Nuffnang

Tuesday, August 4, 2009

Summer 2009 Road Trip - part 4

Day 6

Selepas check-out dari hotel apartment di Konstanz, perjalanan diteruskan ke destinasi seterus iaitu Geneva. Dari satu hujung Switzerland ke another end nun dibawah sana. Jarak perjalanan sepatutnya dalam 4 jam jika tanpa henti, tetapi as usual mana boleh tak berhenti jika memandu di satu negara yang secantik Switzerland. Pemandangan indah, memukau mata di sepanjang perjalanan memaksa untuk berhenti beberapa kali memenuhi tuntutan nurani, memuji dan menikmati kecantikan alam ciptaan Allah.

Semenjak hari pertama trip kali ini belum lagi kami berpeluang untuk memenuhi salah satu agenda utama di setiap road trip iaitu.... shopping di Outlet store! Memang sedari awal sebelum trip sudah plan untuk menuju ke Bally Outlet disini. Bally sememangnya berasal dari Switzerland so mana mungkin dapat dilepaskan peluang untuk melawat kawasan lahirnya jenama Bally atau sebenarnya pergi Bally outlet store.



Kebetulan Bally outlet terletak ditengah perjalanan menuju ke Geneva iaitu di bandar Shoenenwerd. Tanpa exact address, terpaksa la redah berdasarkan tip kawan dari embassy tentang lokasi Bally outlet ini. Dari Konstanz, exit ke bandar Aarau yang tidak kurang cantik dan tenangnya dan terus menuju ke bandar Olten. Shoenenwerd terletak in between this two bandar. Redah punya redah plus dengan bantuan GPS's attraction list, akhirnya terjumpalah juga dengan tempat yang dituju selepas several minit juga berpusing dengan kereta dan juga kaki sekitar bandar Shoenenwerd.

Agak menarik juga bandar ini yang mana terletaknya kilang produk Bally. Even jalanraya pun ada yang dinamakan sempena nama Bally. Di bandar ini juga terdapat few other outlet store but not as interesting as Bally Outlet.

Didalam its own building, dan keluasan yang agak besar, pelbagai produk Bally tersusun rapi menunggu pengunjung mengempiskan poket masing-masing. Semasa di sana kelihatan juga beberapa orang pelancong yang rasa-rasanya dari Jepun atau China tengah dok belek sana, belek sini dengan khusyuknya. Memang tidak dinafikan, harga barangan Bally disini adalah jauh lagi murah dari mana-mana kedai Bally yang pernah dimasuki. Daripada kasut, beg dan pakaian untuk lelaki dan perempuan, pelbagai-bagai bentuk dan fesyen. Dari serendah EUR 30 untuk sepasang kasut hinggalah ke ratusan. Mana nak dapat kasut Bally dengan harga EUR 30 woo! Even di outlet Bally di Vienna pun kasut lelaki paling murah pun dalam EUR 100. Oleh kerana tertewas dengan desakan nafsu, hangus jugak beberapa EUR untuk kasut Bally. Kali pertama berpeluang merasa pakai kasut Bally, sebelum ni tak mampu maa...hahaha.

Address Bally Outlet:
Bally Schuhfabriken AG
Outlet Store
Gosgerstrasse 9
CH-5012 Schoenenwerd
Switzerland



Dari Shoenenwerd, diteruskan perjalanan yang terberhenti lebih sejam diteruskan semula ke Geneva. Tetapi ambil juga peluang untuk memandu melalui bandar Bern, salah satu bandar penting di Switzerland. Old town Bern, tidak kurang cantiknya dan kalau tidak silap, konsulat Malaysia pun terletak di Bern. Kami cuma drive through bandar Bern sambil snap gambar dari dalam kereta sahaja dan terus sambung perjalanan ke Geneva. Cuba untuk sampai di Geneva dalam pukul 7 pm disebabkan reception hotel penginapan cuma available up to 8pm.



Hotel yang kami tinggal sebenarnya bukan terletak di Geneva tetapi melangkau ke luar sempadan, iaitu di bandar Divonne Les Bains yang didalam negara France. Kenapa pilih hotel ni? Seperti biasa, its much more cheaper jika dibandingkan dengan kos hotel di Geneva. Lagipun hotel ni cuma dalam 20km dari Geneva dan hanya 1 km dari sempadan.

Jika di sebelah utara Switzerland, semua orang bercakap menggunakan bahasa German as their official language tetapi disebelah selatan atau di Geneva ni, bahasa Perancis adalah their official language. Pelik sungguh, dalam satu negara seumpama terbahagi dua antara German part dengan French part. Kalau tak silap, terdapat juga small part of Switzerland yang menggunakan bahasa Itali pulak as bahasa berkomunikasi. Memang pelik dan juga unik negara ni, dari pemerhatian sepanjang memandu dari utara hingga ke Geneva, perubahan bahasa yang digunakan pada signboard di highway bermula di sekitar Bern. Agaknya penduduk di Bern lagi haru, ada yang guna bahasa German dan ada yang guna bahasa French. Tapi its a very good advantage for them kalau boleh menguasai dua antara bahasa utama dunia ni dalam satu masa besides English.



Bandar Divonne Les Bains ni pun tidak kurang cantik juga, bersih, tersusun dengan banyak kawasan kediaman yang baru siap dibina. Even hotel apartment Residence La Versoix ini pun masih jelas kelihatan baru dibina beberapa tahun. Maybe juga ramai orang yang bekerja di Geneva tinggal di bandar ini. Kalaulah aku kerja di Geneva pun, mau tinggal di Divonne Les Bains ni jugak kot... cantik dan tenang sekali kawasan residential disini. Semasa disini, teringat kenangan lama, area Valley Ranch di Dallas, tempat tinggal kami selama 2 tahun sebelum Vienna. Sama cantik!

Apa-apa pun, tidur malam ni dengan nyenyak sekali didampingi 2 pasang kasut Bally idaman hati.. hmm hmmm... ;-)

bersambung... Day 7, meredah kesekitar bandar Geneva.

4 comments:

Sizuka said...

joe, tayangla kasut bally yg lawa tu :D

Anonymous said...

Nampaknya kene gi Bally Switzerland jugak nanti. Ye lah, tunjuklah gambar kasul Bally tu.
Ada kawan pegi beli kasut Bally kat Golok dan terus pakai. Belum sempat sampai sempadan Malaysia dah tanggal tanda Bally. Meraung dia! Raihan

joe said...

Satu tip kalau pi Bally Outlet tu tanpa guna GPS, its location very close to Shoenenwerd train station (walking distance).

Mana buleh tayang-tayang, mahal tuu... nanti lusuh kaler. Nak pakai pun sayang nih.... kalau duk kat Msia, dah tentu jadik kasut raya...hahaha

Sizuka said...

peh! kasut raya mahal giler tu! :D