Nuffnang

Saturday, August 15, 2009

Summer 2009 Road Trip - part 6


Day 8

Setelah puas menikmati keindahan bandar Geneva dan sekitarnya, berkereta semula ke destinasi seterusnya iaitu Liechtenstein, sebuah negara kecil dengan keluasan hanya 160 km2 dan terletak diantara Austria & Switzerland. Satu lagi German speaking country selain Austria & Switzerland. Dan seperti Switzerland, Leichtenstein juga bukannya ahli EU. Nanti cerita more about Liechtenstein in next posting.

Jarak antara Geneva ke Liechtenstein ialah lebih kurang 400 km. Dan dalam menuju ke Liechtenstein, berkesempatan untuk singgah ke bandar Lucerne atau Luzern. Few friends recommend us to visit this city, yang dikatakan antara bandar yang tercantik di Switzerland. Kebetulan bandar Lucerne ini terletak in between dalam perjalanan dari Geneva ke Liechtenstein, jadi tidaklah dilepaskan peluang untuk berkenalan sebentar dengan bandar Lucerne.



Seperti bandar Zurich dan Geneva, Lucerne juga terletak bersebelahan dengan tasik yang besar atau Lake Lucerne. Plan asalnya untuk hanya drive through bandar Lucerne dan menikmati pemandangan dari atas kereta sahaja. Tetapi bila sampai di bandar ini, oleh kerana pemandangan sekitar bandarnya yang cukup cantik, tidak dapat menahan perasaan "membuak-buak" untuk mengenali Lucerne dengan lebih dekat lagi. ;-)

Terpaksa lah cari parking garage yang berdekatan sebelum turun berjalan kaki menikmati kecantikan persekitaran bandar Lucerne. Kebetulan kami datang pada hari Ahad, so suasana pada hari itu agak tenang dengan mostly pelancong yang berada dimana-mana.


Tempat utama yang mesti atau wajib dituju jika melawat Lucerne ialah Chapel Bridge atau Kappelbrucke. Ianya landmark yang paling popular di sini iaitu satu jambatan kayu berbumbung merentasi sungai di tengah-tengah bandar. Chapel Bridge ini yang dibina pada tahun 1333 dan sepanjang 200 meter. Apa yang menarik jika berjalan merentasi jambatan ini ialah pada gandar bumbungnya terdapat lukisan atau ukiran-ukiran yang menggambarkan sejarah bandar ini.

Di satu hujung jambatan ini ialah sebuah Water Tower atau Wasserturm yang mengikut sejarahnya satu masa dahulu pernah dijadikan atau beroperasi sebagai sebuah Lighthouse atau Lucerna, ianya juga asal-usul nama bandar ini diambil.


Kami cuma pusing around the city selama sejam sebelum stop di McDonald untuk memenuhi permintaan budak-budak for a Happy Meal. Kebetulan di Switzerland, menu Happy Meal ada option untuk McFish so bolehlah belikan untuk budak-budak ni yang lebih mahukan mainan yang comewith the menu. Jika di Vienna, Happy Mealnya takda option untuk McFish, so selama ni tak dapek la nak mintak Happy Meal atau mainannya. ;-)

Perjalanan diteruskan semula ke Liechtenstein. Sepanjang perjalanan seperti biasa pemandangan hanya gunung-ganang, tasik dan padang rumput yang menghijau, cukup cantik & indah sekali. Salah satu nya ialah tasik Walensee yang mana akan dilalui bersebelahan dengan highway semasa ke Liechtenstein. Recommended untuk stop di rest station bersebelahan tasik dan menghirup coffee sambil menikmati pemandangan cantik tasik ini.

Lewat petang sampai juga ke Liechtenstein atau ke bandar Vaduz iaitu ibu negaranya. Menariknya tiadapun special checkpoint atau imegresen di sempadan Switzerland & Liechtenstein, cuma ada a normal signboard saja.

Petang itu cuma habiskan masa di hotel hilangkan penat, tambah lagi disebabkan terkejut dengan lokasi hotel yang kami tinggal. Ianya terletak betul-betul dilereng bukit selepat almost 10km mendaki dengan kereta macam ular kena palu di tepi-tepi lereng dari bandar Vaduz. Memang cantik sekali pemandangan dari bilik hotel tetapi disebab perjalanan keatas yang mengerikan, tak sanggup rasanya untuk turun dan drive keatas balik semula. So we decided untuk spent the evening di hotel dan rehat secukupnya. Besok pagi checkout awal-awal then lawat bandar Vaduz for couple hours sebelum mengakhiri trip kali ini balik semula ke Vienna.



bersambung... Day 9, melawat bandar Vaduz dan balik ke Vienna.

2 comments:

Anonymous said...

Tak tahulah budak-budak ni (anak-anak saya), kalau nampak McD mesti histeria. Sedap falafel lagi (bagi saya)! Dia orang jugak tak tahu McD di Swiss tu lebih 5x dari harga di Malaysia.
Mungkin kami juga makan di McD yang sama 3 tahun lepas. McD tu dalam kawasan Old Town dan ada tempat mainan budak-budak ditingkat atas. Ia juga tak jauh dari parking underground ... yang mungkin kamu juga park di situ.

Excellent! Raihan.

joe said...

Aha betul la tu, budak2... Saya makan McD yang disebelah/seberang jalan dengan train station. Saya parking on the side of the river, jalan kaki dalam 500m jugak dari bridge tu, sbb dah terlajak.

Apa2 pun lama dah tak merasa McChicken! Last sekali dalam 4 mthts ago di Dubai airport.