Nuffnang

Saturday, October 3, 2009

Once Upon A Time in... Gunung Kinabalu.

Terjumpa sekeping gambar lama semasa mengemas laci almari. Gambar bersama kawan-kawan semasa mendaki gunung Kinabalu lebih kurang 10 tahun yang lepas. Thinking yang experience mendaki Gunung Kinabalu ni quite interesting dan tak ramai yang pernah mencuba, jadi bolehlah share experience itu disini.

"Ekspedisi" mendaki gunung Kinabalu ni sememangnya tidak dirancang. Kebetulan semasa itu bekerja/out-station di Sabah untuk beberapa bulan dengan few other friends. End 90's selalu ulang-alik ke Sabah, bekerja di pelbagai bandar di Sabah dari bandar besar macam KK, Labuan, Beaufort, Tawau & Lahad Datu hinggalah ke pekan kecik seperti Kuala Penyu, Ranau, Kota Belud, Kunak & Sipitang berhampiran sempadan Sarawak. So satu hari, kalau tak silap a week before cuti Hari Buruh, 1st Mei 1998, dengan tiba-tiba datang idea merapu among us berlima untuk spend 3 hari cuti sempena Hari Buruh dengan mendaki gunung Kinabalu. Dan yang heranya semuanya bersetuju dan excited untuk pakat meredah gunung Kinabalu walaupun masing-masing bukannya dalam keadaan fizikal yang tip-top. Exercise pun jauh sekali.

Untuk mendaki gunung Kinabalu ada few rules yang perlu dipatuhi. Pertamanya perlu mendaftar di pejabat Taman Kinabalu di KK. Kalau tak silap pejabat ni terletak berhadapan pasar besar KK. Then untuk mendaki mesti hire seorang "guide" orang tempatan. Setiap orang perlu membawa jaket/sweater, gloves, lampu suluh (better jika yang boleh dipasang di kepala mcm lampu suluh orang pi menoreh getah tu), snacks & air. Untuk dapatkan jaket tebal yang murah di KK, satu malam kami pi merayau di pasar malam di KK, beli jaket terpakai yang murah-murah, tebal, boleh pakai dan boleh buang je lepas mendaki.

Tiba harinya, awal pagi sesudah subuh drive dari hotel di KK ke kaki gunung Kinabalu. Kalau tak silap perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 min. Pemandangan sepanjang perjalanan terutamanya selepas Tamparuli memang cantik dengan bukit-bukau hutan rimba menghijau dan pemandangan gunung Kinabalu dari jauh yang tersergam besar, memang memukau mata.

Check-in di pejabat Taman Kinabalu dan disitu seorang "guide" akan diberi untuk mengikuti grup sepanjang mendaki. Pendakian bermula dari Pondok Timpohon, dan kalau tak silap, jarak hingga ke puncak lebih kurang dalam 10km. As recommended dari pegawai Taman Kinabalu, para pendaki digalakkan mula mendaki awal pagi dan dijangka sampai di tempat rehat Laban Rata dalam tengahari untuk berehat, makan & tidur sebelum meneruskan pendakian ke puncak bermula pada tengah malam dari 12am!

Mula-mula mendaki masing-masing semuanya seronok dan excited. Bergambar sana-sini pantang nampak benda yang menarik. Selepas 1-2 jam, masing-masing dah mula senyap melayan perasaan & kekadang merungut lenguh betis mendaki. Mendaki gunung Kinabalu memang tak susah di permulaan kerana ada disediakan trek dan tangga. Cuma perlu ikut trek dan panjat tangga je lah, itu yang seksa tuh! Satu kejadian yang tak boleh dilupakan apa bila salah seorang kawan mula mengeluh dan mintak berhenti rehat. Muka dah mula pucat dan berpeluh! Memang saspeng! Nampak macam tanda-tanda letih nak pitam dah. Kasi rehat panjangkan kaki, longgarkan pakaian semua baru lah nampak lega dan after few minutes muka pun dah hilang pucat. Tiba-tiba kawan tu mengeluh, sakit perut nak terberak!! Adoii... tengah-tengah hutan mana nak cekau tandas! Nasib baik masing-masing ada bawak 2 botol besar air mineral. Nak tanak celah-celah pokok la jawapanya dan 2 botol air mineral jadik mangsa. Lepas buang air besar terus ceria je mukanya, rupanya nak pitam sebab tahan nak terberak!!! ;-)

Pendakian diteruskan, dan disepanjang trek memang terdapat tempat rehat atau pondok rehat dengan nama khas. Dan pantang jumpa pondok rehat, 5-10 minit stop hilangkan letih dan lenguh. Sepanjang mendaki ada yang buat joke untuk ceriakan keadaan dan naikkan semangat dan ada yang kadang-kadang mengeluh lepaskan geram menyesal ikut trip mendaki. Mana taknya, takda preparation langsung untuk fizikal. Letih setengah mati rasanya semasa mendaki untuk sampai ke Laban Rata. Orang lain nak mendaki gunung, prepare fizikal & berlatih berbulan-bulan.

Sepanjang pendakian juga boleh dilihat perubahan jenis pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan apabila ketinggian semakin meningkat. Semakin tinggi aras pendakian, semakin rendah dan pelik pokok-pokoknya. Pelbagai jenis pokok "Periuk Kera", antara yang paling banyak kelihatan sepanjang mendaki. Jika bernasib baik boleh terjumpa dengan pokok Rafflesia.

Selepas entah berapa puluh kali berhenti rehat di setiap tempat dan bukan tempat rehat, akhirnya lebih kurang pukul 3 petang barulah sampai Laban Rata. Grup-grup lain yang sesama mendaki dah lama sampai di Laban Rata. Laban Rata ni terletak lebih kurang 2/3 dari puncak. Disini terdapat 2 bangunan bilik penginapan dan restoran untuk pendaki berehat. Bayaran yang dibayar sebelum mendaki juga termasuk sewa katil/bilik di Laban Rata ini juga.

Petang dan awal malam digunakan sepenuhnya untuk berehat, hilangkan lenguh dan penat, makan malam. Bilik yang sediakan memang kecik "giler". Tapi ada lah katil dan bolehlah baring dan tidor. But disini tiada water heater jadinya air paip sejuknya macam air batu! Nak ambil air sembahyang terasa beku muka & tangan. Bayangkan kalau basuh selepas buang air!! Adoii!!

Sempat tidur sebentar petangnya dan makan malam nasi goreng yang mahal dan air kopi untuk hilangkan sejuk. Tetapi kopi susu panas cuma bertahan less than a minute terus sejuk! Dan kopi susu ini jugalah yang akan membawa "bencana" semasa pendakian disambung nanti! Bencana apa? Tunggu! Bila malam suhu di sini mula sejuk umpama suhu musim winter. Sebab itulah jaket diperlukan dalam trip mendaki ni.

Mula dari pukul 11pm, dah mula riuh rendah suasana di Laban Rata. Para pendaki mula bersiap-sedia untuk meneruskan pendakian hingga ke puncak Kinabalu atau Low's Peak! By pukul 12am satu-persatu grup berlepas meneruskan pendakian. Kenapa mula mendaki tengah-tengah malam buta!! Giler ke hapa??

Sebabnya untuk sampai ke puncak dan melihat pemandangan matahari terbit yang memukau dari puncak Kinabalu! Dan perlu turun dari puncak sebelum tengahari untuk elakkan awan menutup jalan turun. Satu hal pulak kalau terperangkap atas puncak sana tuh!

Mendaki di tengah-tengah malam yang gelap-gulita sememangnya mencabar fizikal & minda!! Cuma berbekalkan lampu suluh sebiji sorang dan "guide" dihadapan sekali. Tambah malang pula lampu suluh yang dibeli di pasar malam dengan harga murah, satu persatu padam dah tak menyala lagi. Semua nak yang murah itulah bahananya. Kali ini pendakian banyak diatas permukaan batu, curam dan sekali-sekali terpaksa menggunakan tali. Tiada lagi pokok-pokok kecuali yang renek-renek umpama bonsai.

Tiba-tiba... "bencana" yang tak disangka-sangka terjadi!! Kepala terasa hanyut semacam, perut berpusing-pusing, peluh sejuk mula keluar! Mula dah lembik seluruh badan! Haru betui!! Semua stop berehat ditengah-tengah malam, dan tiba-tiba...................................uwek!!!!!!!!!!!!!!!! Muntah hijau gara-gara minum kopi susu semasa dinner, few hours sebelum mendaki!

Lepas kosong isi perut, dan sapu minyak cap kapak (satu-satunya first aid yang dibawa ;-)), barulah lega dan boleh teruskan pendakian. Kali ni untuk sampai ke puncak terasa nak merangkak je, letih yang tak dapat dibayangkan! Tetapi semasa hampir sampai ke puncak, pemandangan diatas sana tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata!! Cantik!! Kalau letak Siti Nurhaliza di sebelah pun cantik lagi pemandangan disekitar puncak gunung lagi!

Hasil usaha tak mengenal putus asa dan malu nengok orang Jepun tua pun dah sampai ke puncak dan dan mula turun, grup kami akhirnya sampai ke puncak juga!! Yeahaa!!! Tapi pada pukul 8 am dah!! Matahari terbit kemana dan entah bila pun tak perasan. ;-)

Bila dipuncak perasaan gumbira memang tidak dapat digambarkan. Terasa bangga, kagum, gembira, sedih macam-macam ada. Kalaulah kami ni rakyat Malaysia yang pertama sampai ke puncak, kan best! Amazingly, dari atas puncak sana adanya signal untuk handphone, masa tu pakai 018-Mobikom. Sempat buat call dari atas puncak Kinabalu, secara langsung ke kampung umpama pendaki gunung Everest yang menelefon rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM. Hahaha!

Selepas puas bergambar di puncak Kinabalu dengan gumbiranya dan tanpa gangguan sebab grup kami yang terakhir sampai, turun semula ke Laban Rata. Bila mendaki turun ni lah baru realized yang semasa mendaki naik malam tadi di lereng-lereng gunung rupanya dengan gaung dalam disebelah. Sampai di Laban Rata semula, hilangkan penat, breakfast dan kumpul tenaga untuk mendaki turun hingga ke Pondok Timpohon semula.

Mendaki turun sememangnya "sonang baitu"! Boleh berlari-lari lagi menuruni trek dan tangga dan sekali-sekala sahaja berhenti rehat sambil tunggu kekawan. Akhirnya sampai ke tempat bermula selepas tengahari, lupa dah exact timenya. Ambil kereta terus drive balik semula ke KK.

Apa hasilnya dengan trip mendaki ni? Kepuasan, kebanggaan & keletihan kerana berjaya "menakluk" puncak tertinggi di Asia Tenggara, Low's Peak setinggi 4095m dan semuanya sakit kaki terpaksa jalan mengeras dan perlahan selama seminggu!!

Nak mendaki lagi? Terima kasih sahaja lah... you go first lah! ;-))



3 comments:

Sizuka said...

waaaa.. caya la joe. berapa kg turun lepas turun dari mt kinabalu tu? i'm thinking of a trip to sabah soon, maybe boleh try panjat mt kinabalu jugak. but takut tak sampai 1/4 jalan, dah pengsan :D

joe said...

Jika ke Sabah, recommended to visit & overnite di Kundasang. Pi juga Poring, on the way ada gerai jual batu-batu gunung cantik2. Cuba elakkan drive dari KK ke Kundasang waktu malam. Pekena sayap ayam bakar di pantai Tg Aru. Makan lunch or dinner di Restoran Seri Keningau di KK. Enjoy Sabah!!

sanad said...

tengok gambo tu, teringat aku kat zainuri.. *sobs*