Nuffnang

Wednesday, November 25, 2009

Cuti, cuti & cuti di Austria

Salah satu kelebihan bekerja di Austria ialah kerana ada banyaknya cuti pada setiap tahun. Jikalau di Malaysia, ramai berkata bilangan cuti umum sudah didalam kategori banyak tetapi jangan terkejut jika di Austria lebih banyak. Udahle waktu bekerja rasmi cuma 38.5 hours perweek sahaja, cuti umum pun banyak, kalau compare to other country yang biasanya amalkan 40 hours per week dan less cuti umum. Jangan salah paham, ini bukan sungutan, tapi "syukuran"..;-).



Dibawah list of hari cuti umum untuk semua orang di Austria.

1. New Year
2. Epiphany
3. Good Friday
4. Easter Monday
5. May Day
6. Ascension Day
7. Whitmonday
8. Corpus Christi
9. Asumption
10. National Holiday
11. All Saints Day
12. Immaculate Conception
13. Christmas Eve
14. Christmas Day
15. Boxing Day
16. New Years Eve.

So sudah ada 16 hari cuti umum dalam setahun. Then ada lagi so called "Bridge Days". Jika hari cuti umum diatas jatuh pada hari Khamis atau Selasa, then hari in between contohnya Jumaat atau Isnin akan declared as cuti atau "Bridge Day". Kalau minggu raya Krismas pula lagi panjang "Bridge Days"nya dengan tujuan nak sambungkan cuti umum Krismas dengan New Year. "Bridge Days" ini adalah company dependant, some company maybe takada "Bridge Days" dan bilangan "Bridge Days" adalah atas persetujuan antara kesatuan pekerja dan company.

Contohnya pada tahun 2009, terdapat 10 "Bridge Days"! So in total bilangan cuti "umum" untuk tempat kerja disini ialah 26 hari! Lebih kurang sebulan working days! Opsss! Itu belum kira "vacation leave" atau "cuti tahunan" yang diberikan kepada setiap pekerja sebanyak 25 hari setiap tahun. Dan setiap orang tak kira baru masuk kerja atau senior akan dapat sebanyak 25 hari cuti tahunan. Jadi dalam setahun calendar days, ada 51 hari tak bekerja! Jika dalam sebulan ada lebih kurang 22 "Working Days", makanya dalam setahun cuma berkerja lebih kurang selama 10 bulan sahaja. Lumayan!!! ;-)

Note: Tahukan anda di China cuma ada 2 kali sahaja cuti umum iaitu Tahun Baru China selama seminggu atau 5 hari bekerja dan Hari Buruh juga selama seminggu!

1 comment:

hani@debumelukut said...

jeles nya baca n3 ni..

selamat menyambut aidil adha walau di manapun awak berada.Semoga di rahmati Allah selalu.