Nuffnang

Monday, October 26, 2009

Once Upon A Time in... Zhengzhou, China

Sekali lagi terpaksa korek cerita lama kerana takda idea atau bahan menarik dua-tiga minggu ni di Vienna. Kali ni berkongsi pengalaman semasa tinggal selama 6 bulan di Zhengzhou, China. Pengalaman yang amat berharga selama tinggal di Zhengzhou dengan pelbagai pengalaman manis, pahit, payau dan kelat pun ada.

Zhengzhou ialah ibunegara wilayah Henan di central China. Tiada direct flight dari Kuala Lumpur, terpaksa transit di Guangzhou sebelum meneruskan perjalanan ke Zhengzhou. Mula-mula sampai di Zhengzhou akhir bulan Febuari 2004, dengan cuaca masih lagi sejuk penghujung winter. Kali pertama menjejak kaki di bumi China dan pada masa itu had no idea at all samada ada or tidak Malaysian di Zhengzhou ni. Minggu pertama di Zhengzhou terpaksa menginap di hotel sebelum mencari apartment biasa untuk disewa. Bukannya satu perkara mudah untuk menyewa apartment di Zhengzhou ni, tak ramai penduduknya yang boleh berbahasa Inggeris. Bernasib baik kerana ada kawan sekerja yang baik hati menolong menjadi jurubahasa dalam urusan dapatkan apartment sewa.


After a week di Zhengzhou baru dapat tau yang mana ada 2 orang Malaysian keturunan cina yang juga berkerja satu office di Zhengzhou. Susah nak bezakan antara Cina Malaysia atau local Chinese bila di Zhengzhou ni. Rupa memang dah rupa cina la kan.. cuma satu perbezaan ketara, local Chinese disini memang liat ya amat untuk mandi pagi samada musim sejuk ka, spring ka, summer ka. Entah apa yang takut sangat dengan air pun ntahlah. Kalau orang putih depa pun liat juga mandi pagi but appearance still dijaga, dengan rambut disisir rapi, basuh muka etc. Tetapi orang China disini, pergi ke ofis dengan muka umpama tak berbasuh dan rambut yang langsung tak disikat dengan bekas bantal di rambut belakang kepala pun memang ketara. Baunya usah diceritalah apabila pagi-pagi bersesak dalam elevator ke ofis. Tahan nafass aje lah!

Bandar Zhengzhou boleh dikatakan agak besar juga, maybe lebih kurang bandar Johor Baharu tetapi dengan penduduk yang lebih padat. Pemandangan unik jika di China ialah pengguna basikal ada dimana-mana. Jika parking di sesetengah hadapan bangunan atau kedai-kedai, berderet puluhan basikal tersusun parking. Ada yang buruk dan ada yang moden sikit iaitu basikal bermotor.


Minggu kedua, dengan berbekalkan alamat yang diperolehi dari internet, pergi mencari masjid yang terdapat di pusat bandar Zhenzhou. Cara yang paling mudah untuk kemana-mana disini ialah dengan menaiki teksi. Cuma perlu tulis alamat diatas kertas dan tunjukkkan kepada pemandu teksi. Masjid utama Zhengzhou terletak lebih kurang di pusat bandar, but bukannya macam masjid di Malaysia lah. Condition masjid ini pun agak sederhana dan masjid ini terletak dalam bangunan blok kedai 4 tingkat, dan surprisingly ialah ianya termasuk madrasah dan sekolah pondok. Ada asrama pelajar-pelajar bersebelahan bilik sembahyang, yang tinggal dan belajar agama di sini. Tak sangka di Zhengzhou pun ada sekolah pondok untuk remaja-remaja Islam diChina. Sempat bersembang dengan salah sorang remaja disitu semasa minta tolong tunjukkan kedai halal, diberitahu yang dia datang dari satu wilayah lain dan datang ke Zhengzhou semata-mata untuk belajar agama. Kagum dengan semangat remaja islam China di sini. Di kedai masjid ni juga ternampak vcd Raihan dijual.

Pernah satu kali semasa menaiki teksi, bila driver tahu yang aku not local people dan dari Malaysia mula berbagai-bagai soalan ditanya. Conversation were mostly in Mandarin campur English. Bolehlah nak paham mandarin sikit-sikit. Kebetulan driver ni orang Islam rupanya. Satu soalan yang aku tak boleh lupa ialah bila ditanya, samada aku boleh berbahasa Arab. Driver ni boleh berbahasa Arab lancar dan bila dijawab yang aku tidak boleh berbahasa Arab, dia jadi heran. Macamana bila mengaji Quran dan bersembahyang jika tak paham Arab? Aduss... tak terjawab! Dia beritahu yang muslim di China mostly boleh berbahasa Arab. Bagi depa menjadi satu kewajipan untuk berlajar bahasa Arab.

Di tingkat bawah masjid ini juga terdapat satu restoran kepunyaan muslim Xinjiang. Almost every Friday jika datang sembahyang Jumaat, mesti pekena lunch disini iaitu satey kambing dan mee berkuah tomato, exact name untuk makanan tu tak tau la pulak. But memang menjilat jari dah tu.

Ada satu pengalaman menarik semasa disini ialah pada satu hari selepas sembahyang Jumaat, semasa menunggu restoran dibuka, sempatlah hisap sebatang rokok di hadapan kedai. Tiba-tiba datang sorang mamat Xinjiang ni yang baru keluar dari masjid juga datang menegur. Pok pek pok pek dalam bahasa cina, satu patah haram tak paham. Aku guess dia nak mintak rokok sebatang makanya dengan selamba dan bermurah hati lah menghulur kotak rokok. Tiba-tiba mamat tu menolak pelawaan rokok tadi, dan terkeluarlah perkataan "haram" dari mulutnya. Ooooo barulah diketahui, umat Islam disini tak hisap rokok rupanya sebab depa kategorikan rokok as haram. Tang tu jugak terus matikan rokok ditangan. Nasib baik mamat tu tahu aku tak reti berbahasa mandarin, kalau tidak mau di syarahnya kat situ jugak. Hehe..

Satu lagi pengalaman kelakar ialah pada satu hari semasa hendak makan di restoran Xinjiang ini juga. Kebetulan pada hari tu, tokey kedai tu tak bagi garfu untuk makan mee tomato yang dihidangkan. Then ternampak chopstik buluh diatas meja but chopstick ni melekat dipangkalnya. Semasa di Malaysia yang jarang-jarang sekali jumpa chopstick, belum pernah lagi terguna chopstick yang melekat macam ni. So mula-lah terkial-kial beberapa minit nak menggunakan chopstick yang melekat tu untuk makan mee. Jenuh jari ni nak memulas chopstick untuk mengepit mee, tetiba ternampak satu customer di meja lain yang dengan selamba badaknya memulas chopstik tu hingga pecah terbahagi dua. Oooo... baru kutahu macam tu rupanya cara guna chopstick buluh ni. Kena pecah dua dulu!!! Haruu betuii!


Untuk mendapatkan makanan mentah halal di Zhengzhou agak senang juga. Even di supermarket besar pun di bahagian deretan daging mentah, pada hujung sekali dikhaskan untuk daging dan ayam halal sahaja, yang diuruskan oleh jurujual muslim. Senang untuk camkan section ni dengan tulisan Arab ayat-ayat Al-Quran dan signboard warna hijau. Satu trademark untuk restoran dan gerai-gerai kepunyaan muslim di Zhengzhou juga ialah signboard kedai menggunakan warna hijau sebagai background colour. Dan sign "halal" tertulis dipenjuru signboard. Kesimpulannya, makanan halal tidak menjadi satu masalah jika tinggal di Zhengzhou.

Disamping pengalaman kelakar dan menarik semasa di Zhengzhou, ada juga pengalaman pahit atau yang paling pahit dan perit sepanjang berkerja di luar Malaysia. Bulan pertama di Zhengzhou terkena demam panas, luar biasa panasnya tak seperti kebiasaannya jika demam di Malaysia. Satu masalah ialah macamana dan dimana nak jumpa doktor. Terpaksa minta tolong kawan sekerja untuk bawakan ke hospital. Dibawanya ke satu hospital untuk orang awam, conditon hospital ini agak lama dan uzur. Masuk kedalam hospital peralatannya mostly usang dan kusam. Baunya usah cerita lah, bau orang tak mandi, bau ubat, bau payau serba ada. Selepas register, dibagi bilik doktor untuk dituju. Masuk kebilik doktor, ada dalam 10 orang dok kerumum meja doktor. Rupanya orang ramai tu semua pesakit yang menunggu diperiksa oleh doktor. Yang buat harunya lagi, selepas doktor periksa sorang pesakit, yang menunggu ni berebut-rebut hulurkan surat yang diberi semasa registration tadi kepada doktor untuk diperiksa. Takda sistem nombor atau beratur untuk mendapatkan giliran. Memang kelam-kabut sungguh! Nasib baik demam biasa but ubatnya ialah selain some ubat cecair dan pil yang "made in China", terpaksa masukkan air selama 3 botol untuk 3 hari berturut-turut!! Menurut kawan sekerja tadi, memang normal di China, jika demam, akan terpaksa masukkan air jika ke hospital. Makanya terpaksalah berulang-alik selama 3 hari berturut-turut untuk masukkan air dari bahagian belakang tapak tangan.


Itu pengalaman pahit pertama, pengalaman kedua lebih perit! Kalau tak silap dalam bulan kedua atau ketiga semasa di Zhengzhou. Satu hari terasa badan lemah dan tanda-tanda nak demam dengan panas dan lenguh-lenguh tulang. Ingatkan demam biasa, so makan panadol dari Malaysia. After few days, still not ok dan satu hari semasa ditempat kerja, kawan sekerja notice 2-3 gelembong air dileher. Makanya kawan-kawan semua mula suspect ini bukan demam biasa but chicken-pox! Dan-dan tu jugak terus balik rumah untuk elakkan berjangkit. Keesokannya..... "chicken-pox" mula menunjukkan "belangnya"! Berbintik-bintik sana sini seluruh badan! Demam pun makin kuat. Nak makan pun tak larat apatah lagi nak masak. Tambah lagi tinggal sorang-sorang di apartment. Memang itulah saat paling sengsara sepanjang bekerja diluar Malaysia. Demam panas, lenguh seluruh badan dan gatal-gatal akibat gelembung air tu memang menyiksakan. Serba-serbi tak kena, baring dikatil, dikerusi & lastly di lantai, tergolek sana-tergolek sini.

Disebakan dah tak larat sangat, terpaksa inform kawan sekerja lagi untuk bawa ke hospital. Kali ini awal-awal pesan untuk carik hospital lain yang baru sikit. Ingatkan takda, rupanya ada hospital baru yang khas untuk golongan yang mampu. Memang quite baru dan modern hospital tu, even doktornya boleh berbahasa Inggeris walaupun tak lancar. Nasib baik tak kena tinggal di ward but kali ni terpaksa masukkan air kat lengan selama seminggu berturut-turut!

Memang haru sungguh, dengan muka berbintat-bintat penuh chicken pox dan badan pun tak berapa sihat, terpaksa gagahkan juga untuk kehospital setiap pagi selama seminggu. Nasib baik nurse di hospital manis-manis, bersemangatlah sikit... ;-)

Selepas baik dari chicken pox, terfikir juga dari mana dapat virus ni. Fikir punya fikir barulah teringat kat salah sorang jaga apartment ni yang satu hari tu muka nya banyak parut bintat-bintat. Memang sah dari dialah terjangkit chicken pox ni kat aku!! Haru sungguh!! But itulah pengalaman paling sengsara, sorang-sorang menanggung sakit chicken pox! Siapa yang pernah kena chicken pox taulah camana sakitnya seluruh badan.


Sepanjang berkerja di Zhengzhou juga, few trips sempat dibuat bersama-sama dengan kawan sekerja. Antaranya ke Yellow River, Lou Yang dan yang paling menarik trip ke Xi'an dan mendaki gunung Hua atau Hua Shan di wilayah Shaanxi. Nanti sambung pengalaman semasa those trips in next post. Tungguu...

2 comments:

Anonymous said...

huhh...menarik sungguh...
buleh buat buku nie abg joe..

abu harith
durham

joe said...

haha.. buku cerita ceritut.