Nuffnang

Sunday, November 1, 2009

... Zhengzhou, China, part 2

Apa lagi yang menarik di Zhengzhou? Jika berada di tempat asing, dua perkara antara yang "wajib" di explore ialah local shopping dan food! Shopping di Zhengzhou boleh dikatakan menarik disebabkan harga barang-barang nya yang mostly murah. Lupakan barang-barang berjenama barat yang mahal, jika disini perlu cari barang-barang "made in China". Contohnya barang-barang perhiasan diri untuk perempuan, disini terdapat satu whole building with full of shops yang semuanya menjual pelbagai jenis hiasan diri wanita. And its all very, very cheap! I once bought mutiara, and it was far cheaper if compare to the price if you buy at pasar Filipin in Kota Kinabalu, apalagi kalau compare dengan harga di KL. And its a real high quality pearl. Be sure that you know how to check for real or fake pearl sebelum pi shopping.

Di pusat bandar Zhengzhou terdapat banyak shopping building yang more for wholesale. Peniaga datang beli in bulk untuk dijual elsewhere. But normal shoppers pun boleh beli-belah, it reminded me of pasar Pratunam in Bangkok. Jika tak pentingkan jenama, then pakaian or barangan tekstil disini is very cheap and with a quite good quality.

Bercerita tentang shopping pernah satu hari meronda di satu shopping building untuk wholesalers ni, tetiba terasa nak buang air kecil. Jenuh pusing satu building, then terjumpalah tandasnya. It's free, but bila masuk dalam terkejut baboon bila tengok "suasana" didalam tandas. Besides tempat buang air kecil berdiri, ada tandas untuk buang air besar. But its not like normal tandas room dengan dinding tinggi melepasi aras kepala. Di tandas building ni, dinding tandasnya hanya pada aras pinggang! As usual, masuk bilik tandas even just untuk buang air kecil. But sekali bila masuk then tutup pintu semasa masih berdiri, bila pusing boleh nampak dengan jelas "jiran" disebelah tengah sibuk "melabur"! Boleh hi hi bye bye lagi! Adoii!!! Mengerikann! Nak tanak pejam mata je lah dan cepat-cepat selesaikan urusan melabur saham kecil atau besar!


Antara benda yang I missed much about Zhengzhou ialah makananya. Waktu hari kerja, biasanya had lunch at restaurant nearby tempat kerja with colleagues. Like common Chinese restaurant, boleh makan at open room area atau private room. Makan ramai-ramai at big table dengan pelbagai dishes, memang best tambah lagi masakan cara China sememang sedap, even sayur goreng dengan telur pun sedap menjilat gigi! Tiap-tiap hari hanya makan berlaukkan ikan cuma cara masak yang bertukar ganti. Dan disinilah mula belajar makan nasi guna chopstick!!

The best thing diwaktu summer disini ialah musim buah Lychee. Dimana-mana, ditepi jalan atau di supermarket ada dijual buah lychee yang masak, manis! Dan ianya murah, teramat murah! Dah lupa exact price untuk sekilo lychee but memang jauh amat murah dari Malaysia. Of course lah, lychee berasal dan paling banyak ditanam di China. Semasa musim lychee, almost every day beli sekilo dan sambil tengok TV boleh licin habis sekilo lychee!! Memang seronok jika ke supermarket, hanya pilih lychee yang elok-elok masukkan ke dalam plastik dari longgokan diatas meja. Memang mewah lychee betul jika dimusimnya. Only in China!!


Pernah satu hari di Zhengzhou, semasa berjalan kaki dari kedai terdengar suara pengumuman bergema dari jalan raya. Mencari-cari dari mana datangnya suara itu, then realized ianya dari sebiji lori yang bergerak perlahan diatas jalan raya. Orang ramai berhenti dari aktiviti yang depa tengah buat dan seakan-akan tercegat sambil perhatikan lari yang bergerak. Bila lori dah sampai dekat barulah tahu yang ianya lori dengan muatan "special". Lori ditutupi jaring terbuka disebelah belakang, dipenuhi manusia berpakaian sama dan bergari, duduk tunduk menghadap orang ramai. Ditanya pada kawan local, ianya ialah lori dari pihak polis atau penjara yang membawa pesalah dan diarakkan ke bandar-bandar dengan tujuan untuk memberi "amaran" atau "peringatan" kepada orang ramai agar jangan buat jenayah! Well, quite a good move jugak kan? Maybe we should practise the same back home in Malaysia. ;-)

Pernah salah seorang kawan yang bekerja di China bercerita tentang pengalamannya sendiri melihat perlaksanaan hukuman mati terhadap penjenayah dengan cara ditembak di sawah padi! Penjenayah beratur di tengah sawah then "bang!" tergolek terus gol!! Badigol sungguh! Ingatkan hanya khayalan dalam filem orang Amerika saja adanya situasi begitu, rupa-rupanya its real!

Jika di China, pesalah rasuah pun dihukum tembak mati. Dan bagi aku yang ni, setuju sangat kalau dilaksanakan di Malaysia. Rasuah perosak utama negara, bangsa & agama. Tapi takut pula kalau dilaksanakan di Malaysia, hampir 90% ahli kerajaan pasti kena hukum tembak, sapa nak uruskan negara pula?? ;-) Betapa kroniknya masalah rasuah di Malaysia.



Satu lagi pemandangan biasa jika berjalan-jalan di Zhengzhou ialah ditepi-tepi jalan ada 3-4 orang duduk mencangkung bersembang sambil makan kuaci! Kuaci memang salah satu makanan depa disini. Dan di waktu summer, dimana musim tembikai juga, ditepi-tepi jalan ada juga pembeli yang beli dan makan tembikai terus di tepi jalan sambil mencangkung juga, ala-ala macam musim durian di Malaysia. Suka sangat mencangkung agaknya orang China nih!

Dan jangan terkejut jika terlihat kanak-kanak berumur 1-2 tahun, yang sedang dilatih tidak memakai "pampers", memakai seluar panjang yang terbuka disebelah belakang atau tak berkain pada ruang bontot seluar. Jika bernasib baik, boleh berpeluang melihat betapa "praktikal"nya seluar ni. Anytime and anywhere, bila kanak-kanak tu terasa nak kencing, mak atau bapak budak tu hanya just suruh kanak-kanak tu mengcangkung ditepi jalan dan... shhhhhh!! Selamat! Only in China!!!

No comments: