Nuffnang

Thursday, August 6, 2009

Summer 2009 Road Trip - part 5


Day 7

Kali ini kaki melangkah pula menuju ke bandar Geneva yang sememangnya terkenal di seluruh dunia. Apa yang buatkan Geneva terkenal ya? Maybe disebabkan disini juga terletaknya salah satu pejabat United Nations selain di New York, Vienna & Nairobi, juga headquaters untuk pelbagai UN agencies dan Red Cross. Juga disini terletaknya pelbagai ibu pejabat untuk jenama-jenama jam yang terkenal dengan prestige dan harga yang tak masuk akalnya.

Dari hotel penginapan cuma 20km sahaja untuk sampai ke pusat pandar Geneva. Kali ini tiada preparation dibuat untuk dimana tempat yang dituju untuk parking kereta. So terpaksa lah redah dahulu hingga ke pusat bandar then barulah search for parking garage menggunakan GPS. We decided to park at a parking garage close to the stesen keretapi utama di tengah-tengah bandar Geneva. Nama parking garage itu ialah Montbrillant, betul-betul terletak dibawah bangunan ibu pejabat pos. Keluar dari parking garage terus menuju ke stesen keretapi, tempat pertama yang dicari ialah tourist center untuk dapatkan map free, then barulah boleh melangkah kemana-mana.

Tak jumpa satu pun tourist center dalam stesen keretapi terpaksalah melangkah keluar menuju ke seberang jalan iaitu Rue du Mont Blanc. Bunyi nama jalan pun macam best je kan, dan tepat sekali sangkaan, ianya adalah salah satu jalan utama dengan ramai pengunjung lalu lalang. Disini barulah ternampak tourist center dan money changer. Walaupun most kedai-kedai di Switzerland boleh menerima EUR, but better kalau tukar duit di money changer ke CHF. Sebabnya exchange rate yang dikenakan di kedai-kedai is very low, rugi ooo. Kalau terdesak boleh lah guna Euro. Dan satu lagi untuk bayar parking hanya CHF diterima.






Di sepanjang Rue du Mont Blanc ini pun terdapat pelbagai kedai yang menarik untuk disinggah. Kedai-kedai souviner disini seakan-akan wajib untuk mempunyai barangan Swiss Army terutamanya jam dan pisau lipat yang terkenal tu dengan harga serendah EUR 15 untuk pisau yang simple hinggalah ke above EUR 100. Dan di lorong-lorong bersebelahan boleh nampak few restoran yang menyediakan makakan halal. Even di seberang jalan menghadap stesen keretapi tadi pun ada satu restoran halal yang menjual makanan ala Lebanon. So di Geneva ini boleh dikatakan tidak perlu risau jika lapar dan perlukan a proper meal.






Di penghujung Rue du Mont Blanc ialah jambatan yang wajib dilalui oleh sesiapa yang datang berkunjung kesini yang dipanggil Pont du Mont Blanc. Dari jambatan ni, pemandangan Lake Geneva memukau mata memandang. Di tengah-tengah Lake Geneva ni jugak memisahkan atau sempadan negara Swiss & France. Dan dari jambatan Pont du Mont Blanc, boleh nampak Jet d'eau iaitu mercutanda air pancut setinggi lebih kurang 10m (rasa-rasaya) di tengah-tengah Lake Geneva. Jet d'eau ialah salah satu tempat yang must visit untuk pelancong ke Geneva dihubungkan dengan daratan oleh satu tambak atau benteng yang dipanggil Jet'ee des Eaux-Vives. Camana sebutanya entahlah, berbelit lidah tapi agaknya Jet'ee=Jeti kot.

Penghujung jambatan Pont du Mont Blanc, boleh kelihatan deretan bangunan-bangunan lama yang diletakkan pelbagai signboard gergasi di atasnya dengan berbagai jenama-jenama jam yang terkenal contohnya Rolex, Raymond Weil, Patek Philippe etc.






Dari Pont du Mont Blanc, menuju pula berdasarkan map ke Rue de Rive yang mana di sepanjang jalan ini sehingga Rue du Marche terletaknya main shopping street dengan pelbagai kedai dan butik walaupun tak sehebat Banhofstrasse di Zurich. Seperti biasa, hanya sesuai untuk cuci mata disini menengok gelagat orang-ramai yang berkunjung disini sambil meneruskan perjalanan menuju ke Old Town yang terletak tidak jauh.

Di kawasan Old Town, terdapat several historic building disini dan seperti biasa menjadi salah satu tempat tumpuan pelancong melawat dan bergambar dengan pelbagai gaya dan posing. Sempatlah juga melepaskan penat berjalan di satu park yang agak luas disini sebelum meneruskan perjalanan, pusing balik mengikut route lain menuju ke tempat parking kereta yang nun berada sejauh lebih kurang 5-7 km lagi, mengakhiri jelajah bandar Geneva walaupun tidak meliputi seluruh pelusuk bandar. Dengan budak-budak 3 orang ni mana mungkin boleh jelajah kesetiap pelusuk, mau terlentang meraung letih kaki karang.

Sebelum balik semula ke hotel penginapan sempat juga singgah dengan kereta ke pejabat UN yang terletak dalam 5 minit drive dari tempat parking. Disebabkan tak jumpa tempat nak parking, cuma berpeluang tengok dari dalam kereta sahajalah dan kebetulan pada hari tu terdapat sekumpulan manusia dari Iran yang tengah buat demonstrasi dihadapan UN memprotes pilihanraya Iran. Kalau tidak silap protes ni jugak dibuat serentak pada hari yang sama di most bandaraya utama dunia. (Gambar kerusi gergasi diatas ialah hadapan pejabat UN).



Personal pendapat aku bandar Geneva is a nice and beautiful city and has more attraction to visit than Zurich. Banyak restoran halal, mudah untuk menjamu perut yang lapar. Dan as like Zurich, Geneva pun amat bersih, tenang dan aman, ramai penduduk dan pelancong dari pelbagai bangsa, sesuailah dengan jolokan namanya as "Peace Capital".

...bersambung. Day 8, perjalanan diteruskan ke negara kecik Liechtenstein!

2 comments:

Jarr said...

sedak jalang tu joe...
bawok anok anok...banyok abi belanjer?

joe said...

biasalah.. jalan-jalan time budak2 cuti sekolah 2 bulan ni, tengok2 & kenal tempat orang. Dok banyok mana abis, budget gok.