Nuffnang

Sunday, August 30, 2009

Tractor Pulling@Hollabrun

Tertarik dengan iklan mengenai acara Tractor Pulling di Hollabrun yang kami nampak semasa memandu ke Znojmo awal bulan ini. Makanya pada Ahad lepas, kami sekeluarga pergi memeriahkan dan meramaikan penonton di pertandingan Tractor Pulling ni. Walaupun semuanya berpuasa except Damia, tetapi memandangkan cuaca yang agak baik dan kurang panas dalam 20C, bolehlah redah mem"pacak"kan diri di tengah-tengah padang menonton satu acara yang semestinya menarik, lagipun tak pernah lagi tengok acara Tractor Pulling ni dimana-mana sebelum ni. Jadi tak boleh dilepaskan peluang yang datang sekali setahun ni.

Hollabrun ialah sebuah pekan kecil dalam 30 minits drive daripada Vienna. Kami sampai dalam pukul 12 pm, sudah penuh kenderaan dikiri-kanan jalanraya menuju ke tempat acara. Risau jugak takutkan tiada tempat sesuai untuk parking until ternampak sign dan orang bertugas untuk mengawal trafik. Diberitahu adanya parking khas untuk pelawat atau penonton acara ni. Cantekk!!


Sebelum datang ke sini ingatkan takda la entrance fee ka yang perlu dibayar atau acara ni dibuat di satu tempat lapang yang open. Rupanya bila masuk ke tempat parking dan bila parking attendant tu start mengira berapa penumpang dalam kereta baru lah tahu, kena bayar maaa!! EUR 30 untuk satu kereta!! Ayooo boleh tahan mahal jugak! Ini macam kena tengok puas-puas ni kalau tak rugi wooo!


Bila dah masuk dan tengok berbagai-bagai rupa bentuk traktor yang memang amazing dan acara Tractor Pulling ni memang menariklah untuk ditonton. Kiranya berbaloilah dengan fee yang dibayar untuk masuk tadi. Traktor-traktor yang diubahsuai tadi bertanding menarik suatu macam "ekor trailer" atau beban berat dan traktor yang boleh tarik paling jauh akan diisytihar menang. Antara traktor-traktor yang bertanding, bermacam-macam rupabentuk, bunyi dan performance. Ada yang bunyi macam guruh dengan asap hitam berkepul-kepul dan ada yang bunyinya sebijik macam bunyi enjin jet tapi perginya tak seberapa. Paling jauh pun traktor yang paling "power" boleh tarik beban tu dalam 100m saja. Tak sure la pulak berapa berat "ekor trailer" atau beban yang di tarik oleh semua traktor itu.



Sememangnya acara Tractor Pulling ni menarik untuk ditonton. Kagum menengok pelbagai rupabentuk traktor dan enjin yang diubahsuai. Kalu bawak ke jalanraya mesti gempak habis tuh! Tetapi disebabkan bulan puasa so tak dapatlah nak duduk lama nengok acara tu sampai habis. After less than 2 hour kami balik selepas budak-budak dah merengek lapar dan terliur tengok orang ramai di kiri dan kanan dok minum dan makan. Bapaknya belum puas nengok aksi traktor lagi dah kena balik, takpa lah. Tapi apa-apapun, acara Tractor Pulling ni memang menarik untuk ditonton! At least sekali. ;-)

video

2 comments:

Anonymous said...

Ceritalah trip ke Znojmo. Carik kristal lagi ke? raihan

joe said...

hari tu pi pekan Znojmo, beli barang + tolong amik barang kawan yg order, ceramic handmade dari Poland, mmg femes kat situ. Nanti saya tulis sikit pasai kedai tu.