Nuffnang

Monday, December 28, 2009

Silvesterpfad/New Year's Eve@Vienna

Dua hari lagi sebelum tibanya tahun 2010. Majority bandar utama seluruh dunia akan berpesta menyambut ketibaan tahun baru dengan pelbagai cara dan rupa. Begitu juga dengan mereka yang tinggal di Vienna, sambutan tahun baru sentiasa meriah umpama pesta. Lokasi utama ialah dihadapan Stephanplatz, dan seperti biasa "orang putih" ni bila berpesta wajib disertakan dengan minuman kerasnya dan muzik. Kalau nak join sekali merasai kemeriahan sambutan tahun baru di Vienna pun boleh, walaupun tak ambil minuman keras, tetapi kena lah tahan dengan bau tengit & masam minuman keras tu. Satu pengalaman yang unik dan mungkin berbeza dengan cara sambutan di tempat lain.

Satu lagi kemestian oleh orang Vienna dimalam tahun baru ialah dengan bermain mercun atau bunga api. Sejak awal malam akan kedengaran mercun dan bunga api dimana-mana sekitar Vienna. Dan kemuncaknya sudah tentu bila tiba pukul 12tgh malam, langit Vienna akan diterangi dengan bungi api dan mercun, berdentum-dentam umpama medan perang! Suasana ini akan berlarutan beberapa jam sehingga ke awal pagi. Naik sakit telinga menahan bunyi bising mercun dan bunga api diluar sana hingga boleh mengganggu tidur bebudak kecik.

Agaknya pada malam tahun baru, para penduduk Vienna dibenarkan atau "diberi lesen bosar" bermain mercun dan bunga api sesuka hati tanpa halangan dari pihak berkuasa. Itu yang depa dok main tak hengat "bakar duit" sampai pagi. Ada yang tembak mercun/bunga api dari tingkap apartment, dari tengah taman, juga dari tengah jalanraya yang lapang. Setengah jam pertama memang seronok dan mengujakan bila nengok pelbagai rupa dan bentuk bunga api yang bergemerlapan di langit, tapi lepas itu jadi menyakitkan hati pula bila dah menggangu suasana untuk tidur.

Nasib baik cuma setahun sekali sahaja orang Vienna menjadi "lupa diri" buat bising sampai ke pagi. Jika berdasarkan peraturan pihak berkuasa disini, pada hari biasa selepas pukul 10 malam, para penginap kediaman tidak dibenarkan membuat bising yang boleh menggangu jiran sebelah menyebelah. Jika tidak ikut peraturan, bersedialah menerima kunjungan tak diundang dari pihak polis dimuka pintu anda!

Selamat menyambut tahun baru 2010!


No comments: