Nuffnang

Wednesday, July 29, 2009

Summer 2009 Road Trip - part 2

Day 3

Perjalanan diteruskan dari Innsbruck menuju ke Konstanz, Germany, memakan masa dlm 3-4 jam driving. Why Konstanz? Tertarik dengan tempatnya di tepi tasik Bodensee, dan jaraknya dari Zurich yang tidak jauh. Tambah lagi, puas dicari tapi tidak terjumpa satu hotel apartment pun di Zurich dengan harga yang berpatutan. A friend recommend untuk tinggal di Konstanz dan kebetulan ada satu hotel apartment with a very good rate di bandar Konstanz.

Bandar Konstanz is part of Germany tetapi cuma few kilometers dari border Swiss. Makanya perjalanan dari Innsbruck terpaksa melalui Switzerland sebelum masuk ke Germany atau Konstanz. Satu yang menarik semasa perjalanan dari Innsbruck yang tentunya melalui gunung-ganang banjaran Alps ialah apabila memandu di terowong terpanjang di Austria. Unsangkarable & terkejut juga semasa memandu melalui terowong ni, actually tak tahu pun terowong ni sepanjang 13-14 km!! The first 3 km didalam terowong memandu secara mendaki then the rest menurun sepanjang terowong yang terletak di kawasan pergunungan ni. Dan sebelum masuk terowong kena bayar tol sebanyak EUR 8.50, rasa aku inilah satu-satunya pondok tol di Austria ni, special untuk kos memandu melalui terowong ini.


Sebelum sampai ke Konstanz, selepas highway, menyusur bandar-bandar kecil sepanjang tasik Bodensee, dan pemandangan disini memang amatl cantik sekali. Di kiri-kanan jalan dipenuhi dengan pelbagai ladang buah-buahan, mostly epal, ceri & pear. Geram jugak nengoknya pokok-pokok epal yang tengah berbuah lebat tu. Kalau tak silap bulan August & Sept ialah musim kutip buah epal, atau untuk yang berminat untuk apple-picking, itulah masanya.



Sampai di hotel Konstanz, terus check-in, masak dan makan lunch dulu sebelum start jelajah bandar Konstanz. Hotel di Konstanz ni sediakan kitchenette facility so bolehlah masak dengan gumbiranya dan sesuka hati. Its a very good hotel in an old historic building tapi dah direnovatekan dengan cantik, hotel staff pun very friendly dan yang best sekali, free wi-fi! Hotel terletak tidak jauh dari bandar Konstanz, in fact kalau jalan kaki dalam 20 minit saja. Tapi hotel rate including city-tax dan in return dibaginya koupon untuk naik bas sekitar Konstanz secara percuma for whole family sepanjang penginapan disini. Jadi untuk sesiapa yang nak mai Konstanz, very recommended untuk menginap di Hotel Apartment Konstanz (www.apartment-hotel-konstanz.de)!!



Selesai lunch dan perut semua dah kenyang barulah mula berjalan dan menapak sekitar bandar Konstanz. Dari hotel, naik bas ke pusat bandar, cuma dalam 10 minits ride saja. Tempat pertama dituju ialah Sealife, kena fullfill permintaan budak-budak dulu, barulah depa tak meragam bila diajak round satu bandar lepas tu.

Not bad jugak Sealife disini, walaupun tak besar mana tempatnya, cukuplah untuk menggumbirakan budak-budak dengan pelbagai hidupan laut didalam akuarium disitu. Sealife ni terletak ditepi tasik Bodensee, jadi bila keluar dari Sealife bolehlah lepak menghirup angin tasik sekejap sambil menjamu mata nengok gelagat orang putih duk menikmati sinaran matahari. Walaupun semuanya berpakaian baju & seluar kecik, ada jugak satu aksi pakcik ni yang selepas terjun ke tasik, naik kedarat untuk salin seluar. Dengan selamba badaknya, dibukak semua dan diperahnya seluar kecik depan orang ramai! Eh..eh.. macam kat bilik air rumah dia la pulak! Tak senonoh betul!! Rabun bijik mata sekejap! Kalau yang buat tu kaum satu lagi, cerah mata la jugak..opss!! ;-)



Dari Sealife, menapak menuju ke Old Town, cantik jugak bandar nih walau tak sebesar mana. Tapi pemandangan di Old Town ni quite similar dengan mana-mana bandar lama yang lain. Takda yang very special sangat. Bolehlah nak tengok-tengok, gelagat orang sini pulak. Tengah dok jelajah bandar terjumpa jugak satu kedai kebab halal. Terlupa nak tangkap gambar kedai so tak bolehlah nak explain exact locationnya kat mana untuk sesiapa yang nak mai kesini.

Dari bandar, kami menapak berjalan kaki balik ke hotel semula. Kalau naik bas jugak untuk balik tak dapat la untuk menikmati sepenuhnya sekitar bandar ni. Sambil menapak, sambil menikmati keindahan bandar Konstanz. Sampai di hotel perut masing-masing pun lapar semula dah, nasib baik ada bungkus kebab 2 ketul. Sekejap je dikerumun oleh 5 makhluk yang kelaparan, terus ghaib dari pandangan mata!



Day 4

Pagi-pagi after breakfast, bergerak ke salah satu destinasi utama dalam road trip kali ini iaitu Zurich! Jarak ke Zurich dalam sejam driving sahaja. So kami had a day trip saja ke Zurich lagipun rasanya takda benda sangat yang menarik di sana. Kali ni kami terpaksa bersoal jawab sedikit dengan officer kat border untuk masuk ke Swiss. Di ceknya passport satu persatu, residence card dan but kereta jugak. Nasib baik semua document ok dan boleh teruskan perjalanan after 10 mins soal jawab. Satu lagi perkara penting jika driving ke Zurich ialah perlu tahu dimana hendak parking kenderaan. Boleh dapatkan address parking garage dalam internet juga. Parking on the road side is limited, so better park at the parking garage and one other thing the fee is quite expensive dan boleh pitam jugak nak membayarnya. Kalau tak silap, jika for 4 hours cost CHF 15~EUR 10! Makanya jalanlah laju-laju untuk elak bayar parking mahal-mahal..haha.



Bandar Zurich terletak ditepi tasik juga, kalau tak silap namanya Zurichsee (Lake Zurich). Dan sudah semestinya pemandangannya memang cantik sekali dengan bot-bot kecil yang berlabuh. For tourist boleh ambil bot tour keliling tasik jika berminat. Kami mulakan jelajah ke sekitar bandar Zurich dari tepi tasik ni menuju ke Bahnhofstrasse which is just across the street dari tempat bot cruise station. Bahnhofstrasse yang terkenal diseluruh dunia ialah shopping street, ala macam Oxford street di London atau Orchard road di S'pore atau Mariahilferstrasse di Vienna atau Champ Elysse di Paris. Quite nice, with bermacam kedai daripada yang murah hingga ke designer boutique yang "nakmasukpunrasagerun", di kiri kanan sepanjang jalan lebih kurang dalam 1.5 km itu.

Apa yang boleh buat disini, cuma cuci mata saja lah, not interested with shopping sebab harga barang di Zurich more expensive dari Vienna, even makanan pun mahai. Penghujung Bahnhofstrasse ialah Zurich Hauptbanhof (Main train station) dan selepas lepak sekejap makan di Nordsee restaurant, patah balik ke tempat parking tetapi kali ni berjalan menyusur sungai pula. Ada several attraction spot di sinii, dengan bangunan-bangunan cantik dan unik di sepanjang sungai.





Ternyata benar seperti yang diberitahu oleh kawan-kawan yang pernah datang kesini iaitu takda sangat yang extra menarik di Zurich (if you already have been to other cities in Europe) walaupun bandarnya memang diakui cantik dan bersih. But... Zurich really is an expensive city to visit. Lebih kurang 4 jam sahaja kami spent masa jelajah sekitar bandar Zurich ni sebelum naik kereta balik ke Konstanz semula.

Kami menginap di Konstanz selama 3 malam, so 2 more nights to go. Besok we will visit Rheinfall dan in the afternoon, lepak and layan budak-budak mandi di Bodensee, sambil cuci-cuci mata yang dah mula letih menengok gunung-ganang dan tasik sejak first day travel lagi.



bersambung...

2 comments:

Anonymous said...

Memang best dengar cerita travel. Rasa tak sabar lagi nak pergi berconference di Zurich (atau Davos) tahun depan.
Bulan Januari lalu bila saya berconference di Zurich, saya tanya tourist info centre arah mesjid/islamic centre untuk sembahyang Jumaat. Saya ikutlah petunjuk yang diberikan iaitu Tram No 11 (arah Rehalp) sebelum stop Balgrist akan nampak satu mesjid sebelah kiri. Bila saya sampai di mesjid tu nampak tak ramai orang pada hal dah hampir masuk waktu zohor. Saya tengok notis board mesjid yang rata-ratanya berbahasa German. Yang saya faham sedikit adalah kenyataan "....Hazrat Mirza Gulam Ahmad...". Sah itu mesjid Qadyani. Padanlah tak ramai orang. Saya pun beredar pulang ke hotel sembahyang Jamak/Qasar sendirian. Orang Zurich boleh komen tak?
Wassalaam. Raihan

joe said...

Bila pulak nak attend conference di Vienna?