Nuffnang

Sunday, December 13, 2009

London

Lama tak update blog disebabkan sibuk dengan pelbagai urusan. Tambah lagi minggu lepas sekeluarga terbang ke London selama 5 malam. Dalam perancangan yang singkat terpaksa ke London dengan tujuan utama untuk memperbaharui passport. Disebabkan perlukan passport dengan seberapa segera terpaksalah terbang ke London, sambil itu ambil peluang juga "makan angin" sekitar London. Jika memperbaharui passport di embassy Malaysia di Vienna, application tetap akan dihantar ke London juga dan akan ambil masa lebih kurang sebulan untuk dapatlkan passport yang baru. Jika pergi sendiri ke London, dalam masa sehari akan dapat semula passport yang baru. Makanya terpaksalah angkut satu keluarga ke London, dan budak-budak pula terpaksalah "ponteng dengan kebenaran cikgu" sekolah selama 3 hari.

Ini kali kedua menjejak kaki di kota London, kali pertama dahulu pergi pada tahun 2004 dan cuma berempat. Tetap excited untuk melawat London sekali lagi, tambah pula, kali ini ahli rombongan sudah bertambah seorang lagi.

Dari Vienna menaiki pesawat Austrian Airlines pada pukul 8 malam. Disebabkan tight budget, jadi terpaksalah beli flight tiket yang paling murah dan terbang pada odd hours. Flight balik dari London pula pada awal pagi 6 am.

Naik airport shuttle bus dari Sudbanhof terus ke airport Vienna. Much more cheaper daripada ambil teksi, hanya EUR6 per adult dan half price untuk kanak-kanak between 5-12 yrs old. Bus ride cuma ambil masa selama 20min untuk sampai ke airport. Dan yang pastinya budak-budak very excited untuk naik kapal terbang terutamanya selepas kali terakhir ialah 2 tahun lepas.

Penerbangan mengambil masa selama 2 jam dan tiba di London Heathrow dalam pukul 9 malam. Selepas ambil luggage terus menuju kearah stesen keretapi Heathrow Connect. Terdapat beberapa pilihan transport dari Heathrow ke pusat bandar London. The fastest ialah keretapi Heathrow Express, cuma ambil masa 15 minit dari Heathrow terus dan non-stop ke stesen Paddington. Pilihan kedua ialah Heathrow Connect, harganya lebih kurang separuh cheaper than Heathrow Express dan train stop di 4 station sebelum stesen akhir yang juga di Paddington dengan perjalanan ambil masa lebih kurang 25 minit. Jika masa bukan satu masalah, the cheapest option ialah menaiki London Underground-Piccadilly Lines dari Heathrow ke pusat bandar London.

Sampai distesen Paddington dalam pukul 10 malam, tercangak-cangak mencari pintu keluar yang betul sebelum menuju ke hotel penginapan. Berjalan kaki sekeluarga didalam kesejukan malam, menyusur jalan Craven Road menuju ke Craven Terrace dimana terletaknya Hotel Crownwall, tempat penginapan kami untuk 5 malam berikutnya.

www.crownwallhotel.com

Sampai di hotel selepas tercangak-cangak berjalan kaki selama 10 minit, terus check-in dan masuk ke bilik hotel. Agak terkejut dengan saiz "family room" yang diberikan, memang terlalu sempit jika dibandingkan dengan harga yang dibayar. Didalam bilik ada 2 katil besar yang dipisahkan oleh ruang untuk berjalan seluas sekaki lebar sahaja. Nasib baik ada disediakan didalam bilik microwave oven dan cerek elektrik. Bolehlah untuk masak mee segera yang dibawa jika terdesak hendak mengisi perut ditengah malam.

Disebelah hotel terdapat kedai runcit yang mana tujuan asal turun untuk pergi membeli air minuman, tetapi terpandang didalam peti ais, adanya ready made sandwich & roll kebab yang bertanda "HALAL". Alhamdulillah, bolehlah untuk mengalas perut pada malam pertama dan takperlu masak mee segara sebelum semua boleh tidur dengan lenanya didalam bilik yang sempit itu.

Day 2

Hotel penginapan menyediakan juga breakfast yang termasuk dalam room rate. Tepat pukul tujuh pagi kami turun bersarapan dengan plan untuk keluar dari hotel pada pukul 8 pagi untuk menuju ke pejabat Consular Malaysia. Menu breakfast yang ada cuma samada conrflakes with milk atau toast besides coffee, tea of hot choc. Bolehla, lagipun kalau ada menu macam-macam pun bukan nya boleh dimakan pun dan akhirnya toast & cereal juga yang jadi pilihan.

Stesen underground yang terdekat dengan hotel penginapan ialah stesen Lancaster Gate, cuma 5 minit berjalan kaki dari hotel. Kami beli weekly ticket untuk bergerak dan berjalana selama kami tinggal di London. In our case it was cheaper untuk membeli weekly ticket dari
daily since we were there for 5 days. Yang menariknya ialah kids under 12 years old tak perlu ticket untuk public transport. Tetapi ticket transport di London ni quite mahal jika dibandingkan dengan harga di Vienna. Jika di Vienna, weekly ticket will cost EUR14 sahaja, di London terpaksa bayar GBP25.80!! Sekali ganda bezanya tu. Daily ticket pula berharga GBP7.20.

Dari Lancaster Gate menuju ke stesen Bond Street, tukar ke Jubilee-line menuju ke stesen Green Park dan sekali lagi tukar ke Piccadilly-line menuju ke stesen Hyde Park Corner. Keluar dari stesen Hyde Park Corner, tercangak-cangak juga sekejap nak memerhati map dengan betul untuk memastikan lokasi Embassy Malaysia yang terletak tidak jauh, lebih kurang dalam 5-10min jalan kaki. Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) London terletak di tingkat basement, ada clear signboard di pagar didepan bangunan. Yang menariknya di luar pintu masuk pejabat JIM London ni ada kantin kecil yang menyediakan makanan Malaysia. Pada hari itu sempat "belasah" sebungkus nasi lemak & kue teow goreng selepas selesai urusan submit application. Memang sedap!!! Sebungkus nasi lemak atau kue teow cuma GBP3.50 sahaja.

www.jimlondon.net

Selepas selesai urusan submit borang application renew passport, perlu datang balik pada pukul 3 petang untul ambil passport yang baru. So ada masa few hours untuk meronda sekitar bandar London sebelum datang balik ke embassy. Dari embassy cuma perlu jalan kaki dalam 10 minit untuk menuju ke Buckingham Palace. Tetapi sebelum itu sempat singgah dulu ke Hard Rock Cafe untuk cari sehelai t-shirt. HRC adalah antara tempat yang must visit jika pergi ke mana-mana cities, "angkat" sehelai t-shirt as kenangan. HRC London terletak di Old Park Lane, atau just outside stesen Hyde Park Corner juga.

Sampai di Buckingham Palace dalam pukul 1 tghari, dah terlepas perarakan pengawal berkuda
istana yang biasanya pada pukul 11:30am. Tetapi seperti biasa dihadapan pagar tetap dipenuhi dengan pelancong yang sibuk dengan aksi-aksi merakam kenangan bersama kamera masing-masing.

Satu lagi tempat yang sempat disinggah sementara menunggu masa untuk ke embassy semula ialah Big Ben atau The Parliament. Cuma perlu berjalan kaki sahaja dari Buckingham Palace yang ambl masa dalam 10 minit juga. Sebelum sampai di Big Ben, hujan turun agak lebat juga, nasib baik memang dari Vienna dibawa winter jaket yang water proof. So berjalanlah dalam hujan dengan semangat jitu nak bergambar didepan Big Ben. Itulah London, senantiasa hujan tak kira musim! Berdekatan dengan Big Ben boleh juga melawat Westminster Abbey.

Dari Big Ben, kali ni naik underground untuk balik semula ke embassy untuk collect passport baru. Collection time hanya between 3-4pm sahaja. Sampai di embassy sebelum pukul 3 pm lagi then sempatlah lagi untuk 2nd round, "belasah" kue teow goreng sebungkus lagi! Istt sedapp sungguh!!!

Selesai urusan di JIM dan dah dapat passport baru, barulah lega rasa hati sebab tujuan dan urusan utama ke London dah sempurna. Barulah senang hati nak melangkah panjang ke tempat lain. Dan seperti biasa jika pergi ke mana-mana city, agenda shopping tetap salah satu agenda utama. So petang itu dari embassy kami menuju terus ke Oxford Street, tempat shopping utama di kota London. Sampai di Oxford Street, hari pun dah gelap almaklumlah di musim winter, matahari terbenam agak awal sebelum pukul 4 ptg.

Kedatangan kami ke London sedikit bernasib baik sebab berdekatan dengan perayaan Krismas, makanya banyak juga kedai-kedai yang mengadakan "Sale". Walaupun tidak sehebat "sale" pada hari "Boxing Day", tetapi still menarik dan murah! Terutamanya disatu kedai bernama SportDirect.com, sale memang "gila-gila" murah! Rabun mata dan poket dibuatnya!

Setelah letih menyusur Oxford Street, barulah naik underground semula dari stesen Marble Arch ke Lancaster Gate. Keluar stesen Lancaster Gate mulanya bercadang mencari kedai makan Cafe Bonda yang mana mengikut websitenya terletak tidak jauh dari stesen Lancaster Gate. Jalan punya jalan didalam gelap dengan perut yang lapar dan badan yang letih, bau Cafe Bonda pun tak jumpa. Nasib baik pula terjumpa dengan satu restoran halal di Sussex Garden yang menyediakan fast food, dan semunya halal! Yang paling menariknya harga makanan disini agak murah, satu menu contohnya burger, fries & minuman cuma berharga GBP4 sahaja!! Dan burgernya yang besar dan friesnya penuh sepinggan memang tak mampu nak habiskan. Dan rasa burgernya memang sedap menjilat jari, sesedap burger di McDonald!!!

Masing-masing "kekenyangan dan kesenyuman" apabila keluar dari restoran itu dan berjalan kaki menuju ke hotel yang terletak tidak jauh. Sesampai dihotel barulah lega, boleh meluruskan kaki, mandi dan segarkan badan sebelum melelapkan mata.

...bersambung.. London, Day 3.

No comments: