Nuffnang

Wednesday, August 19, 2009

Summer 2009 Road Trip - part finale!

Day 9

Hari terakhir dalam road trip kali ini. Masih ada satu daripada "list of places to visit" yang belum terlaksana iaitu melawat sekitar bandar Vaduz, ibu negara Liechtenstein. Oleh sebab itu awal-awal pagi lagi after breakfast, check-out dan terus ke bandar Vaduz yang cuma dalam 10-15 minits dari hotel. Vaduz walaupun adalah ibu negara Liechtenstein, ianya cuma sebuah bandar kecil, lebih kecik dari bandar KT rasanya (penduduk di Vaduz pun cuma dalam 5100 orang). Tapi bandarnya memang bersih, tersusun dan cantik.


Sampai di bandar Vaduz, walaupun pada pagi Isnin, kenderaan di jalan raya cuma sedikit dan traffic jam pun almost tak da langsung. Alangkah bestnya kalau beginilah keadaannya di mana-mana bandar yang lain terutamanya Kuala Lumpur (impossible!). Parking area pun banyak, just park, bayar at mesin yang tersedia kat every parking lot then display the receipt on your car's dashboard. Di Liechtenstein juga menggunakan matawang Switzerland, CHF.




Kami sampai di Vaduz dalam pukul 9 am, dengan suhu sekeliling sekitar 20C, cukup sesuai sekali untuk jalan kaki bersiar-siar. Terdapat satu pedestrian area yang mana terletaknya juga attraction untuk bandar Vaduz ini seperti Liechtenstein Center, Kultur Museum, government buildings dan juga kedai-kedai souviners. As usual kami tak masuk mana-mana museum pun except kedai souviners for some fridge magnet or snowballs. Dan di kedai souviners disini juga, almost half of the stuff yang dijual adalah barangan cenderamata Switzerland. Terasa semacam Liechtenstein ni part of Switzerland la pulak.


Dari bandar Vaduz, jelas kelihatan diatas bukit terdapatnya satu castle yang juga salah satu tarikan utama pelancong kesini. Vaduz Castle atau Schloss Vaduz ini ialah tempat tinggal Prince of Liechtenstein dan keluarganya. Pelancong boleh masuk melawat ke part of the castle tapi tak le sampai ke tempat tidor Prince tu. Disebabkan masa yang tak mengizinkan, kami tak pergi melawat Vaduz Castle, cuma tengok dari jauh saja. Kami cuma spent dalam 1.5 hours saja jalan-jalan around Vaduz enjoying the beauty of the city (or town?).


Dan berakhirlah trip kali ini dengan perjalanan diteruskan balik ke Vienna yang akan memakan masa dalam 7 jam. Perjalanan pulang ke Vienna juga sekali lagi melalui bandar Innsbruck yang mana kali ini kami berhenti singgah untuk membeli kebab sebagai makan tengahari. Terimakasih untuk bro Raihan untuk tips kedai kebab halal (Insieme Cafe Bar Restaurant) di hadapan train station Innsbruck. Tiga biji kebab menjadi mangsa para penghuni kereta yang kelaparan dalam perjalanan yang masih lagi ada 5 jam dari Innsbruck ke Vienna.

Sampai di Vienna lewat petang, semuanya gembira keletihan setelah 9 hari di berkereta dan berjalan dari Vienna ke Innsbruck ke Konstanz ke Zurich ke Geneva ke Vaduz dan balik ke Vienna. Total jarak road trip kali ini sekitar 2500km. Alhamdulillah sepanjang road trip kali ini, tidak ada masalah besar yang timbul samada dari segi kesihatan, penginapan, keselamatan ataupun pengangkutan. Semuanya berjalan lancar, of course adalah hiccup kecik-kecik but biasalah lah tu bila travel jauh-jauh plus with 3 kids. Road trip kali ini memang asyik tengok gunung-ganang dan tasik sahaja tiap-tiap hari. Naik muak dah rasanya dengan gunung dan tasik ni. But itulah kelebihan dan tarikan utama negara Switzerland ni yang mana similar dengan Austria, its all about beautiful mountains and lakes.

Jika ada rezeki lagi di tahun mendatang, kemana pula agaknya arah road trip kami akan datang. Hmmm??


Sempena bermulanya bulan Ramadhan 1430H, diucapkan selamat berpuasa dan beramal ibadat untuk semua. Maaf jika ada salah dan silap dalam tulisan selama ini. I guess in the next 30 day, favourite topic to write will definitely be about foods!! ;-)

6 comments:

sanad said...

selamat berpuasa..
semoga thn ini lebih ber erti dr thn sebelumnya..

~marhaban ya ramadhan~

joe said...

selamatt... Ramadhan Mubarak.

Anonymous said...

Excellent trip report. You kumpul semua trip report tu dan muatkan dalam buku "Eropah untuk siBahalol" (Europe for Dummies).

Selamat berpuasa dan berbuka puasa.

Wassalaam. Raihan.

joe said...

Haha.. thank you.. good suggestion!

Selamat puasa & berbuka puasa juga..

Faizal and Anna said...

The roadtrip story really interesting la.. love the pic & tengok ur kids posing... hehe. Damia, keep up the good work. Practice lagi.

Selamat Berpuasa to you & family..

joe said...

Thanks & Selamat berpuasa juga, Faizal & Anna.