Nuffnang

Sunday, August 2, 2009

Summer 2009 Road Trip - part 3


Day 5

Next destination ialah Rheinfall atau Rhein Falls. Tempat ni cuma come to the list of destination a week before the trip, hasil tip yang diberi oleh kawan di embassy yang pernah menetap di Swiss. Tak tahu pun mengenai Rhine Fall sebelum ni, ianya ialah air terjun yang terbesar di Europe! But not as big as Niagara Falls di NAM atau Iguazu Falls di LAM.

Rhein Falls terletak di bandar Schaffhausen, lebih kurang 1 jam drive dari Konstanz, up north of Swiss juga close to border Germany. Tak susah untuk datang kesini sebab bila masuk ke bandar Schaffhausen, boleh didapati clear sign untuk ke Rhein Falls. Big parking area juga disedikan untuk kereta dan bas, dan as usual kena bayau le, kalau tak silap CHF 3 (tak ingat sgt dah).





Di Rhein Falls, pengunjung boleh menikmati pemandangan dan bunyi deruman air terjun dari jauh di pelantar atau jeti yang mana juga terdapat restoran, kedai souvenir dan cruise bot station. Tetapi mana syok kalau tengok dari jauh saja kan. Then ada bot disediakan untuk pelancong pergi dekat ke air terjun. Ada 3 different boat route, pilihlah mana yang berkenan di hati sanubari.

Kami pilih bot yang pergi ke tengah-tengah air terjun, yang mana di situ terdapat seketul batu tenggek! Sampai di point tu, boleh panjat tangga yang disediakan dalam 80 meters untuk ke puncak. Dari puncak bolehlah menikmati pemandangan Rhein Falls yang menakjubkan juga tetapi yang tak bestnya ialah puncak tu sempit sangat dan cuma boleh muatkan dalam less than 10 person at a time. So kena que la pulak kat tengah-tengah tangga menunggu giliran untuk ke atas. Kena extra carefull semasa di tangga atau di puncak jika datang dengan kanak-kanak sebab pagarnya cuma 3 palang besi yang cukup luas jaraknya.

Jika berminat boleh beli combi tiket untuk naik bot ke tiga-tiga route yg berlainan, quite cheap jugak. Kami cuma naik satu saja, lagipun naik satu boat saja dah pening-pening lalat mabuk naik bot. ;-)




Dari Schaffhausen, bergerak balik semula ke Konstanz sebab dah berjanji dengan budak-budak untuk bawak pergi mandi "laut" di Bodensee. Kalau asyik berjalan saja tiap-tiap hari, budak-budak pun mula lah buat perangai so kena la ada break juga dan ikut request budak-budak pulak.

Berdekatan dengan Konstanz atau di Lake Konstanz ni terdapat satu pulau yang terkenal juga di kalangan pelancong yang datang ke Konstanz iaitu Reichenau. Pulau ni juga listed as salah satu UNESCO World Heritage Site since 2000. Pengunung boleh berkereta ke pulau ini yang dihubungkan oleh satu tambak dengan mainland.


Apa yang menariknya di Reichenau ini ialah pulaunya dipenuhi dengan ladang-ladang sayuran dan buah-buahan. Jika berkereta mengelilingi pulau ni, boleh menikmati pemandangan cantik ladang-ladang dan pokok buah-buahan seperti anggur, epal & pear yang tengah lebat berbuah. Pulau ni juga menjadi destinasi popular untuk mereka yang suka berbasikal, untuk mengeilingi pulau kesetiap ceruk kawasan. Dengan cuaca yang around 25C semasa kami disana, memang amat sesuai sekali untuk mereka yang minat berbasikal.

Terdapat juga satu gerai yang menjual pelbagai sayuran dan buah-buahan segar dari ladang disini. Kalau tak silap itulah satu-satunya gerai buah/sayur di dalam pulau itu, terletak opposite of St. George church yang juga popular di kalangan pengunjung disini.



Last stop untuk hari ni ialah tempat mandi untuk public di Bodensee. Selepas parking kereta di tempat yang disediakan dan sekali lagi kena bayar juga, terus menuju ke tepi "pantai". Mak aii!! Terkejut bila tiba-tiba kelihatan "lautan" manusia bergelimpangan ibarat baru lepas kena tembak dan masing-masing cuma memakai baju & seluar kecik sahaja (nasib baik pakai jugak walaupun kecik)! Segar terus bijik mata yang dah setengah hari keletihan berjalan. ;-)

Pusing-pusing, nasib jumpa spot yang free di tepi "pantai" dan seperti biasa untuk kita yang dah puas merasa sinaran matahari di Malaysia, tentunya cari tempat yang teduh untuk lepak. Tak seperti mat & mek salleh yang berebut nak duduk melepak di tempat lapang dan kena sinaran matahari.

Budak-budak memang terus saja tukar pakaian dan masuk berendam ke dalam air. Best jugak duk melepak di Bodensee ni, "cerah" pemandangan rasanya! Sempat jugak mencuba masuk dalam air tetapi cuma untuk less than a minute saja, sebabnya air sejuk bangat weh!! Rasanya below 20C kot airnya! Patutle mat & mek saleh cuma sekejap- sekejap saja berendam then terus naik berjemur. Tapi budak-budak ni yang dah lama tak jumpa laut, macam tak reti sejuk la pulak. Bila dah menggigil kesejukan barulah naik dan sibuk nak ajak balik pulak dah, potong betulla! ;-)



One more night di Konstanz dan besok akan check-out dan bergerak menuju ke tempat penginapan baru di Geneva atau lebih tepat lagi di Divonne les Bains, France!

...bersambung.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau begini, next time memang kena pegi Bodensee. Tapi bukan niat untuk cuci mata.

Kalau pegi ke Rheinfalls dari arah Zurich, agak tricky sikit. Mengikut tanda arah di lebuhraya, Rheinfalls yang kita sampai adalah di sebelah sana gambar yang ditunjukkan oleh Joe. Iaitu sebelah jalan keretapi. Pemandangan di sini tak sehebat manapun tapi ramai pelancong yang kena jerat ini termasuk kami (bulan Jun lalu). Untuk pegi ke kawasan utama air terjun ini iaitu seperti dalam gambar Joe, kita kena pegi/tiba ke bandar Schaffhausen dulu. Lepas tu barulah ikut arah ke Rheinfalls. Raihan

joe said...

Memang recommended untuk Raihan atau sesiapa pun pergi bercuti ke Konstanz atau Bodensee. sememangnya very nice place for vacation, thats for sure.

ann said...

kalau naik train, your stop will be at Schloss Laufen am Rheinfalls directly kat Rheinfalls. Kat atas tu ada park and an old castle. View from the castle tu cantik gak. Kalau nak ke seberang river tu kena naik boat. Ada jeti kecil tu kat bawah.