Nuffnang

Sunday, September 27, 2009

"Openg" House

Bila tiba Aidilfitri, antara perkataan yang paling sering diucapkan selain "maaf zahir batin" ialah "open house". Sudah seperti menjadi satu kewajipan untuk mengadakan atau menunggu "open house" setiap kali tiba hari raya sebelum menjemput atau mengunjung rumah saudara mara dan kawan-kawan. Sebaiknya tidaklah perlu dijemput atau menunggu panggilan "open house" sebelum pergi melawat atau berkunjung ke rumah saudara mara & kawan-kawan. Aidil fitri ialah juga hari untuk kita kunjung-mengunjung dan mengeratkan silaturrahim. Berkunjung-mengunjunglah walaupun tanpa "open house" seperti mana amalan dikampung-kampung. Maybe suasana dan cara hidup dibandar men"tidaksesuai"kan tradisi menerjah/berkunjung ke rumah saudara/rakan tanpa jemputan open house.

Raya kali ini di Vienna, seperti tahun-tahun yang lepas beraya di perantauan, tetap.. "sederhana tetapi meriah". Meriah dengan adanya rakan-rakan Melayu/Malaysia yang tinggal di Vienna bersama-sama menyambut Aidilfitri. Pagi raya bersembahyang sunat Aidilfitri di Vienna Islamic Center (VIC). Kali ini rasanya lebih ramai umat Islam bersembahyang sunat Aidilitri berbanding tahun-tahun lepas. Mungkin juga disebabkan Aidilfitri jatuh pada hari Ahad. Seperti biasa juga di VIC sembahyang diadakan tiga sesi (7:30am, 8:30am & 9:30am) untuk menampung jumlah umat Islam yang ramai datang untuk menunaikan sembahyang sunat dan memeriahkan suasana Aidilfitri di VIC.


Tidak ketinggalan juga jemputan open house Aidilfitri di Vienna ini. Jemputan pertama selepas sembahyang raya datangnya dari keluarga abg Shimi & kak Imah. Hidangan nasi himpit, rendang & lontong (yang semestinya sedap) menambahkan lagi suasana Aidilfitri.

Disebelah petang raya, tibalah giliran rumah kami menerima tetamu dari kalangan rakan-rakan Malaysia disini datang berkunjung menikmati sedikit juadah hari raya. Menu tetap di setiap hari raya iaitu nasi minyak ganu menjadi hidangan untuk tetamu disamping nasi himpit & ketupat (segera maa!). Kesempatan berkumpul, bersembang & bergelak ketawa memeriahkan suasana petang Aidilfitri.


Pada hari raya kedua, rezeki "open house" bersama-sama rakyat Malaysia pelbagai kaum pula di kediaman duta Malaysia atau nama rasminya Malaysian Residence. Diadakan disebelah malam, kemeriahan Aidilfitri disambung lagi dengan hidangan special nasi briani yang menjilat jari. Sedap sunggoh! . Semua tetamu segak & cantik dengan pakaian kebangsaan yang boleh dikira, hanya beberapa kali sahaja dipakai dalam setahun (applied utk lelaki shj). Takpa, janji semua sempat melaram dengan baju baru atau kasut baru atau songkok baru atau at least pakaian dalam baru. ;-)

Dan semalam rezeki "open house" masih ada dengan jemputan dari keluarga abg Syed & kak Sharifah. Menjamu selera dengan hidangan istimewa masakan lauk pauk melayu dan kueh mueh. Istimewanya setiap open house yang dihadiri disamping menikmati hidangan yang sedap & lazat, dapat juga mengeratkan silaturrahim antara rakan-rakan Malaysia di Vienna ini.

Weekend depan pun ada lagi jemputan untuk "beramas" mesra di open house. Alhamdulillah murah rejeki di bulan Syawal ini.

Terima kasih daun keladi kepada semua yang menjemput kami ke "open house", tahun depan jemput lagi. ;-) Selamat berkunjung-mengunjung.

Friday, September 18, 2009

Eid Mubarak 1430H/2009


Kepada semua, selamat menyambut kedatangan Aidil Fitri. Maaf zahir & batin jika ada salah dan silap. Aidil Fitri kali ini ialah yang keempat kami sekeluarga sambut di tanah asing. Bila lah agaknya kami akan berpeluang menyambut Aidil Fitri bersama kaum keluarga di Malaysia semula. InsyaAllah jika panjang umur dan ada rezeki dapatlah beraya di Malaysia di tahun-tahun mendatang (berapa tahunn lagi tu... wallahualam ;-))

Selamat menjamu selera dengan juadah-juadah yang semestinya menarik dan pelbagai di pagi raya. Masak apa ya di pagi raya nanti? Kalau di Terengganu, dapatla merasa nasi dagang, nasi minyak, tapai pulut atau ketupat palas di pagi raya. Kalau di Melaka pula dapatla merasa lontong. Kat sini terpaksa la buat sendiri... dan feveret di rumah ni ialah nasi himpit kuah kacang.

Kueh raya?? Nasib baik sempat buat 2 jenis kueh raya. Boleh la buat penyeri & penyengih di atas meja nanti. Janji ada kueh raya udah le.

Hopefully Aidil Fitri kali ni jatuh pada hari Ahad, so senang sikit nak pi masjid untuk solat sunat Aidil Fitri, tak perlu nak berebut dengan trafik orang yang nak pergi kerja. Teringat masa first time beraya disini, 2 bulan selepas pindah ke sini dan masih belum ada kereta lagi masa tu, terpaksalah naik train dengan pakaian raya bersesak-sesak dengan orang nak pergi kerja.. hehe haruu betoii.

Isnin petang next week akan beraya pula di Embassy Malaysia bersama-sama warga Malaysia yang tinggal di Austria & Slovakia. Dapatlah merasa suasana "open house" hari raya, lepas tu back to normal life again. Pergi kerja & pergi sekolah semula. Takda sapa lagi ke nak buat open house dan jemput kami ni??... ;-))

Eid Mubarak untuk semua.. selamat bergumbira dan maaf zahir & batin

Tuesday, September 15, 2009

Mek Wok Kundor

Malaysia di mata dunia!!! Syabass!!! Sungguh terkejut pagi tadi apabila belek newspaper semasa on the way ke tempat kerja, di muka 2 ada gambar yang rasa-rasa macam kenai... hah! memang betulll! Mek Wok dari Kuala Berang rupanyaa! Tak sangka sungguh cerita mengenai Mek Wok yang nak bercerai dengan suaminya yang sekarang berada di Pusat Serenti dan kawin lagi untuk kali ke -23, jika ada jodoh, telah menarik minat salah satu akhbar utama Austria untuk dimuatkan di muka ke-2. Hebat-hebat!

Jangan pula ada yang nak anugerahkan "Datuk" pulak untuk Mek Wok kerana "memperkenalkan" nama Malaysia di mata asing. ;-)

Apa-apa pun moga Mek Wok Kundor bertemu jodohnya yang ke-23 dan berbahagia ke akhir hayatnya.

Friday, September 11, 2009

Keramika@Znojmo

Salah satu lagi tarikan jika pergi ke bandar Znojmo ialah terdapatnya sebuah kedai yang menjual barangan atau pinggan mangkuk ceramic, high quality handmade dari Poland. Kedai ini terletak didalam kawasan Old town Znojmo, susah nak explain exact location but if has a GPS, senang saja masukkan address then sampai la ke tempatnya. Berdekatan kedai ini juga terdapat satu tempat parking luas, tapi perlu bayar at a machine then pamirkan resit parking diatas dashboard.

Entah kali ke berapa kami ke sini, each time pergi kalau ada yang berkenan dihati dan kalau stok tidak mencukupi, boleh order dan datang lagi next time bila barang yang diorder dah sampai ke kedai. Tuan punya kedainya yang lelaki boleh berbahasa Inggeris dengan baik jadi takda problem untuk berurusan atau mintak diskaun. Regular customer, siap boleh dapat 10% diskaun lagi.

www.elimashop.cz


Corak-corak bunga di pinggan mangkuknya yang unik dan kualitinya yang membuatkan barangan ceramic ni terkenal di kalangan kaum-kaum ibu yang suka bebenor meng"koleksi" pinggan mangkuk. Harganya pun quite reasonable jugaklah jika diambil kira keunikan dan quality produknya. Tak sure la pulak samada produk ni boleh didapati di Malaysia or tidak but jika ada, for sure harganya mesti melampau-lampau mahalnya seperti barangan kristal Bohemia jugak.

Jika berkesempatan dan teringin datang menjengah ke kedai ni, addressnya di bawah. Kalau nak diskaun 10%, sebut nama aku dan hembus ke muka tokey kedai tu... untung-untung mujarabb! ;-)

Velká Michalská street 22 (nearby banking-house "Komerční banka")
669 02 Znojmo
Czech republic



Sunday, September 6, 2009

Malaysian Restaurant & KFC Halal@Vienna

Chopstick House-Malaysian Cuisine: Itulah nama satu-satu(?)nya restoran Malaysia ataupun kepunyaan orang Malaysia di Vienna. Rasanya takda lagi restoran Malaysian lain di Vienna ni. Restoran ini terletak di foodcourt shopping mall Millenium City, reachable via U-Bahn U6 and stop at Handelskai station. Unfortunately restoran ni tak menyediakan halal meat/chicken but since ianya juga tidak serve pork then kiranya bolehlah tutup sebelah mata makan menu-menu seafood yang ada.

Kalau dah kempunan dan mengidam sangat nak makan mee goreng, nasi goreng, kuey teow goreng masakan kedai with citarasa Malaysia, bolehlah datang menjamu selera disini. Even nama menu pun dalam bahasa Melayu. Tokeynya kalau tak silap keturunan Cina Malaysia, dan kalau pergi order boleh saja cakap Melayu. Rasa makanan disini pun not bad, kami pernah try Kuew Teow goreng basah seafood, terangkat juga sedapnya. Harganya pun boleh kata berpatutan jugalah, tapi sekali-sekala boleh la datang merasa. Kalau pekena tiap-tiap minggu, mau rabak jugak poket tu karang!

Jika datang ke food court Millenium City ni juga, jangan lupa untuk makan KFC disini yang mana branch manager disitu verbally confirmed that ayam disitu halal. Even ada kawan Malaysian pernah mintak tengok bungkusan chicken wings mentah, yang mana ada tertulis tanda halal. Kalau datang during weekend, even boleh tengok some Arabs bertudung sedang lahap menjamu KFC sehingga "menjilat jari". KFC Hot Chicken Wings nya memang sedappp maaa!!

Ok cukup cerita bab makanan untuk kali ini. Selamat berbuka puasa...


Saturday, September 5, 2009

Www.partypek.com

Iklan sikit. Seorang kawan baik telah menceburkan diri dalam bidang bisnes, so disini tolong mana yang termampu untuk promote produk yang diorang keluarkan. Below are pics of their products, if interested contact them by phone or email. Details about the price and payment method can be found in their webpage. Worldwide delivery!

Memang sesuai bebenor dan pastinya tambah menariklah untuk open house hari raya nanti! Apa kome tunggu lagi? Raye setahun sekali, order le!!


High Quality Disposable Ware
Pack of 20 pieces 9" plates
Pack of 20 pieces 8 oz. cups
Aidilfitri and Eid Mubarak theme design on plates and cups

Visit www.partypek.com or contact 6012-3348104/603-61488127
email: chevere.enterprise@yahoo.com