Nuffnang

Thursday, November 19, 2009

Sijil Kelakuan Baik a.k.a Criminal Record Cert a.k.a Police Cert

Sesiapa yang selalu travel and kerja di luar Malaysia mungkin familiar dengan benda "Sijil Kelakuan Baik atau Criminal Record Certificate atau Police Certificate". Setakat ni sudah ada pengalaman di tiga negara berlainan memohon certificate ni iaitu di Malaysia, USA & Austria.

Kali pertama memohon sijil ni di Malaysia pada 2003, kerana ianya salah satu dokumen yang diperlukan untuk memohon visa kerja di Latin Amerika. Permohonan dibuat di Kementerian Luar Negeri (MOFA) di Putrajaya. Perlu isi borang, gambar passport, copy passport/IC , bayaran RM20 dan serahkan di kaunter berkenaan. Then sijil itu akan diperolehi after 3 months!!! Yes, 3 months!!! Memang tak masuk akal langsung, untuk memeriksa rekod kelakuan atau jenayah seseorang penduduk perlukan masa 3 bulan. Sedangkan pada 2003, sistem komputer dan database memang sudah established. Sepatutnya hanya perlukan input nama & ID number ke dalam database then keluarlah resultnya. Senang & mudah! Tetapi pada masa tu, mungkin bernasib baik, dengan buat muka sedih & merayu dekat pegawai di kaunter MOFA, dapatlah sijil tu dalam masa sebulan!

Then pada 2007 semasa di Dallas, perlukan sijil ini untuk memohon visa kerja Austria. Di Dallas hanya perlu pergi ke balai polis di kawasan kediaman anda then tunjukkan ID. Pegawai balai polis akan periksa data dalam computer database, in 10 minutes siap, tanpa soal jawab, sijil printed out dan boleh balik senyum lebar! Lupa samada perlu apa-apa bayaran atau tidak. But it was so easy and definitely no hassle at all.

Semalam, sekali lagi terpaksa memohon sijil ni. Satu pengalaman yang sedikit "mengazabkan" juga disebabkan masalah bahasa. Disini dipanggil Strafregisterbescheinigung dan untuk memohon, seperti biasa perlu isi borang. Borang boleh didownoad di sini


Didalam website ada diberitahu pejabat yang perlu dituju atau dipanggil Polizeikommissariat but its not correct. Macamana tahu? Sebab dah terkena semalam, first menuju ke Wasagasse 22, 1090 Wien. Letih mencari dan menapak, bila tiba ke pejabatnya diberitahu perlu pergi ke tempat lain iaitu di Deutschmeisterplatz 3, 1010 Wien. Dalam 1 km jaraknya yang sekali lagi perlu menapak.

Sampai di Polizeikommissariat itu, naik ke tingkat 1, bilik no. 10, ada sorang wanita didalam bilik. Terus hulurkan borang dan passport, dan wanita tu dengan muka serius terus pok, pek, grung, greng ntah apa-apa, dan dihulurkannya balik semula borang. Langsung tak dapat nak tangkap apa yang disebutnya. Dalam 2-3 minutes, dok garu kepala bersoal jawab dan wanita tu mula mengeluh & nak marah sebab dua-dua tak paham. Suruh dia tulis atas kertas apa yang dimaksudkannya. Dan ditulisnya dua harga, EUR 28.60 dan EUR 13.50. Malas nak bersoal jawab banyak, tunjukkan pada harga EUR 28.60 dan dia terus ambil borang dan masukkan data dalam komputernya. Less than two minutes keluar printout dah! Bayar EUR 28.50 dan dapatlah sijil tu! Senang je rupanya! Tetapi masalah bahasa membuatkan semuanya hampir kacau bilau haru biru sekejap. Rupa-rupanya untuk EUR 13.50, sijil hanya akan diperolehi after 4 days melalui pos. Hairan sungguh, benda yang boleh dibuat dalam 2 minit tetapi dengan harga yang sekali ganda bezanya. Entahlah!! Apa-apa pun sekali lagi berjaya melalui "azab" berurusan dengan kakitangan pejabat kerajaan Austria. Fuhh berpeluh!!!

Note: Info terbaharu yang diperolehi dari website MOFA, mulai March 2008, permohonan sijil kelakuan baik diproses dalam masa sehari dan sijil boleh diperolehi dalam hari yang sama atau keesokannya. Satu improvement yang amat baik but still tak paham why cant it be made in just few minutes like in other country?

8 comments:

Prof. Raihan said...

Kalau nak tinggal di Afrika Selatan pun kena sijil tu jugak. Tak lama lagi mungkin kalau nak kembali tinggal di Malaysia, kamu kena submit surat ni dari negara yang kamu tinggal sebelumnya!

Anonymous said...

Bro, tumpang tanya. I'm planning to apply for this cert for the purpose of living in Brazil. On MOFA (Malaysian Ministry of Foreign Affairs) website, it stated that the "Statutory Declaration" form can be downloaded for the purpose of applying that cert. When I looked at that form, it required the signature of a Commissioner of Oath, or a Court Judge or a Magistrate). But on the other page of MOFA, it stated that the required documents are only copies of the completed form, recent photo, IC and passport. That Statutory Declaration document - kena buat ke tak? Thanks in advance bro. - Chuck

joe said...

Bro Chuck,

Kalau time aku dulu 6-7 tahun lepas tak perlu sign commisioner of oath. Cuma bawa borang, ic, gambar & passport ke Mofa and submit. Aku pun tak pasti camana rules yg terbaru. Nanti aku cuba tanya kawan2 aku kalau ada yg pernah apply recently. Nanti aku update kat sini juga. Tq.

Anonymous said...

Thanks so much Joe. I'll keep checking this page (already bookmarked your blog the day I posted the previous comment). Tak silap I, the other day I saw somewhere on MOFA's site stating that you can still apply without Statutory Declaration, but the approval process could take anywhere from 1-2 months to complete. Some other forum (tak ingat lak which one) stated can simply apply without it so lain website pergi, lain pulak infonya. Thanks so much in advance ye Bro for your help, much appreciated because I'm a bit lost here. - Chuck

joe said...

Bro Chuck,

below info dari kawan aku yg apply cert ni recently. Aku copy paste dari his email.

**************************
Sekarang untuk applied Good Conduct letter, perlu register online dulu kt web site dia. setelah itu print out page 1 and 2 aja...

perlu print 2 copy and bawak 2 copy or passport dpn n belakang, ic and photo..

Bila semua dh complete, perlu minta sign kt commissioner dulu n chop lepas tu baru submit...

process dia sekejap aja..dlm sejam dpt la...

klu susah2 sgt... pi aja kt wisma putra,,,kt situ dia sediakan 2 pc and printer.. so register aja masa tu n print...., tapi commissioner tu perlu la...kena buat jugak bila dh print...

commissioner tu ada kt putra jaya jugak,,tanay aja kt security,,nanti di akasi tau area persint berapa...aku lupa da...tapi bangunan dia ada kubah mcm masjid....
**********************************

Anonymous said...

Oh kena apply jugaklah Statutory Declaration tu. Ok ok got it now. Hopefully when I apply tak makan sampai berjam2. Thanks so much ye Joe, and extend my thanks to your pal too. By the way, how's the weather there? Kat KL sini panas, hujan pun macam tak ikhlas je. Hantar ler snow over here sikit Joe. - Chuck

joe said...

Sini dah start panas like Msia. Anyway... good luck with your cert appl & future life in Brazil!:-)

Bio said...

thanks joe for the info..sebab i nak apply esok.