwin dan sebagainya, bolehlah contact my brother yang menyediakan khidmat tersebut.


Package yang disediakan:

Pakej 1 (Majlis Pertunangan )

Satu Hari
50 Keping 4R
Sticky Album
1 Copy of DVD All Unprinted Images
RM 200.00 Sahaja.

Pakej 2 (Majlis Perkahwinan)

Satu Hari
100 Keping 4R
Sticky Album
2 Photo 8R
1 Copy Of DVD All Unprinted Images
Free Outdoor Session
RM 500.00 Sahaja.

Pakej 3 (Majlis Perkahwinan)

Dua Hari (Akad Nikah & Bersanding)
100 Keping 4R
Sticky Album
3 Photo 8R
1 Copy Of DVD All Unprinted Images
Free Outdoor Session
RM 600.00 Sahaja.

Pakej 4 (Majlis Perkahwinan)

Dua Hari (Akad Nikah & Bersanding)
1 Custem Storybook Album 22
m/s
4 Photo 8R
1 Copy Of DVD All Unprinted Images
Free Outdoor Session
RM 800.00 Sahaja.



Boleh juga browse through his blog for some sample of his work.



Interested? Details to reach him as below:

Hafiz Musa
skyphotos83@gmail.com
012-9680907

Sekian, terimakasih.

Thursday, March 18, 2010

Dallas 101


Mari mengenal serba ringkas mengenai Dallas.

Dallas- TV Series

Bila disebut Dallas, ramai orang Malaysia kenal dengan nama bandar ni terutama golongan berumur 30an keatas. Kenal bukan disebabkan oleh bandar Dallas itself yang popular, infact takda apa yang special sangat dengan Dallas ni. Tetapi disebabkan oleh TV series yang popular dizaman 80an iaitu Dallas. TV series yang memaparkan kisah keluarga Ewing. Memang penggambaran TV series itu dibuat di Dallas. Dan rumah atau ranch keluarga Ewing masih kekal hingga sekarang sebagai salah satu tarikan pengunjung ke Dallas. Terletak berdekatan dengan bandar Dallas juga, maybe dalam 30-45 min jika dari tempat tinggal kami di Irving untuk ke Ewing ranch. Boleh tour diluar, didalam dan sekitar rumah atau ranch Ewing ni. Untung-untung dapat jumpa JR..;-)

JFK

Ingat tentang pembunuhan JFK? Lokasi dimana JFK ditembak semasa berarak didalam keretanya juga di downtown Dallas. Dan lokasi berlakunya peristiwa bersejarah utama Amerika itu sekarang ini menjadi tempat tumpuan pengunjung ke Dallas. Jika pergi di waktu weekend boleh kelihatan ramai pengunjung yang melawat. Bukan ada apa sangat pun, duk tercegat bawa pokok tepi jalan raya tempat JFK lalu dengan kereta dan ditembak tu je. Lepas tu tengok la jalanraya tu for few minutes dan bayangkan suasana waktu JFK ditembak 47 tahun yang lepas. Bangunan yang menjadi tempat penembak JFK itu bersembunyi sebelum memahat nama dalam sejarah Amerika sebagai pembunuh JFK sekarang ini menjadi tempat untuk dilawat oleh para penggemar sejarah.

DFW Airport

DFW atau singkatan untuk Dallas-Fort Worth, dua bandar besar berdekatan atau boleh dikatakan seolah-olah berkembar. Some refer to it as Dallas-Fort Worth Metroplex area, main economic hub utk North Texas. Lebih kurang in between bandar Dallas dan Fort Worth, terletaknya lapangan terbang DFW. Lapangan terbang yang ketiga terbesar dan salah satu yang tersibuk didunia. From Wikipedia: In 2009, DFW ialah 3rd busiest airport in the world in terms of aircarft movement atau 8th busiest airport in the world in term of passenger traffic. Disini juga terletaknya HQ untuk American Airlines, airlines terbesar di dunia (kalau tak silap). Airport ini jugak terletak partly dalam Irving city area, iaitu dimana kami tinggal sekarang. Irving ialah salah satu city area didalam Dallas County. So jika hendak ke DFW airport cuma ambil masa 15-30mins sahaja, dan pemandangan kapal terbang turun naik setiap minit ada pemandangan biasa untuk penduduk Irving. Even semasa hendak balik ke Malaysia back in 2007, sempat buat 2 trip angkut luggage ke airport sebab tak muat kereta.

Islamic Center of Irving

Semasa pertama kali sampai ke Dallas in 2005 agak terkejut juga dengan kemudahan mendapatkan makanan halal dan terdapatnya masjid yang amat besar. Terletak di Irving juga atau boleh dikatakan in the heart of DFW area. Terdapat lebih kurang 100,000 orang Islam di DFW area. Dan setiap city boleh dikatakan terdapat masjid walaupun tak sebesar ICI. Di Islamic Center ini selain dari kemudahan masjid juga terletaknya Islamic School of Irving. A private school untuk mereka yang mampu dan mahukan pendidikan level Elementary & Middle School dengan persekitaran Islamic. Setiap Ahad juga ada kelas pendidikan Islam atau Quran untuk kanak-kanak yang belajar di regular public school pada weekdays. ICI juga dalam proses pembesaran dan growing bigger in coming years, insyaAllah.

www.irvingmasjid.org

Capital City??

Oppsss!! Ramai yang beranggapan yang Dallas ialah ibu negeri Texas. Salah sama sekali. Houston?? Juga bukan! Ibu negeri Texas ialah Austin, terletak lebih kurang in the middle of Texas. Dallas hanyalah bandar ketiga terbesar di Texas selepas Houston dan San Antonio. Kenal ke dengan Austin? Kalau Steve Austin-Six Million Dollar Man maybe ramai yang kenal kot. Memang Austin ni agak kurang terkenal di mata dunia seperti bandar-bandar utama lain di USA. Sometimes ago agak ramai juga pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran di University of Austin. Tetapi sekarang ni semenjak masalah ekonomi end 90s/early 2000s, jumlah pelajar Malaysia disini amat kecil sekali. Entah ada ke idak lagi... tak tau le.

Weather

Jika tinggal di Dallas, bersedialah untuk menghadapi summer yang panas terik mencecah 44C! Macam nak terbakar kulit kalau berada di bawah cahaya matahari. Manakala di waktu winter, boleh tahan juga sejuknya kekadang mencecah bawah paras beku. Jika bernasib baik terdapat juga snow yang turun seperti winter yang baru saja lepas. Di musim spring bersedia dengan hujan air batu atau hail. Daripada sekecil ibu jari kelinking sehinggalah sebesar-besar bola golf!! Bayangkan air batu sebesar bola golf turun dari langit dengan kelajuan yang mencecah entah berapa laju, jatuh ke bumi!! Setakat tinggal di Dallas cuma pernah alami hujan air batu sebesar ibu jari sahaja, but pernah lihat di berita TV mengenai hujan air batu sebesar bola golf melanda bandar sebelah utara of Dallas. Dengan cermin kereta yang pecah dan even ada yang mati. Batu tu bai! Kena kat kepala maunya tak terburai tempurung kepala. Bahaya-bahaya! Satu lagi yang "menarik" ialah ancaman tornado. Pernah sekali kalau tak silap in 2006, tetiba terdengar siren kecemasan yang sememangnya terpasang di setiap neighborhood menandakan datangnya tornado. Langit yang terang benderang tetiba gelap gulita semacam waktu maghrib dan dengan angin yang kencang bertiup. Dalam waktu begini dinasihatkan berlindung didalam bilik air atau closet dimana terletaknya struktur rumah yang paling kukuh. Cuma after few minits langit kembali terang benderang. Bila tengok berita diTV, kawasan kami tinggal cuma terkena sipi-sipi tiupan tornado! Kawasan yang terkena tornado touchdown dalam 20 miles north, menjadi semacam padang jarak padang tekukur, habis ranap! Memang mengerikan!! Bila musim Fall pula, bersiap sedialah pula dengan hujan taufan dan hurricane dari Gulf of Mexio pulak....

