Nuffnang

Monday, December 21, 2009

London pt 3

Day 4

Hotel tempat penginapan kami juga terletak berdekatan dengan Hyde Park yang boleh dikatakan agak luas, bersih, tenang dan cantik. Jadi pada pagi hari ke-4 yang dingin, kami mulakan langkah dengan menyusuri dan merentasi Hyde Park. Ramai juga manusia yang berkunjung disini pada pagi hari samada pelancong atau penduduk tempatan, tidak dapat nak dibezakan. Hyde Park amat sesuai sebagai tempat untuk beriadah bersama keluarga. Di pertengahan perjalanan di Hyde Park terjumpa dengan satu tempat yang dipanggil Princess Diana Memorial Fountain. Takda yang special sangat dengan tempat ini but since ianya ada kaitan dengan Pricess Diana, makanya adalah pelancong-pelancong yang datang melawat disini.

Terus menyusuri Hyde Park dengan menuju kearah Royal Albert Hall yang terletak on the other side of Hyde Park atau di Kensington Road. Semasa berjalan kearah Royal Albert Hall, ternampak dari jauh satu pasangan yang mana dari rupa dan pakaian boleh diagak yang mereka adalah dari Malaysia. Bila sampai dekat, terus senyum dan disapa dengan ramah. Sempatlah berkenal-kenalan dan berborak kosong. Rupa-rupanya mereka adalah suami isteri yang datang ke London kerana sang suami ada conference disana. Sang suami ialah lecturer di Jabatan Sains or Math (lupa dah), UKM. Lately ni ramai betul warga UKM yg terjumpa dan menjadi kawan. Even di Vienna ada several lecturers dari UKM yang sambung pelajaran disini.

Di Royal Albert Hall cuma bergambar seketika dari luar, nothing special, maybe rekabentuk bangunannya yang lain dari yang lain menyebabkan ianya special. Atau disebabkan oleh Siti Nurhaliza dan Sudirman yang datang menyanyi disini dulu-kala yang menyebabkan ianya terkenal dikalangan orang Malaysia. Dari Royal Albert Hall, berjalan lagi menyusuri jalan menuju ke stesen underground South Kensington. Semasa didalam perjalanan, melalui dikawasan Imperial College, salah satu kolej yang berprestij di England dan mostly antara yang terbaik dapat masuk belajar disini.

Bersebelahan kawasan Imperial College terdapat beberapa museum, dan yang lebih menariknya tiada fee masuk dikenakan. Maka kami ambil peluang spent an hour di Science Museum, kerana ianya lebih menarik untuk kanak-kanak and even untuk orang dewasa juga. Kagum melihat ciptaan genius-genius dahulu kala dalam mencipta pelbagai benda yang menjadi kegunaan kita hari ini.

Dari stesen South Kensington, menuju pula ke Knightsbridge, just a station ahead kerana hendak pergi ke "toko beli-belah" yang terkenal seluruh dunia iaitu Harrods. Apa yang special yang membuatkan Harrods ni terkenal? Teringin juga hendak melihat dan mengalami sendiri pengalaman berada didalam Harrods ni. Dari luar memang kelihatan cantik hiasan bangunan lamanya, tambah lagi dengan hiasan demam Krismas yang bakal disambut. Masuk kedalam bangunannya feel bertukar dengan segenap sudut dipenuhi dengan barangan dan jenama "atas angin". Memang sah cuma tengok saja, after less than 5 min keluar semula melalui pintu lain. Memang ini bukan tempatnya untuk kami ber"shopping". Takpalah kalau tak shopping kat Harrods pun, dapat ambil bau pun cukuplah! Jadi apa yang membuatkan Harrods ni terkenal? Terkenal sebab kemewahan suasana gedung beli-belahnya atau terkenal sebab kepunyaan bapak si Dodi AlFayed?

