Nuffnang

Friday, September 18, 2009

Eid Mubarak 1430H/2009


Kepada semua, selamat menyambut kedatangan Aidil Fitri. Maaf zahir & batin jika ada salah dan silap. Aidil Fitri kali ini ialah yang keempat kami sekeluarga sambut di tanah asing. Bila lah agaknya kami akan berpeluang menyambut Aidil Fitri bersama kaum keluarga di Malaysia semula. InsyaAllah jika panjang umur dan ada rezeki dapatlah beraya di Malaysia di tahun-tahun mendatang (berapa tahunn lagi tu... wallahualam ;-))

Selamat menjamu selera dengan juadah-juadah yang semestinya menarik dan pelbagai di pagi raya. Masak apa ya di pagi raya nanti? Kalau di Terengganu, dapatla merasa nasi dagang, nasi minyak, tapai pulut atau ketupat palas di pagi raya. Kalau di Melaka pula dapatla merasa lontong. Kat sini terpaksa la buat sendiri... dan feveret di rumah ni ialah nasi himpit kuah kacang.

Kueh raya?? Nasib baik sempat buat 2 jenis kueh raya. Boleh la buat penyeri & penyengih di atas meja nanti. Janji ada kueh raya udah le.

Hopefully Aidil Fitri kali ni jatuh pada hari Ahad, so senang sikit nak pi masjid untuk solat sunat Aidil Fitri, tak perlu nak berebut dengan trafik orang yang nak pergi kerja. Teringat masa first time beraya disini, 2 bulan selepas pindah ke sini dan masih belum ada kereta lagi masa tu, terpaksalah naik train dengan pakaian raya bersesak-sesak dengan orang nak pergi kerja.. hehe haruu betoii.

Isnin petang next week akan beraya pula di Embassy Malaysia bersama-sama warga Malaysia yang tinggal di Austria & Slovakia. Dapatlah merasa suasana "open house" hari raya, lepas tu back to normal life again. Pergi kerja & pergi sekolah semula. Takda sapa lagi ke nak buat open house dan jemput kami ni??... ;-))

Eid Mubarak untuk semua.. selamat bergumbira dan maaf zahir & batin

4 comments:

ummi n hubby said...

Selamat Hari Raye kepada Abg Joe n Kak Ulin Sekeluarga.. Maaf Zahir n Batin.. InsyaAllah, Kami akan ke Vieana, tp bkn hari raye.. Jemputla datang ke Durham, uk untuk open house na pada 22 hb.. datang, jangan xdatang..

ummi n hubby said...

Tapai pulut ade di open house na.. maila..

Mat Amin said...

Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat moderator Laman Orang Kuala Balai sekeluarga dan kepada pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin di atas segala keterlanjuran.

Semoga semuanya diberkati Allah Taala.

Yang Ikhlas
Mat Amin
KINI DAN SILAM http://matamin02.blogspot.com

joe said...

buleh mitok resepi wat tapai ni.. nok wat etek lah.

@MatAmin, selamat hari raya juga. Enjoy baca Kini & Silam, very good & berguna, catatan sejarah dari sudut berbeza dari apa yang disogokkan selamat ini oleh pihak pemerintah.