Shopping

Bumi USA ini sememangnya shopping "heaven". Branded names yang popular di Malaysia mostly berasal dari USA. Makanya disini ianya considered as barangan local, harganya pun setentunya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga dimana-mana negara lain. Apa lagi kalau ditambah dengan diskaun diwaktu sale! Winter sale, spring sale, President Day Sale, summer sale, Thanksgiving Day Sale... bermacam-macam sale! Untuk mereka yang kaki shopping jawabnya berkepuk-kepuklah benda yang dishopping jadi stok tak terpakai dirumah! Itu belum diambil kira jika shopping di Factory Outlet center lagi yang harganya 30% or more lebih murah dari kedai biasa. Di DFW area terdapat 2 factory outlet yang besar iaitu Grapevine Mills Mall yang cuma 15 min drive from home atau Allen Outlet Mall yang agak jauh sedikit dalam 45min drive. Makanya jika datang ke USA, siap sediakanlah kad plastic dengan high credit limit untuk digores!

Makan

Makanan halal agak mudah didapati disini. Banyak grocery store untuk ayam/daging mentah halal dan juga restoran halal disekitar DFW area. Mostly kedai-kedai yang operated by orang Islam dari India or Pakistan atau sewaktu denganya. Pelbagai restoran briani untuk dipilih. Terdapat juga couple of restoran Thai yang menyediakan makanan halal dan food nya juga boleh dikatakan tip-top marvellous sedapnya. Even salah sorang kawan Malaysia yang pernah makan di restoran Thai disini mengatakan tomyamnya ialah yang paling sedap di dunia! Bayangkanlah! Setakat ini belum ada lagi famous fastfood chain seperti KFC or McD yang halal. Tetapi most restoran even fast food ada menyediakan seafood meal. So bolehla kembangkan hidung amik bau ayam tapi makan seafood saja lah.

Transportation

Lupakan mengenai public transportation jika tinggal di Dallas. Di downtown Dallas terdapat Light Rail train but coverage area quite limited untuk sekitar downtown Dallas sahaja. Bus pun ada but schedulenya tidak so frequent seperti dibandar besar. Even only few people sahaja yang bergantung pada public transport untuk kemana-mana di Dallas. Kemana-mana rakyat disini berkereta, tanpa kereta jawabnya tak bergerak la. Even ke mesin ATM pun guna drive-thru. Agaknya kalau boleh, nak ke tandas pun nak drive-thru jugak. Tetapi harga kereta juga agak murah disini jika dibandingkan dengan harga di Malaysia or even di Europe. Anda boleh beli brand new Honda Civic dengan hanya $15k sahaja. So why nak guna public transport kan?

Itu sahaja sessi topik Dallas 101 kali ni.

Note: Semenjak tiba disini, very very busy with works. Memang tak cukup tangan jika ditempat kerja. Tangan tak terlepas dari keyboard laptop. Even nak korek hidung pun tak sempat...bayangkanlah... sebab tu lah jarang-jarang sekali baru boleh update blog. ;-)

Sunday, March 7, 2010

Deutschland Sucht Den Superstar

Wakil USA ke DSDS 2010... currently practising daily. ;-)



Saturday, February 27, 2010

Kaufman

Trip yang pertama bersama-sama "keluarga" Dallas semenjak kembali ke sini. Kali ini mendapat jemputan untuk kenduri tahlil dari kenalan baru, keluarga Mustafa yang tinggal di Kaufman. Lebih kurang satu jam perjalanan ke east from Dallas. Rumahnya terletak dikawasan ladang yang luas, tenang mata memandanng. Ladang-ladang yang luas ialah pemandangan biasa di Texas. Almaklumlah Texas ialah negeri terbesar di USA (jika tak termasuk Alaska), maka serba-serbinya besar disini. Highway yang luas dan besar, rumah besar-besar, kereta & truck besar gedabak malah penduduknya pun ramai yang "besar-besar"!

Seronok juga bila melihat kawasan lapang yang luas dengan lembu, kambing, ayam, itik & angsa berkeliaran disekitar ladang. Budak-budak pula extra excited bila dapat melihat binatang-binatang "in-real" kali ni terutamanya anak kambing. Mana la nak jumpa ayam, itik, kambing kat kawasan perumahan di Dallas except kalau ke zoo atau ladang seperti ni. Kebetulan ada seekor anak kambing yang bari seminggu lahir, terus menjadi mangsa gomolan budak-budak.

Seperti biasa sejurus selepas solat zohor dan tahlil, akan di"hiasi" dengan jamuan makanan pelbagai jenis makanan & lauk-pauk yang semuaya sedap.

Yang kaki pancing pun tak melepaskan peluang untuk memancing di tasik kecil dikawasan ladang ini. Tapi kurang bernasib baik, tah kemana perginya semua ikan-ikan. Seekor pun tak melekat dimata pancing. Mungkin sebab hingar bising budak-budak buatkan ikan semua takut menyorok ke dasar kolam.

Apa yang menariknya mengenai Mustafa yang berketuruna Kemboja ini ialah, apabila bersembang dengannya. Dia hanya boleh bercakap dalam bahasa Kemboja atau English tapi pertuturan bahasa inggerisnya yang lancar saling tak tumpah seperti penduduk Texas asli! Telo atau slang Texas englishnya memang ketara... dah umpama real Texas cowboys dah! Almaklumlah keluarga depa dah tinggal disini berbelas-belas tahun lamanya. Tapi memang "cool" lah bila nengok orang Asia tapi bila sekali bersuara.. haaa slang cowboys Texas! Nak memahamkan apa yang dicakapkan pun tergeliat gegendang telinga. Takpa nanti tunggu orangkualaibai pulak cakap slang cowboys Texas!! ;-)

Thursday, February 18, 2010

Cinnamonster!

Sudah banyak tempat di pelbagai negara, dicuba makan Cinnamon Roll. Samada di Malaysia, Austria, Dubai tetap tidak boleh dilawan dengan rasa Cinnamon Roll yang satu ini. Hanya di Grapevine Mills Mall, Dallas!! Sukar untuk dizahirkan dengan kata-kata betapa sedapnya Cinnamon Roll yang dijual di sebuah gerai kecil didalam Grapevine Mills Mall ni. Rasa cinnamonnya bila bercampur dengan krim dan ditambah pula dengan kelembutan rotinya..... manis dibibir, lemak dilidah, cair dimulut... terus ke perut!!

Sudah sebulan kami disini boleh dikatakan setiap minggu mesti pergi ke Grapevine semata-mata untuk membeli Cinnamon Roll ni. Pernah sekali semasa beratur untuk membeli, ,salah seorang pelanggan dihadapan kami siap memberitahu kepada penjaga kedai yang cinnamon rollnya yang tersedap pernah dimakannya. 100% setuju dengan pendapat pelanggan dihadapan kami itu!

Pertama kali mencuba Cinnamon Roll disini semasa tinggal di Dallas 2005-2007 dulu. Sejak dulu memang sudah kemaruk, bila dapat semula peluang menikmati kesedapannya semula, memang tidak akan dilepaskan lagi.

Semua ahli rumah ini pun memang kemaruk dengan Cinnamon Rolll ni. Berebut seketul seorang bila beli sekotak yang mengandungi 4 ketul Cinnamon Roll dengan harga $12 sahaja! Sekotak Cinnamon Roll diatas jika disimpan didalam ruang peti ais biasa boleh tahan selama seminggu. Manakala jika disimpan didalam tempat freezer boleh tahan sebulan. Tetapi dirumah ni jika dibeli sekotak hanya tahan sehari!! Begitulah gambarannya betapa lazatnya sehingga semuanya berebut-rebut nak makan. Tambahlagi bila dipanaskan menggunakan microwave oven selama lebih kurang 20sec, bila dikeluarkan, rotinya amat lembut dengan krimnya yang cair.......slurrppp!!!

Inilah Cinnamon Roll paling sedap dalam dunia!! Nak rasa datanglah ke Dallas. ;-)



Sunday, February 14, 2010

Snow lagi..

Sejak berpindah ke Dallas, disangkakan tak akan ada lagi pengalaman hidup didalam kesejukan dan dikelilingi salji. Sangkaan meleset sama sekali pada 2 hari yang lepas apabila sebahagian besar bumi Amerika dilanda snow storm terburuk dalam sejarah. Sehingga Dallas pun dipenuhi dengan salji dan ada yang berkata ianya salji paling tebal pernah turun di Dallas sejak tahun 70an. Tetapi salah seorang pembaca berita di TV menyangkal dengan mendakwa yang dia yang lahir pada tahun 40an tidak pernah berpengalaman salji setebal ini walaupun pada tahun 70an!

