Nuffnang

Saturday, November 21, 2009

Once Upon A Time in... Xi'an, China part 1

Sambungan memori "daun pisang" di China. Sepanjang 6 bulan di Zhengzhou, trip yang paling menarik ialah apabila 3 hari menjelajah ke Xi'an bersama 2 rakan kamceng sekerja, seorang mamat Pinoy dan seorang mamat Finnish. Perancangan cuma dibuat seminggu sebelum hari berangkat di Xi'an apabila rakan sekerja orang China bercerita tentang antara tempat-tempat menarik di China yang patut dilawati. Kami bertiga tertarik dengan cerita tentang Terracotta Army dan Hua Shan (Mount Hua) di Xi'an. Cuba mengajak kawan-kawan lain untuk melawat tapak Terracotta Army dan mendaki Hua Shan, tapi mostly tak sanggup bila memikir nak mendaki Hua Shan tanpa enough preparation. Memikirkan peluang yang ada tidak harus ditolak, akhirnya hanya kami bertiga yang bersetuju ke Xi'an.


Dari Zhengzhou menaiki keretapi malam menuju ke bandar Xi'an. Memilih koc berkatil supaya dapat tidur dan rehat yang cukup untuk menjelajah bandar Xi'an keesokan harinya. Xi'an adalah ibunegeri wilayah Shaanxi di tengah China. Salah satu bandar tertua di China yang juga terletak di laluan Silk Road. Tarikan utama pelancong ke Xi'an sudah tentunya Terracotta Army yang terkenal diseluruh dunia. Antara tarikan lain dibandar Xi'an ialah City Wall sepanjang 13.7km mengelilingi bandar lama yang dibina di zaman Ming Dynasty pada tahun 1370. Hua Shan yang terletak 100km dari bandar Xi'an juga salah satu tarikan pelancong ke sini. Hua Shan ialah satu satu dari Five Sacred Daoist Mountains.

Sampai di stesen keretapi Xi'an pada awal pagi, terus menuju ke stesen bas yang terletak diluar. Hasil tip yang diperolehi dari internet yang mana untuk ke muzium Terracotta sebaiknya menaiki bas awam yang bersaiz bas panjang. Ini kerana di stesen bas terdapat banyak bas-bas mini yang ditulis destinasi muzium Terracotta. Tetapi bas-bas mini ini bukannya bas awam sebaliknya bas yang dimiliki oleh para pengusaha pelancong. Terdapat perayu-perayu diluar bas mini yang cuba menarik pelancong yang mahu ke muzium Terracotta. Jika ternaik bas mini ni, pelancong tidak dibawa terus ke muzium Terracotta tetapi akan dibawa ke kedai-kedai "sponsor" disepanjang jalan ke muzium Terracotta, untuk "mengempiskan" poket pelancong. Maka dinasihatkan untuk pelancong naik bas panjang awam yang akan bawa penumpang terus ke muzium Terracotta.


Sepeti biasa, bayaran masuk dikenakan untuk pelancong yang mahu melawat muzium Terracotta. Di dalam kawasan muzium terdapat dalam beberapa buah bangunan besar umpama hangar kapal terbang. Salah satu daripadanya ialah muzium utama iaitu tapak asal dimana askar Terracotta ini dijumpai pada tahun 1974. Kerajaan China telah membina bangunan terus diatas tapak-tapak dimana askar Terracotta dijumpai.

Didalam muzium utama, terdapat ribuan askar Terracotta yang mostly masih dalam condition yang baik, tersusun tegak rapi umpama perhimpunan askar-askar manusia. Memang menakjubkan bila melihat suasana didalam muzium utama Terracotta Army ini. Bagaimana manusia pada 246 BC mampu dan terfikir untuk membina ribuan patung askar daripada batu, dan yang lebih menakjubkan dikatakan yang setiap patung tidak sama "rupaparas"nya. Daripada pemerhatian pendek selama disana, memang setiap patung lain "rupaparas"nya. Tamadun China sememangnya menakjubkan!


Selain muzium utama ni ada 3 lain bangunan lain yang lebih kecil saiznya, yang menempatkan askar-askar Terracotta ini. Untuk sesiapa yang minat dengan bahan sejarah, this is one of the place that you MUST visit! Bagaimana mengkagumkan binaan GreatWall pada semua orang di dunia, begitulah juga dengan Terracotta Army ini. You can easily spent several hours visiting this museum, kekadang boleh termenung sendirian terbayangkan diri berada pada zaman emperor Qin.


Selepas puas menjelajah muzeum Terracotta, hinggakan bila tengok orang China pun dan nampak semacam askar Terracotta juga makanya beredarlah kami dari muzeum Terracotta ini. Menaiki semula bas menuju ke pusat bandar Xi'an. Menikmati lunch di restoran kegemaran "semua" iaitu McD sambil merayau-rayau disekitar bandar, dalam masa yang singkat menunggu masa untuk ke stesen keretapi semula. Tak sempat untuk betul-betul menjelajah tempat-tempat menarik di bandar Xi'an.

Di stesen keretapi Xi'an, beli tiket menuju ke bandar Huayin (kalau tak silap, dah lupa). Yang menariknya kali ini ialah koc yang available hanyalah koc kelas 3 atau koc paling murah! Macamana rupanya koc kelas 3 ni?? Tunggu... part 2!

1 comment:

ayarus said...

warga emas blh panjat tak mount ini untuk tengok terracotta army?