Nuffnang

Sunday, September 27, 2009

"Openg" House

Bila tiba Aidilfitri, antara perkataan yang paling sering diucapkan selain "maaf zahir batin" ialah "open house". Sudah seperti menjadi satu kewajipan untuk mengadakan atau menunggu "open house" setiap kali tiba hari raya sebelum menjemput atau mengunjung rumah saudara mara dan kawan-kawan. Sebaiknya tidaklah perlu dijemput atau menunggu panggilan "open house" sebelum pergi melawat atau berkunjung ke rumah saudara mara & kawan-kawan. Aidil fitri ialah juga hari untuk kita kunjung-mengunjung dan mengeratkan silaturrahim. Berkunjung-mengunjunglah walaupun tanpa "open house" seperti mana amalan dikampung-kampung. Maybe suasana dan cara hidup dibandar men"tidaksesuai"kan tradisi menerjah/berkunjung ke rumah saudara/rakan tanpa jemputan open house.

Raya kali ini di Vienna, seperti tahun-tahun yang lepas beraya di perantauan, tetap.. "sederhana tetapi meriah". Meriah dengan adanya rakan-rakan Melayu/Malaysia yang tinggal di Vienna bersama-sama menyambut Aidilfitri. Pagi raya bersembahyang sunat Aidilfitri di Vienna Islamic Center (VIC). Kali ini rasanya lebih ramai umat Islam bersembahyang sunat Aidilitri berbanding tahun-tahun lepas. Mungkin juga disebabkan Aidilfitri jatuh pada hari Ahad. Seperti biasa juga di VIC sembahyang diadakan tiga sesi (7:30am, 8:30am & 9:30am) untuk menampung jumlah umat Islam yang ramai datang untuk menunaikan sembahyang sunat dan memeriahkan suasana Aidilfitri di VIC.


Tidak ketinggalan juga jemputan open house Aidilfitri di Vienna ini. Jemputan pertama selepas sembahyang raya datangnya dari keluarga abg Shimi & kak Imah. Hidangan nasi himpit, rendang & lontong (yang semestinya sedap) menambahkan lagi suasana Aidilfitri.

Disebelah petang raya, tibalah giliran rumah kami menerima tetamu dari kalangan rakan-rakan Malaysia disini datang berkunjung menikmati sedikit juadah hari raya. Menu tetap di setiap hari raya iaitu nasi minyak ganu menjadi hidangan untuk tetamu disamping nasi himpit & ketupat (segera maa!). Kesempatan berkumpul, bersembang & bergelak ketawa memeriahkan suasana petang Aidilfitri.


Pada hari raya kedua, rezeki "open house" bersama-sama rakyat Malaysia pelbagai kaum pula di kediaman duta Malaysia atau nama rasminya Malaysian Residence. Diadakan disebelah malam, kemeriahan Aidilfitri disambung lagi dengan hidangan special nasi briani yang menjilat jari. Sedap sunggoh! . Semua tetamu segak & cantik dengan pakaian kebangsaan yang boleh dikira, hanya beberapa kali sahaja dipakai dalam setahun (applied utk lelaki shj). Takpa, janji semua sempat melaram dengan baju baru atau kasut baru atau songkok baru atau at least pakaian dalam baru. ;-)

Dan semalam rezeki "open house" masih ada dengan jemputan dari keluarga abg Syed & kak Sharifah. Menjamu selera dengan hidangan istimewa masakan lauk pauk melayu dan kueh mueh. Istimewanya setiap open house yang dihadiri disamping menikmati hidangan yang sedap & lazat, dapat juga mengeratkan silaturrahim antara rakan-rakan Malaysia di Vienna ini.

Weekend depan pun ada lagi jemputan untuk "beramas" mesra di open house. Alhamdulillah murah rejeki di bulan Syawal ini.

Terima kasih daun keladi kepada semua yang menjemput kami ke "open house", tahun depan jemput lagi. ;-) Selamat berkunjung-mengunjung.

3 comments:

Anonymous said...

Memang bestlah beraya di luar negara. Hari pertama, kedua dan ketiga dah ramai buat open house. Saya tengok kawan-kawan Canada, Wales, Switzerland, dan Austria dah beraya sakan. Di sini (Bangi) belum ada lagi kemungkinan orang baru balik drpd kampung dan sibuk start kerja semula. Juga orang telah mula mengerjakan puasa enam.
Anyway SHRAF MZB untuk kamu sekeluarga. Wassalaam. Raihan (Lagu raya kamu belum sempat saya dengar, dah kamu tukar lagu rock semula)

joe said...

best pada 2-3 hari pertama je. in fact raya kedua budak2 dah pi sekolah pun. ;-)

pening nak meng"decode" SHRAF MZB tu.. lama pikir baru dpt. SHRAF MZB kembali.

Lagu raya, feelingnya cuma pada hari ke-10 terakhir puasa je. Lepas raya "hantu" lagu raya pun dah hilang.. :-)

Jarr said...

nasi minyok ganu,terbaik.mok mabe wak nasi dagang raya pertama,pah mokcik mari antor nasi minyok sepiyuk wak makang2..satey dan kuoh kacang...seminggu aku raya ganu..harap2 tahun depang buleh jupe mu joe di ganu...nok gi Vienna maklum sajalah dekak sangak..agagagagagaggaa...