Nuffnang

Monday, October 26, 2009

Once Upon A Time in... Zhengzhou, China

Sekali lagi terpaksa korek cerita lama kerana takda idea atau bahan menarik dua-tiga minggu ni di Vienna. Kali ni berkongsi pengalaman semasa tinggal selama 6 bulan di Zhengzhou, China. Pengalaman yang amat berharga selama tinggal di Zhengzhou dengan pelbagai pengalaman manis, pahit, payau dan kelat pun ada.

Zhengzhou ialah ibunegara wilayah Henan di central China. Tiada direct flight dari Kuala Lumpur, terpaksa transit di Guangzhou sebelum meneruskan perjalanan ke Zhengzhou. Mula-mula sampai di Zhengzhou akhir bulan Febuari 2004, dengan cuaca masih lagi sejuk penghujung winter. Kali pertama menjejak kaki di bumi China dan pada masa itu had no idea at all samada ada or tidak Malaysian di Zhengzhou ni. Minggu pertama di Zhengzhou terpaksa menginap di hotel sebelum mencari apartment biasa untuk disewa. Bukannya satu perkara mudah untuk menyewa apartment di Zhengzhou ni, tak ramai penduduknya yang boleh berbahasa Inggeris. Bernasib baik kerana ada kawan sekerja yang baik hati menolong menjadi jurubahasa dalam urusan dapatkan apartment sewa.


After a week di Zhengzhou baru dapat tau yang mana ada 2 orang Malaysian keturunan cina yang juga berkerja satu office di Zhengzhou. Susah nak bezakan antara Cina Malaysia atau local Chinese bila di Zhengzhou ni. Rupa memang dah rupa cina la kan.. cuma satu perbezaan ketara, local Chinese disini memang liat ya amat untuk mandi pagi samada musim sejuk ka, spring ka, summer ka. Entah apa yang takut sangat dengan air pun ntahlah. Kalau orang putih depa pun liat juga mandi pagi but appearance still dijaga, dengan rambut disisir rapi, basuh muka etc. Tetapi orang China disini, pergi ke ofis dengan muka umpama tak berbasuh dan rambut yang langsung tak disikat dengan bekas bantal di rambut belakang kepala pun memang ketara. Baunya usah diceritalah apabila pagi-pagi bersesak dalam elevator ke ofis. Tahan nafass aje lah!

Bandar Zhengzhou boleh dikatakan agak besar juga, maybe lebih kurang bandar Johor Baharu tetapi dengan penduduk yang lebih padat. Pemandangan unik jika di China ialah pengguna basikal ada dimana-mana. Jika parking di sesetengah hadapan bangunan atau kedai-kedai, berderet puluhan basikal tersusun parking. Ada yang buruk dan ada yang moden sikit iaitu basikal bermotor.


Minggu kedua, dengan berbekalkan alamat yang diperolehi dari internet, pergi mencari masjid yang terdapat di pusat bandar Zhenzhou. Cara yang paling mudah untuk kemana-mana disini ialah dengan menaiki teksi. Cuma perlu tulis alamat diatas kertas dan tunjukkkan kepada pemandu teksi. Masjid utama Zhengzhou terletak lebih kurang di pusat bandar, but bukannya macam masjid di Malaysia lah. Condition masjid ini pun agak sederhana dan masjid ini terletak dalam bangunan blok kedai 4 tingkat, dan surprisingly ialah ianya termasuk madrasah dan sekolah pondok. Ada asrama pelajar-pelajar bersebelahan bilik sembahyang, yang tinggal dan belajar agama di sini. Tak sangka di Zhengzhou pun ada sekolah pondok untuk remaja-remaja Islam diChina. Sempat bersembang dengan salah sorang remaja disitu semasa minta tolong tunjukkan kedai halal, diberitahu yang dia datang dari satu wilayah lain dan datang ke Zhengzhou semata-mata untuk belajar agama. Kagum dengan semangat remaja islam China di sini. Di kedai masjid ni juga ternampak vcd Raihan dijual.

Pernah satu kali semasa menaiki teksi, bila driver tahu yang aku not local people dan dari Malaysia mula berbagai-bagai soalan ditanya. Conversation were mostly in Mandarin campur English. Bolehlah nak paham mandarin sikit-sikit. Kebetulan driver ni orang Islam rupanya. Satu soalan yang aku tak boleh lupa ialah bila ditanya, samada aku boleh berbahasa Arab. Driver ni boleh berbahasa Arab lancar dan bila dijawab yang aku tidak boleh berbahasa Arab, dia jadi heran. Macamana bila mengaji Quran dan bersembahyang jika tak paham Arab? Aduss... tak terjawab! Dia beritahu yang muslim di China mostly boleh berbahasa Arab. Bagi depa menjadi satu kewajipan untuk berlajar bahasa Arab.

Di tingkat bawah masjid ini juga terdapat satu restoran kepunyaan muslim Xinjiang. Almost every Friday jika datang sembahyang Jumaat, mesti pekena lunch disini iaitu satey kambing dan mee berkuah tomato, exact name untuk makanan tu tak tau la pulak. But memang menjilat jari dah tu.

Ada satu pengalaman menarik semasa disini ialah pada satu hari selepas sembahyang Jumaat, semasa menunggu restoran dibuka, sempatlah hisap sebatang rokok di hadapan kedai. Tiba-tiba datang sorang mamat Xinjiang ni yang baru keluar dari masjid juga datang menegur. Pok pek pok pek dalam bahasa cina, satu patah haram tak paham. Aku guess dia nak mintak rokok sebatang makanya dengan selamba dan bermurah hati lah menghulur kotak rokok. Tiba-tiba mamat tu menolak pelawaan rokok tadi, dan terkeluarlah perkataan "haram" dari mulutnya. Ooooo barulah diketahui, umat Islam disini tak hisap rokok rupanya sebab depa kategorikan rokok as haram. Tang tu jugak terus matikan rokok ditangan. Nasib baik mamat tu tahu aku tak reti berbahasa mandarin, kalau tidak mau di syarahnya kat situ jugak. Hehe..

Satu lagi pengalaman kelakar ialah pada satu hari semasa hendak makan di restoran Xinjiang ini juga. Kebetulan pada hari tu, tokey kedai tu tak bagi garfu untuk makan mee tomato yang dihidangkan. Then ternampak chopstik buluh diatas meja but chopstick ni melekat dipangkalnya. Semasa di Malaysia yang jarang-jarang sekali jumpa chopstick, belum pernah lagi terguna chopstick yang melekat macam ni. So mula-lah terkial-kial beberapa minit nak menggunakan chopstick yang melekat tu untuk makan mee. Jenuh jari ni nak memulas chopstick untuk mengepit mee, tetiba ternampak satu customer di meja lain yang dengan selamba badaknya memulas chopstik tu hingga pecah terbahagi dua. Oooo... baru kutahu macam tu rupanya cara guna chopstick buluh ni. Kena pecah dua dulu!!! Haruu betuii!


Untuk mendapatkan makanan mentah halal di Zhengzhou agak senang juga. Even di supermarket besar pun di bahagian deretan daging mentah, pada hujung sekali dikhaskan untuk daging dan ayam halal sahaja, yang diuruskan oleh jurujual muslim. Senang untuk camkan section ni dengan tulisan Arab ayat-ayat Al-Quran dan signboard warna hijau. Satu trademark untuk restoran dan gerai-gerai kepunyaan muslim di Zhengzhou juga ialah signboard kedai menggunakan warna hijau sebagai background colour. Dan sign "halal" tertulis dipenjuru signboard. Kesimpulannya, makanan halal tidak menjadi satu masalah jika tinggal di Zhengzhou.

Disamping pengalaman kelakar dan menarik semasa di Zhengzhou, ada juga pengalaman pahit atau yang paling pahit dan perit sepanjang berkerja di luar Malaysia. Bulan pertama di Zhengzhou terkena demam panas, luar biasa panasnya tak seperti kebiasaannya jika demam di Malaysia. Satu masalah ialah macamana dan dimana nak jumpa doktor. Terpaksa minta tolong kawan sekerja untuk bawakan ke hospital. Dibawanya ke satu hospital untuk orang awam, conditon hospital ini agak lama dan uzur. Masuk kedalam hospital peralatannya mostly usang dan kusam. Baunya usah cerita lah, bau orang tak mandi, bau ubat, bau payau serba ada. Selepas register, dibagi bilik doktor untuk dituju. Masuk kebilik doktor, ada dalam 10 orang dok kerumum meja doktor. Rupanya orang ramai tu semua pesakit yang menunggu diperiksa oleh doktor. Yang buat harunya lagi, selepas doktor periksa sorang pesakit, yang menunggu ni berebut-rebut hulurkan surat yang diberi semasa registration tadi kepada doktor untuk diperiksa. Takda sistem nombor atau beratur untuk mendapatkan giliran. Memang kelam-kabut sungguh! Nasib baik demam biasa but ubatnya ialah selain some ubat cecair dan pil yang "made in China", terpaksa masukkan air selama 3 botol untuk 3 hari berturut-turut!! Menurut kawan sekerja tadi, memang normal di China, jika demam, akan terpaksa masukkan air jika ke hospital. Makanya terpaksalah berulang-alik selama 3 hari berturut-turut untuk masukkan air dari bahagian belakang tapak tangan.


Itu pengalaman pahit pertama, pengalaman kedua lebih perit! Kalau tak silap dalam bulan kedua atau ketiga semasa di Zhengzhou. Satu hari terasa badan lemah dan tanda-tanda nak demam dengan panas dan lenguh-lenguh tulang. Ingatkan demam biasa, so makan panadol dari Malaysia. After few days, still not ok dan satu hari semasa ditempat kerja, kawan sekerja notice 2-3 gelembong air dileher. Makanya kawan-kawan semua mula suspect ini bukan demam biasa but chicken-pox! Dan-dan tu jugak terus balik rumah untuk elakkan berjangkit. Keesokannya..... "chicken-pox" mula menunjukkan "belangnya"! Berbintik-bintik sana sini seluruh badan! Demam pun makin kuat. Nak makan pun tak larat apatah lagi nak masak. Tambah lagi tinggal sorang-sorang di apartment. Memang itulah saat paling sengsara sepanjang bekerja diluar Malaysia. Demam panas, lenguh seluruh badan dan gatal-gatal akibat gelembung air tu memang menyiksakan. Serba-serbi tak kena, baring dikatil, dikerusi & lastly di lantai, tergolek sana-tergolek sini.

Disebakan dah tak larat sangat, terpaksa inform kawan sekerja lagi untuk bawa ke hospital. Kali ini awal-awal pesan untuk carik hospital lain yang baru sikit. Ingatkan takda, rupanya ada hospital baru yang khas untuk golongan yang mampu. Memang quite baru dan modern hospital tu, even doktornya boleh berbahasa Inggeris walaupun tak lancar. Nasib baik tak kena tinggal di ward but kali ni terpaksa masukkan air kat lengan selama seminggu berturut-turut!

Memang haru sungguh, dengan muka berbintat-bintat penuh chicken pox dan badan pun tak berapa sihat, terpaksa gagahkan juga untuk kehospital setiap pagi selama seminggu. Nasib baik nurse di hospital manis-manis, bersemangatlah sikit... ;-)

Selepas baik dari chicken pox, terfikir juga dari mana dapat virus ni. Fikir punya fikir barulah teringat kat salah sorang jaga apartment ni yang satu hari tu muka nya banyak parut bintat-bintat. Memang sah dari dialah terjangkit chicken pox ni kat aku!! Haru sungguh!! But itulah pengalaman paling sengsara, sorang-sorang menanggung sakit chicken pox! Siapa yang pernah kena chicken pox taulah camana sakitnya seluruh badan.


Sepanjang berkerja di Zhengzhou juga, few trips sempat dibuat bersama-sama dengan kawan sekerja. Antaranya ke Yellow River, Lou Yang dan yang paling menarik trip ke Xi'an dan mendaki gunung Hua atau Hua Shan di wilayah Shaanxi. Nanti sambung pengalaman semasa those trips in next post. Tungguu...

Tuesday, October 20, 2009

Jom kuiz!!


Maaf, gambar atas tak berapa clear, tambah lagi written in German. Diringkaskan cerita, ianya ulasan mengenai satu rancangan kuiz di stesen radio di Somalia. Apa yang menarik minat bila membaca berita ni dalam newspaper semalam ialah hadiah yang ditawarkan untuk pemenang utama! Dari picture tu boleh guess kan apa hadiahnya?

Pemenang utama boleh dapat hadiah AK47 dan handgrenade (bom tangan kan?)!!! Giler ko hapo nih!! First time rasanya senjata api atau yang lebih hebat ialah bom tangan (!!!) tu yang jadi hadiah untuk public yang menang kuiz. Kalau senjata api pun dah jadi hadiah kuiz, takbley nak imagine macamana suasana di negara Somalia ni. Adakah orang ramai boleh memiliki senjata api dengan bebas macam tu? Patutlah Somalia ni terkenal dengan piratenya dan sentiasa politically not stable. Mintak jauhlah suasana macam ni dari Malaysia. Hisshh!

Monday, October 12, 2009

Travel+Kereta=??

Seminggu dua ni quite busy semula dengan travelling. Not for holiday tetapi kerja related travel. Sekali lagi terpaksa "round" five major cities around Austria which are Graz, Klagenfurt, Linz, Salzburg & Innsbruck. Ini kali ketiga terpaksa "melawat" those cities, and most likely more to comes in the future. Dah kuli, nak tak nak terpaksalah gagahkan jua travel ke those cities. Tetapi lawatan kali ni membosankan sedikit sebab terpaksa "melawat" those cities dengan customer which is T-Mobile Austria, untuk "site acceptance" setelah kerja-kerja yang sepatutnya selesai. Bab melayan kerenah customer ni yang boring sikit, to make sure they satisfied dengan kualiti site yang telah siap and get their signature! Kadang-kadang kenalah "goreng" sana sikit-sini sikit untuk satisfykan depa. Letih!!

Travelling to all those cities mainly by car or to be exact rental car. Prefer to use rental car since no need to worry about the maintenance or condition of the car. So disinilah part yang interesting bila travel. Kereta-kereta yang available at rental company mostly in almost new condition. Mostly less than 20k in mileage. So bolehlah "belasah" merasa berbagai jenis kereta yang selama ni dok pandang dari luar atau hanya berpeluang dok imagine how the driving would feels like. Setakat ni sudah berpeluang "menghenjut" Peugeot 308, BMW 318, Opel Corsa, Ford Focus dan minggu ni berjaya "melaram tak hengat" dengan Mini Cooper hingga ke Innsbruck. Bila lagi nak bergaya dengan "kereta pinjam", dok gitu!!?? ;-)

Saturday, October 3, 2009

Once Upon A Time in... Gunung Kinabalu.

Terjumpa sekeping gambar lama semasa mengemas laci almari. Gambar bersama kawan-kawan semasa mendaki gunung Kinabalu lebih kurang 10 tahun yang lepas. Thinking yang experience mendaki Gunung Kinabalu ni quite interesting dan tak ramai yang pernah mencuba, jadi bolehlah share experience itu disini.

"Ekspedisi" mendaki gunung Kinabalu ni sememangnya tidak dirancang. Kebetulan semasa itu bekerja/out-station di Sabah untuk beberapa bulan dengan few other friends. End 90's selalu ulang-alik ke Sabah, bekerja di pelbagai bandar di Sabah dari bandar besar macam KK, Labuan, Beaufort, Tawau & Lahad Datu hinggalah ke pekan kecik seperti Kuala Penyu, Ranau, Kota Belud, Kunak & Sipitang berhampiran sempadan Sarawak. So satu hari, kalau tak silap a week before cuti Hari Buruh, 1st Mei 1998, dengan tiba-tiba datang idea merapu among us berlima untuk spend 3 hari cuti sempena Hari Buruh dengan mendaki gunung Kinabalu. Dan yang heranya semuanya bersetuju dan excited untuk pakat meredah gunung Kinabalu walaupun masing-masing bukannya dalam keadaan fizikal yang tip-top. Exercise pun jauh sekali.

Untuk mendaki gunung Kinabalu ada few rules yang perlu dipatuhi. Pertamanya perlu mendaftar di pejabat Taman Kinabalu di KK. Kalau tak silap pejabat ni terletak berhadapan pasar besar KK. Then untuk mendaki mesti hire seorang "guide" orang tempatan. Setiap orang perlu membawa jaket/sweater, gloves, lampu suluh (better jika yang boleh dipasang di kepala mcm lampu suluh orang pi menoreh getah tu), snacks & air. Untuk dapatkan jaket tebal yang murah di KK, satu malam kami pi merayau di pasar malam di KK, beli jaket terpakai yang murah-murah, tebal, boleh pakai dan boleh buang je lepas mendaki.

Tiba harinya, awal pagi sesudah subuh drive dari hotel di KK ke kaki gunung Kinabalu. Kalau tak silap perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 min. Pemandangan sepanjang perjalanan terutamanya selepas Tamparuli memang cantik dengan bukit-bukau hutan rimba menghijau dan pemandangan gunung Kinabalu dari jauh yang tersergam besar, memang memukau mata.

Check-in di pejabat Taman Kinabalu dan disitu seorang "guide" akan diberi untuk mengikuti grup sepanjang mendaki. Pendakian bermula dari Pondok Timpohon, dan kalau tak silap, jarak hingga ke puncak lebih kurang dalam 10km. As recommended dari pegawai Taman Kinabalu, para pendaki digalakkan mula mendaki awal pagi dan dijangka sampai di tempat rehat Laban Rata dalam tengahari untuk berehat, makan & tidur sebelum meneruskan pendakian ke puncak bermula pada tengah malam dari 12am!

Mula-mula mendaki masing-masing semuanya seronok dan excited. Bergambar sana-sini pantang nampak benda yang menarik. Selepas 1-2 jam, masing-masing dah mula senyap melayan perasaan & kekadang merungut lenguh betis mendaki. Mendaki gunung Kinabalu memang tak susah di permulaan kerana ada disediakan trek dan tangga. Cuma perlu ikut trek dan panjat tangga je lah, itu yang seksa tuh! Satu kejadian yang tak boleh dilupakan apa bila salah seorang kawan mula mengeluh dan mintak berhenti rehat. Muka dah mula pucat dan berpeluh! Memang saspeng! Nampak macam tanda-tanda letih nak pitam dah. Kasi rehat panjangkan kaki, longgarkan pakaian semua baru lah nampak lega dan after few minutes muka pun dah hilang pucat. Tiba-tiba kawan tu mengeluh, sakit perut nak terberak!! Adoii... tengah-tengah hutan mana nak cekau tandas! Nasib baik masing-masing ada bawak 2 botol besar air mineral. Nak tanak celah-celah pokok la jawapanya dan 2 botol air mineral jadik mangsa. Lepas buang air besar terus ceria je mukanya, rupanya nak pitam sebab tahan nak terberak!!! ;-)

Pendakian diteruskan, dan disepanjang trek memang terdapat tempat rehat atau pondok rehat dengan nama khas. Dan pantang jumpa pondok rehat, 5-10 minit stop hilangkan letih dan lenguh. Sepanjang mendaki ada yang buat joke untuk ceriakan keadaan dan naikkan semangat dan ada yang kadang-kadang mengeluh lepaskan geram menyesal ikut trip mendaki. Mana taknya, takda preparation langsung untuk fizikal. Letih setengah mati rasanya semasa mendaki untuk sampai ke Laban Rata. Orang lain nak mendaki gunung, prepare fizikal & berlatih berbulan-bulan.

Sepanjang pendakian juga boleh dilihat perubahan jenis pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan apabila ketinggian semakin meningkat. Semakin tinggi aras pendakian, semakin rendah dan pelik pokok-pokoknya. Pelbagai jenis pokok "Periuk Kera", antara yang paling banyak kelihatan sepanjang mendaki. Jika bernasib baik boleh terjumpa dengan pokok Rafflesia.

Selepas entah berapa puluh kali berhenti rehat di setiap tempat dan bukan tempat rehat, akhirnya lebih kurang pukul 3 petang barulah sampai Laban Rata. Grup-grup lain yang sesama mendaki dah lama sampai di Laban Rata. Laban Rata ni terletak lebih kurang 2/3 dari puncak. Disini terdapat 2 bangunan bilik penginapan dan restoran untuk pendaki berehat. Bayaran yang dibayar sebelum mendaki juga termasuk sewa katil/bilik di Laban Rata ini juga.

Petang dan awal malam digunakan sepenuhnya untuk berehat, hilangkan lenguh dan penat, makan malam. Bilik yang sediakan memang kecik "giler". Tapi ada lah katil dan bolehlah baring dan tidor. But disini tiada water heater jadinya air paip sejuknya macam air batu! Nak ambil air sembahyang terasa beku muka & tangan. Bayangkan kalau basuh selepas buang air!! Adoii!!

Sempat tidur sebentar petangnya dan makan malam nasi goreng yang mahal dan air kopi untuk hilangkan sejuk. Tetapi kopi susu panas cuma bertahan less than a minute terus sejuk! Dan kopi susu ini jugalah yang akan membawa "bencana" semasa pendakian disambung nanti! Bencana apa? Tunggu! Bila malam suhu di sini mula sejuk umpama suhu musim winter. Sebab itulah jaket diperlukan dalam trip mendaki ni.

Mula dari pukul 11pm, dah mula riuh rendah suasana di Laban Rata. Para pendaki mula bersiap-sedia untuk meneruskan pendakian hingga ke puncak Kinabalu atau Low's Peak! By pukul 12am satu-persatu grup berlepas meneruskan pendakian. Kenapa mula mendaki tengah-tengah malam buta!! Giler ke hapa??

Sebabnya untuk sampai ke puncak dan melihat pemandangan matahari terbit yang memukau dari puncak Kinabalu! Dan perlu turun dari puncak sebelum tengahari untuk elakkan awan menutup jalan turun. Satu hal pulak kalau terperangkap atas puncak sana tuh!

Mendaki di tengah-tengah malam yang gelap-gulita sememangnya mencabar fizikal & minda!! Cuma berbekalkan lampu suluh sebiji sorang dan "guide" dihadapan sekali. Tambah malang pula lampu suluh yang dibeli di pasar malam dengan harga murah, satu persatu padam dah tak menyala lagi. Semua nak yang murah itulah bahananya. Kali ini pendakian banyak diatas permukaan batu, curam dan sekali-sekali terpaksa menggunakan tali. Tiada lagi pokok-pokok kecuali yang renek-renek umpama bonsai.

Tiba-tiba... "bencana" yang tak disangka-sangka terjadi!! Kepala terasa hanyut semacam, perut berpusing-pusing, peluh sejuk mula keluar! Mula dah lembik seluruh badan! Haru betui!! Semua stop berehat ditengah-tengah malam, dan tiba-tiba...................................uwek!!!!!!!!!!!!!!!! Muntah hijau gara-gara minum kopi susu semasa dinner, few hours sebelum mendaki!

Lepas kosong isi perut, dan sapu minyak cap kapak (satu-satunya first aid yang dibawa ;-)), barulah lega dan boleh teruskan pendakian. Kali ni untuk sampai ke puncak terasa nak merangkak je, letih yang tak dapat dibayangkan! Tetapi semasa hampir sampai ke puncak, pemandangan diatas sana tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata!! Cantik!! Kalau letak Siti Nurhaliza di sebelah pun cantik lagi pemandangan disekitar puncak gunung lagi!

Hasil usaha tak mengenal putus asa dan malu nengok orang Jepun tua pun dah sampai ke puncak dan dan mula turun, grup kami akhirnya sampai ke puncak juga!! Yeahaa!!! Tapi pada pukul 8 am dah!! Matahari terbit kemana dan entah bila pun tak perasan. ;-)

Bila dipuncak perasaan gumbira memang tidak dapat digambarkan. Terasa bangga, kagum, gembira, sedih macam-macam ada. Kalaulah kami ni rakyat Malaysia yang pertama sampai ke puncak, kan best! Amazingly, dari atas puncak sana adanya signal untuk handphone, masa tu pakai 018-Mobikom. Sempat buat call dari atas puncak Kinabalu, secara langsung ke kampung umpama pendaki gunung Everest yang menelefon rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM. Hahaha!

Selepas puas bergambar di puncak Kinabalu dengan gumbiranya dan tanpa gangguan sebab grup kami yang terakhir sampai, turun semula ke Laban Rata. Bila mendaki turun ni lah baru realized yang semasa mendaki naik malam tadi di lereng-lereng gunung rupanya dengan gaung dalam disebelah. Sampai di Laban Rata semula, hilangkan penat, breakfast dan kumpul tenaga untuk mendaki turun hingga ke Pondok Timpohon semula.

Mendaki turun sememangnya "sonang baitu"! Boleh berlari-lari lagi menuruni trek dan tangga dan sekali-sekala sahaja berhenti rehat sambil tunggu kekawan. Akhirnya sampai ke tempat bermula selepas tengahari, lupa dah exact timenya. Ambil kereta terus drive balik semula ke KK.

Apa hasilnya dengan trip mendaki ni? Kepuasan, kebanggaan & keletihan kerana berjaya "menakluk" puncak tertinggi di Asia Tenggara, Low's Peak setinggi 4095m dan semuanya sakit kaki terpaksa jalan mengeras dan perlahan selama seminggu!!

Nak mendaki lagi? Terima kasih sahaja lah... you go first lah! ;-))