Masuk semula ke stesen Knightsbridge dan turun di stesen Hyde Park Corner iaitu tempat yang sama jika hendak ke Embassy Malaysia. Kenapa kami datang ke sini? Kerana hendak pergi ke Malaysian Hall dan kakitangan Embassy ada memberi tip macamana hendak ke Malaysian Hall dari Embassy. So dari sini ambil bas bernombor 148 dihadapan Grosvenor Pl. Budak-budak (dan maka bapak budak) begitu interested kali ini disebabkan berpeluang juga akhirnya untuk menaiki bas merah dua-tingkat. Masuk kedalam bas terus menuju ke tingkat atas, nasib agak baik kerana row paling hadapan di tingkat atas tiada penumpang. So bolehlah kami semua menikmati view sepanjang perjalanan dari tingkat atas di kerusi paling hadapan. Syokk woo... ;-)

Dari bas 148, turun di stesen Porchester Terrace. Satu tip ialah bila ternampak stesen minyak Shell bolehlah tekan loceng dan turun. Dari stesen Porchester Terrace, melintas jalan Bayswater Rd dan terus menuju ke Queensborough Terrace, yang mana perlu berjalan kaki dalam 100m sebelum sampai ke Malaysia Hall. Terdapat bendera Malaysia diluar bangunan, so quite easy untuk cam dari jauh.

Malaysian Hall
30-34 Queensborough Terrace
Bayswater
London W2 3ST

Sampai di kantin Malaysian Hall, boleh dikatakan agak ramai juga pelanggan yang datang hendak menjamu selera. Mostly ialah rakyat Malaysia yang tinggal di London dan ada juga pelancong dari Malaysia yang datang untuk mencari makanan Malaysia disini. Tambah lagi harga makanan disini jauh lebih murah dari harga makanan diluar sana. Berpatutanlah dengan suasana kantin dan harga makanan disitu. Bila dilihat menu lauk pauk nasi campur yang tersedia, hampir "berpinor" bijik mata sekejap kerana terdapat pelbagai lauk-pauk yang semuanya kelihatan sedap. Jika tidak "berkenan" dengan lauk buffet yang tersedia boleh juga order "a la carte" seperti nasi goreng (sedapp giler!), tomyam, sate, sup ekor, laksa etc. Jika datang kesini jangan lupa order teh tarik yang hanya berharga GBP1 sahaja dan rasanya boleh tahan "kaw"! Air sirap is complimentary so boleh lah minum seberapa banyak sampai kembong pun. Air sirap ialah kegemaran Faris so berulang aliklah dia duk angkut air sirap entah berapa kali.

Satu masalah jika datang ke kantin Malaysian Hall ialah tempat duduknya yang terhad, maka elakkan datang diwaktu "peak hour" atau terpaksalah berdiri menunggu pelanggan yang ada selesai makan, sambil menelan air liur menengok kesedapan makanan yang disuap kemulut masing-masing, sebelum kerusi available again. Staff di kantin Malaysian Hall juga amat friendly dan baik. Dari info yang diberitahu, kantin Malaysian Hall menerima bekalan bahan mentah dari Malaysia setiap hari via MAS! Malaysian Hall juga ada sediakan hostel dengan cheaper rate dari hotel biasa tetapi hanya untuk adult. So memang perfectlah jika datang ke London dan dapat tinggal di hostel Malaysian Hall! Kantin Malaysian Hall pula dibuka sehingga jam 10pm.

Dari Malaysian Hall, ke stesen underground terdekat iaitu Queensway untuk menuju ke Madame Tussaud. Sedari awal hanya dengan tujuan untuk bergambar dari luar Madame Tussaud kerana harga tiket untuk masuk yang agak mahal untuk kami berlima yang almost equivalent to 4 kali makan sekeluarga di kantin Malaysian Hall. ;-)

Sekali lagi sebagai penutup pada hari ini, pergi untuk kali terakhir ke Oxford Street lagi. Beli souviner yang perlu dan yang dikirim oleh keluarga dan kawan sambil cuci mata jika ada apa-apa yang menarik dan murah. Habiskan masa few hours disini kerana esok akan ke Milton Keynes, melawat kawan lama yang baru saja pindah dan tinggal disana. So hanya hari ini yang ada untuk puaskan atau beli apa yang belum terbeli. Menikmati pemandangan bas merah 2 tingkat yang tak putus-putus menyusur di sepanjang Oxford Street yang sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Tambah lagi selepas waktu kerja, kawasan jalan kaki packed dengan pengunjung. Agak merimaskan untuk bergerak tambah lagi jika membawa anak-anak kecil. Kena lebih berhati-hati memerhati ahli keluarga agar tak terlepas dari pandangan.


....bersambung..Day5

No comments: