Nuffnang

Tuesday, November 10, 2009

Residence Permit-Austria

Untuk sesiapa yang bercadang atau teringin atau akan tinggal di Austria, satu perkara yang perlu diambil tahu ialah registration Residence Permit. Wajib untuk non-Austrian yang tinggal lebih dari 6 bulan di Austria. Untuk dapatkan first Residence Permit perlu diapply sebelum masuk ke Austria. Bagi kami sekeluarga, segala urusan pendaftaran Residence Permit sebelum datang ke Austria telah diuruskan oleh Relocation Company. Jadi tak pasti apa dokumen yang diperlukan in details.

Tetapi mulai tahun ini untuk memperbaharui Residence Permit perlu diuruskan sendiri. No more assistance dari Relocation Company. Makanya bila memikirkan segala urusan adalah dalam bahasa German, risau bergelodak isi perut lain macam dibuatnya. Almaklumlah setakat ini jika berurusan dengan pejabat kerajaan disini, takda sorang pun lagi yang boleh berbahasa Inggeris! Dan jika tak tahu berbahasa German, layanan dari orang disini pun kureeng lah sikit.

Sebagai info untuk sesiapa yang memerlukan (note untuk kami juga next year), disini explained serba-sedikit apa proses dan document yang diperlukan untuk memperbaharui Residence Permit.


Untuk memperbaharui Residence Permit yang hanya valid 1 tahun, perlu pergi ke MA 35. Perlu tahu dimana pejabat MA 35 yang menguruskan penduduk di District masing-masing. Maklumat mengenai dimanakan pejabat MA 35 untuk district masing boleh didapati dari internet atau link dibawah.

http://www.wien.gv.at/verwaltung/personenwesen/einwanderung/aufenthalt/formular.html

Bagi kami yang tinggal di District 10, pejabat MA 35 terletak di Am Modenapark 1-2, 1030 Wien. Pejabat MA 35 disini menguruskan urusan Residence Permit untuk penduduk yang tinggal di District 3 & 10.

Document yang perlu dibawa untuk memperbaharui Residence Permit seperti list dibawah.

1. Borang
Form in german:
http://www.wien.gv.at/verwaltung/personenwesen/pdf/nag-antrag-m35-formular.pdf
Form in english: (as reference only)
http://www.wien.gv.at/verwaltung/personenwesen/pdf/nag-antrag-m35-en.pdf
2. Gambar (passport size)
3. Copy of passport
4. Proof of income for the last 3 months (salary slips).
5. Letter dari company mengenai confirmation of employment & confirmation of salary.
6. Rental contract of accomodation (tak perlu jika masih tinggal di tempat sama as current Residence Permit).
7. Meldezettel
8. Schulbesuchsbestätigung (Proof of Schooling)-jika ada anak-anak yang bersekolah.
9. Versicherungsdatenauszug-Health insurance data for whole family. Boleh request document ini dari WGKK (if you are insured with WGKK), via internet.

http://www.wgkk.at/portal/index.html?ctrl:cmd=render&ctrl:window=wgkkportal.services.servicesWindow&p_menuid=63935&p_tabid=5

Bring along original Passport, Ecard and Residence Permit card semasa submit application. Ahli keluarga yang berumur 14 tahun keatas perlu hadir in person.

Okay, itu bab document yang diperlukan, now camana prosesnya semasa di pejabat MA 35 (based on real experience today ;-)). Not sure camana proses di pejabat MA 35 for other districts, i guess (hopefully) should be the same. Di Am Modenapark 1-2, pejabat MA 35 terletak di Tingkat 5. Masuk, ambil nombor giliran, then masuk dan duduk di bilik menunggu yang disediakan. Di bilik menunggu ada LED display yang memaparkan nombor giliran dipanggil & nombor bilik yang perlu dimasuki untuk menyerahkan borang. Setakat ni, no problem lagi cuma perlu perhatikan LED display tu saja.

Bila tiba giliran kami, masuk ke bilik bernombor 250, ada 2 orang wanita di dua meja bersebelahan, seorang sudah agak berumur maybe dalam 45-50 dan seorang lagi dalam lingkungan 30an, i guess. Menuju ke meja perempuan berumur dengan harapan dia lebih lembut dan tak garang. Jangkaan kami meleset sama sekali!!!

Setiap ayat yang keluar dari mulutnya dengan tanpa senyuman dan serius sekali. Diambilnya borang yang dihulur, terus diperiksa dan ditandakan part yang perlu diisi dan diperbetulkan. Tak senyum langsung dan dengan rupa nak marah. Aduss!! Photocopy perlu dibuat asing untuk setiap borang contohnya untuk Ecard, tidak boleh photocopy 5 Ecard dalam satu paper. Terpaksa keluar semula, betulkan borang dan photocopy semula part yang perlu. Di bilik menunggu ada disediakan mesin photocopy tapi seperti biasalah (even di Malaysia pun), caj yang dikenakan mahal macam bedil (kata ore Kelate)! 10c per copy! Kopak!

Bila semua dah ready masuk semula ke bilik 250 untuk serahkan borang yang tersusun rapi dan complete. Kali ni kami terus menuju ke meja perempuan yang muda sedikit, alhamdulillah, agak lembut dan peramah sedikit perempuan yang ini. Borang diperiksa dan semua OK. So tips untuk semua, avoid meja the old lady jika pergi ke MA 35 ini. Memang buat putus semangat berurusan dengan perempuan berumur tu.

Keluar semula dan pergi bilik menunggu, tunggu nama dipanggil berserta bilik yang perlu dimasuki. So kali ini kena berhati-hati sedikit dan untuk sesiapa yang tak paham langsung German, kiranya innalillahh lah! ;-). Kena betul-betul dengar, dengan slang German yang menyebut nama Melayu kita ni, bunyinya lain macam sikit. Plus kena paham nombor bilik yang disebut in German, karang bilik lain pulak yang dimasuki, silap-silap bilik with perempuan tua yang macam tadi, mau kena halau keluar, naya dan putus semangat kali ke-2!

Selepas nama dipanggil, masuk kebilik yang disebutkan. Serahkan original passport untuk petugas didalam bilik itu periksa against the form yang diisi. Jika tiada masalah, semuanya berjalan lancar, akan diberi satu kertas dengan harga yang perlu di bayar di Kassa (Cashier). Kami terpaksa bersoal-jawab sedikit tadi sebabnya passport Damia akan expired June 2010. So pertugas tu (perempuan juga, but very nice & baik), explain something. Masalah!!! Sempat tangkap sepatah dua perkataan, yang lain.... bla, bla, bla, krok, krek, grong, greng.. hancuss! Janji application OK, renew passport belakang cerita.

Kos untuk dewasa ialah EUR 80 seorang dan EUR 50 per kanak-kanak. Kopak lagi! Selepas bayar masuk semula kebilik tadi. Sebelum selesai semua urusan dibilik itu, akan diberi sehelai kertas per borang, yang menyatakan hari dan masa yang perlu datang untuk collect Residence Permit kad yang baru. Then barulah boleh keluar dari MA 35 dan balik rumah! 2 jam lebih di MA 35, akhirnya legaaa, selesai dan lepas satu lagi azab berurusan dengan orang Austria!


No comments: