Nuffnang

Friday, September 11, 2009

Keramika@Znojmo

Salah satu lagi tarikan jika pergi ke bandar Znojmo ialah terdapatnya sebuah kedai yang menjual barangan atau pinggan mangkuk ceramic, high quality handmade dari Poland. Kedai ini terletak didalam kawasan Old town Znojmo, susah nak explain exact location but if has a GPS, senang saja masukkan address then sampai la ke tempatnya. Berdekatan kedai ini juga terdapat satu tempat parking luas, tapi perlu bayar at a machine then pamirkan resit parking diatas dashboard.

Entah kali ke berapa kami ke sini, each time pergi kalau ada yang berkenan dihati dan kalau stok tidak mencukupi, boleh order dan datang lagi next time bila barang yang diorder dah sampai ke kedai. Tuan punya kedainya yang lelaki boleh berbahasa Inggeris dengan baik jadi takda problem untuk berurusan atau mintak diskaun. Regular customer, siap boleh dapat 10% diskaun lagi.

www.elimashop.cz


Corak-corak bunga di pinggan mangkuknya yang unik dan kualitinya yang membuatkan barangan ceramic ni terkenal di kalangan kaum-kaum ibu yang suka bebenor meng"koleksi" pinggan mangkuk. Harganya pun quite reasonable jugaklah jika diambil kira keunikan dan quality produknya. Tak sure la pulak samada produk ni boleh didapati di Malaysia or tidak but jika ada, for sure harganya mesti melampau-lampau mahalnya seperti barangan kristal Bohemia jugak.

Jika berkesempatan dan teringin datang menjengah ke kedai ni, addressnya di bawah. Kalau nak diskaun 10%, sebut nama aku dan hembus ke muka tokey kedai tu... untung-untung mujarabb! ;-)

Velká Michalská street 22 (nearby banking-house "Komerční banka")
669 02 Znojmo
Czech republic



No comments: