Nuffnang

Tuesday, December 22, 2009

London pt finale

Day 5

Setelah puas 3 hari berturut-turut menjelajah kota London, hari ini dikhaskan untuk melawat kawan lama yang baru pindah ke UK dari Finland dan sekarang ini tinggal di Milton Keynes. Milton Keynes terletak di utara London dengan jarak perjalanan lebih kurang 45min atau 1 hr via train atau berkereta. Rasanya sudah 10 tahun lebih tidak berjumpa dengan kawan lama yang tinggal di Milton Keynes it semenjak bertukar tempat kerja.

Untuk ke Milton Keynes, kami ambil Midland trains dari stesen Euston. Tak sure berapa harga tiket train disebabkan kawan bermurah hati untuk sponsor tiket sekeluarga. Alhamdulillah... murah rejeki. ;-) Sampai di stesen keretapi Milton Keynes, terpaksa berhimpit sedikit dalam kereta dan terus ke rumah kawan yang terletak dalam 15 minit dari bandar Milton Keynes. Milton Keynes ni boleh dikatakan bandar baru ala-ala Cyberjaya di Malaysia, dengan kawasan sekitar yang cantik, tersusun dan bersih. Sekali pandang memang a very nice place untuk tinggal.

Melepak dirumah kawan selama few hours, makan, bersembang, bercerita pelbagai kisah-kisah lama dan baru yang terkeluar. Budak-budak pun seronok boleh "berehat" hari ini dari acara "walkathon" seperti hari-hari sebelumnya. Lewat petang barulah beransur balik semula tetapi sempat singgah sebentar mencuci mata di satu shopping mall yg dipanggil The Center di pusat bandar Milton Keynes. Very big shopping mall dan very crowded juga, pernah menjadi yang terbesar di Europe sebelum shopping mall di Westfield, London dibuka.

Sampai di London, terus ambil underground train menuju ke Malaysian Hall sekali lagi untuk menjamu selera, makan malam dengan hidangan-hidangan masakan Malaysia yang lazat-lazat. Perghhh.. terasa-rasa lagi kesedapan Nasi Gorengnya dan ke"kaw"an teh tariknya. Sekali lagi terpaksa berdiri untuk 15mins sebelum mendapat tempat duduk kerana kami sampai diwaktu dinner. Memang untung banyak agaknya kantin Malaysian Hall ni jika beginilah sambutannya dari orang Malaysia di London.

Malam terakhir di London, dihabiskan masa di bilik hotel, berkemas dan menyusun semula barang-barang ke dalam beg. Cuba adjust sana sikit, sini sikit untuk setiap beg kerana terlebih "muatan" yang dibeli di London. Malam itu hanya budak-budak yang sempat tidur manakala mak & bapak budak terpaksa berjaga kerana flight untuk balik ke Vienna keesokannya ialah pada pukul 6 am. So kena check-out dari hotel by 3 am, kalau tertidor memang sah akan terlajak! Makanya terpaksalah bersengkang mata melayan TV untuk elakkan dari tertidor.

Pukul 3 am, terus check-out dari hotel dan taxi sudah sedia menunggu di luar hotel. Kami "book" taxi atau airport transfer dari satu kedai Money Changer yang terletak berdekatan dengan stesen Queensway semasa hendak ke Malaysian Hall. Since kami berlima dan dengan luggage terpaksalah guna taxi yang sesuai, kalau normal taxi atau Black Cab rasanya tak muat nak "sumbat" semua kedalam satu teksi. Caj taxi/airport transfer pun berpatutan juga iaitu GBP65, still within the range untuk taxi fare dari London ke Heathrow dari research yang dibuat di internet.

Sampai di Heathrow sebelum pukul 4 am, semua kaunter masih belum dibuka, jadinya terpaksa menunggu dalam 20 mins. Bila sampai di airport dan selepas check-in barulah terasa lega, kerana sepanjang berada di London semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah atau kemalangan yang tak dijangka. Alhamdulillah, plan untuk melawat ke London sebelum berpindah dari Vienna pun tercapai juga akhirnya. Dan trip ke London ini juga ialah trip terakhir kami sekeluarga dari Vienna. Jumpa lagi...

No comments: