Nuffnang

Wednesday, December 16, 2009

London pt 2

Day 3

Hari ni budak-budak boleh bangun tidur lambat since semalam dah letih berjalan sampai lewat petang dan hari ini takda temujanji yang nak dikejarkan. Tetapi satu masalah timbul apabila bangun lambat dan setentunya mandi lambat di hotel ni. Masalah air shower yang langsung tak panas jika lambat mandi atau mandi di waktu "peak hour". Jika nak mandi pagi juga terpaksa la tunggu sekejap bila dan cek jika air panas ada kembali. Satu kerja pulak nak menunggu dan cek air panas setiap minit. Makanya, mandi "P Ramlee"lah pada pagi tu jawabnya. Calit air sini sikit, sana sikit, dah segarrrrrr! ;-)

Hari ni dari Lancaster Gate station terus menuju ke stesen Charing Cross dimana terletaknya satu lagi tempat yang "wajib" dilawat oleh pelancong ke London iaitu Trafalgar Square. Satu tip jika naik underground diwaktu pagi hari kerja, elakkan keluar sebelum pukul 9am. Sebabnya itu waktu peak hours semua orang berkerja keluar ke tempat kerja masing-masing dan train memang padat dengan manusia. Itulah pengalaman kami semalam semasa keluar pada pukul 8am untuk pergi ke Embassy. Tambah lagi dengan bawa budak-budak, seksa dibuatnya dok berhimpit dicelah-celah manusia. Kalau sorang-sorang syokk jugak. ;-)

Sampai di Trafalgar Square, masih pagi lagi dan hujan renyai-renyai sedikit tetapi tetap tidak melemahkan "semangat bergambar" yang ada. Posing sana sikit sini sikit then pergi berteduh di ruang hadapan National Gallery. Tetiba disapa oleh satu couple bangsa Cina yang bertanya samada kami orang Malaysia. Rupanya couple yang berumur dalam 50-60an tu asal dari Penang dan datang melancong & melawat anaknya yang sambung pelajaran peringkat PhD dalam bidang muzik di Middlesborough. Sempat bersembang sekejap, bertukar-tukar pengalaman ditempat orang sebelum minta diri untuk sambung langkah kaki ke tempat lain pula.

Dari Trafalgar Square, menuju ke Buckingham Palace sekali lagi dengan harapan dapat melihat upacara pertukaran pengawal berkuda istana Buckingham pada pukul 11:30am. Tetapi singgah dahulu di Horse Guards dimana disinilah tempat mulanya upacara pertukaran pengawal berkuda istana. Kemudian pengawal berkuda ini akan berarak ke istana Buckingham melalui jalan disebelah St James's Park. Pengawal berkuda ini tiba di istana Buckingham tepat pada pukul 11:30am. Sebenarnya takda yang menarik sangat, cuma sedikit unik aksi pengawal berpakaian serba merah menunggang kuda dari Horse Guards melintasi pagar hadapan istana Buckingham sebelum masuk ke melalui pintu pagar sebelah tepi istana. Salah satu benda yang dikira "a must" to see jika datang ke London juga.

Sudah hampir tengahari dan waktu makan, kemudian bergerak melangkah menuju ke satu restoren Malaysia yang bernama "Jom Makan". Restoran ini terletak berdekatan dengan Trafalgar Square, makanya sekali lagi berjalan kaki menuju semula ke Trafalgar Square tetapi kali ini berjalan melalui tengah-tengah St. James's Park. Budak-budak begitu seronok bila berjalan melalui St. James Park kerana disini terdapat banyak tupai yang jinak. Teruja juga bila menengok tupai-tupai yang banyak berkeliaran dan agak jinak sehingga boleh datang ke tangan jika pandai "memujuk" untuk beri makanan. Sempat habiskan masa di park ni almost an hour juga, kasi budak-budak enjoy dengan benda yang diorang interested. Asik dok nengok bangunan saja bosan la depa kan.

Sampai di restoran Jom Makan betul-betul masa untuk makan tengahari dan perut yang dah mula lapar. Nice restaurant, almost full masa kami sampai dan ternampak juga few meja with Malaysian faces, the rest are local "orang putih" tengah menjamu selera. Bila terlihat menu yang diberikan, terasa semuanya nak diorder. Pelbagai masakan atau makanan Malaysia disediakan di
restoran ini. Biasanya rambang mata apabila nak shopping barang-barang on sale tetapi kali ni rambang mata menengok pelbagai juadah Malaysia yang sudah lama "miss". Harga makanan agak sedikit mahal tetapi berpadanan dengan standard restoren dan service yang diberikan. Tambah lagi lokasi yang yang terletak ditempat yang agak strategik ditengah-tengah kota London. Overall, boleh dikatakan puashati dengan harga yang dibayar dengan kualiti makanan yang disediakan dan servis yang diberikan dan suasana restoran yang bagus sekali. Untuk orang-orang Malaysia yang dah lama tak balik Malaysia dan kempunan masakan Malaysia, memang recommended untuk datang menjamu selera di restoran Jom Makan. Semasa keluar dari restoran, sempat berbual dengan Head Chef restoran Jom Makan. Lebih kurang sebaya juga orangnya, very nice guy, sempat bercerita dan bersoal jawab mengenai restoran Jom Makan.

Jom Makan
5-7 Pall Mall East
Trafalgar Square
London SW1Y 5BA

Setelah semuanya kenyang barulah sambung semula penjelajahan dari Trafalgar Square menuju ke Sea Life/London Aquarium dan London Eye yang terletak berdekatan. Sempat berjalan melalui Downing Street atau pejabat Perdana Menteri Britain. As expected, ramai polis dengan kawalan ketat di pintu masuk ke Downing Street. Sekali lagi juga berjalan melalui hadapan Big Ben atau The Parliament dan sekali lagi lah juga bergambar dengan Big Ben nih. Dari atas jambatan Westminster Bridge dihadapan Big Ben, sudah boleh jelas kelihatan London Eye & Sea Life/London Aquarium. Bila cek harga tiket untuk masuk ke London Eye & Sea Life yang agak mahal untuk berlima, makanya kira dapat tangkap gambar dari jauh pun jadiiilaa... simpan duit buat belanja makan lagi bagus.. ;-)


Kemudian ambil train dari stesen Westminster menuju pula ke Tower Bridge dan Tower of London. Satu lagi tempat yang wajib dilawat jika datang ke London. Turun di stesen Tower Hill terus menuju ke kawasan Tower of London, satu kota bersejarah yang termasuk dalam list Unesco World Heritage Site. Sekali lagi, tengok dari luar cukuplah sebab nak masuk kena bayar tiket... ;-) Dari Tower of London terus berjalan ke Tower Bridge yang terletak bersebelahan. Ada yang berkata, Tower Bridge adalah jambatan yang paling popular di dunia, hmm maybe. Tetapi nasib tidak berapa baik kali ini disebabkan part of Tower Bridge tengah diperbaiki jadi kurang cantik jika diambil gambar. Untuk yang berminat boleh naik dan masuk ke muzium Tower Bridge yang terletak di tengah/atas jambatan ni.

Sebagai penutup perjalanan hari ni, sekali lagi pergi ke Oxford Street. Meninjau lagi jika ada apa-apa yang belum dibeli, menarik, murah dan terlepas pandang semalam. Ada saja yang dibeli jika datang ke Oxford Street. Tak boleh tahan "nafsu" dibuatnya bila menengok pelbagai barangan murah yang tak mungkin dapat semurah itu jika di Vienna. Sekali lagi lewat petang baru sampai ke hotel dan kali ini burger dari Sussex Garden dan maggi cup yang dibawa dari Vienna menjadi hidangan makan malam sekeluarga. Lazatt!!

...bersambung..Day 4.

3 comments:

ummi n hubby said...

wah...mai london rupenye...napa x dtg durham tengok baby ammar...hehe..
lain kali mai lah...leh round scotland pulak.
sempat dok snow di london...kat durham dah turun lebat nie..okey..
ummi ammar

Faizal and Anna said...

Salam Joe, sempat tak ke Abbey Road? Cukup "korum" ni untuk replicated The Beatles album cover. Hehe...

joe said...

Na & Amir: Plan ke London tergempar, mmg tak sempat kalau nak jalan ke Durham. Lagipun kami nok pindoh dari Vienna, sbb tu gi London last minit kena renew passport. Apa nama baby baru?

Faizal & Anna: Tak terpikir plak nak pi Abbey Road. Alamak..ruginya...