Seolah-olah salji yang turun lebat di Vienna sebelum kami berpindah dari Vienna ke Dallas mengikuti kami sehingga ke sini. Tetapi alhamdulillah salji tebal di Dallas hanya bertahan selama 2 hari sahaja. Pada hari ini hampir keseluruhan salji yang turun pada 2 hari yang lepas sudah cair.

Pengalaman berbeza dengan suasana salji di Vienna dan di Dallas. Disini mostly penduduk menyambut "kedatangan" salji dengan "gumbira" dan suka-ria. Almaklumlah bukannya suatu yang lazim berpeluang bermain dengan salji tebal di bumi Dallas. Boleh dilihat dimana-mana kawasan perumahan terdapat "snow-man" dibina oleh orang Dallas. Pelbagai rupa dan saiz, dan ada yang agak kreatif dengan rupa "snow-man" yang pelik dan melucukan.

Salji yang turun dengan lebatnya pada 2 hari lepas juga membawa bencana di Dallas. Infrastruktur di sini tidak bersedia dengan ketibaan salji yang tebal. Kemalangan jalan raya berlaku dimana-mana akibat jalan yang licin apabila kenderaan diatas jalan raya tanpa tayar yang sesuai dengan keadaan jalan raya yang beku dan berais. Terdapat juga kemalangan bumbung garage kereta yang runtuh akibat salji tebal yang berkumpul dibumbung juga dahan-dahan pokok yang patah dan menimpa talian elektrik. Ada sebahagian kawasan di Dallas juga yang keputusan bekalan elektrik akibat salji lebat yang turun 2 hari lepas.

Bayangkan tanpa bekalan eletrik yang diperlukan untuk menghidupkan "heating system" dirumah dikala suhu diluar sana dibawah paras beku! Seksa tuh!!

Sekolah pula banyak yang terpaksa ditutup akibat salji yang tebal ini. Jika di Vienna suasana sebegini adalah suatu yang biasa malah salji yang turun jauh lebih tebal. Sekolah juga berjalah seperti biasa walau setebal manapun salji yang turun. Tetapi disini salji yang turun tebal itu diklasifikasikan sebagai satu "bencana alam". Banyak faktor yang membuatkan suasana ini diklasifikasikan sebagai bencana alam. Disini kendaraan tiada menggunakan "winter tyre" yang sesuai untuk keadaan jalan yang berais. Juga disini tiada kenderaan yang "menyodok" salji dijalan raya sebaik saja ianya memenuhi jalan raya terutama jalan raya dikawasan perumahan. Pada pagi Jumaat lepas, selepas seharian salji turun pada Khamis meyebabkan jalan raya dikawasan perumahan becak amat teruk sekali dan boleh dikatakan bahaya untuk kenderaan! Tempat kerja pun dibuka lewat 2 jam dan pekerja juga dinasihatkan untuk kerja dari rumah sahaja jika tiada perkara yang penting untuk ke pejabat.

Kadang-kadang terfikir juga, bagus juga kalau salji turun lebat sekali sekala disini. Budak-budak tidak perlu kesekolah dan "freepass" dari bos untuk kerja dari rumah.

Kalau dah tiap-tiap hari turun salji tebal pulak jadi menyusahkan la pulak. Sebagai contohnya keadaan di Virgina mengikut cerita seorang kawan yang tinggal disana, sehari sebelum salji tebal di jangka turun orang ramai berpusu-pusu pergi grocery shopping sehingga habis barang makanan asas seperti roti, telur dan susu diatas rak, even di store besar seperti Walmart. Keadaaan di state sebelah north-east memang amat teruk dengan salji setebal melebih 15inch dan yang terburuk dalam sejarah!

Alhamdulillah salji turun di Dallas cuma 2 hari sahaja, orang ramai juga sempat bersuka-ria bermain salji dengan anak-anak dan hanya sebahagian kecil kawasan sahaja yang boleh dikatakan sebagai ditimpa "bencana". Cukuplah tu salji selama 2 hari di Dallas, dah letih melayan snow tebal yang kekal berminggu-minggu sehinga menjadi ais semasa di Vienna.