Nuffnang

Tuesday, July 28, 2009

Summer 2009 Road Trip - part 1

Day 1

Setelah merancang berminggu-minggu untuk road trip kali ini, akhirnya pada 19/7 bermulalah sekali lagi acara duduk dalam kereta berjam-jam hingga naik kematu montot sambil tersengih-sengih menikmati pemandangan indah ciptaan Allah disepanjang perjalanan. Route perjalanan kali ini ialah dari Vienna-Innsbruck-Konstanz-Zurich-Geneva-Liechtenstein-Vienna.

Perjalanan dari Vienna ke Innsbruck memakan masa lebih kurang 5 jam, melalui Salzburg dan juga merentasi sempadan Germany. Jika memandu melalui Salzburg, jangan lepaskan peluang untuk berhenti di tempat rehat Mondsee, untuk menghilangkan letih, lenguh & mengantuk, menghirup kopi sambil menikmati pemandangan indah tasik Mondsee.

Lewat petang, kami tiba di Hotel Garni Menghini (www.hotelmenghini.com) di Innsruck. Thanks to the summer time yang siangnya panjang atau matahari terbenam sekitar jam 9 pm, makanya selepas check-in, terus menuju ke bandar Innsbruck untuk mencuci mata.


Tempat yang dituju tentunya Old Town Innsbruck, ianya agak lengang pada petang Ahad, most of the shops were closed. Tapi kedai-kedai makan dan kedai souvenirs tetap dibuka hingga jam 6-7 pm. Sempat pusing around the Old Town, dalam satu jam boleh cover most of the area. Yang paling menarik semasa di Old Town ialah barangan souvenirs disini agak murah. Banyak items yang tengah "sale" dan sempatlah juga angkut satu-dua barang kenangan dari Innsbruck.

Penat pusing-pusing around the city, balik hotel untuk rehat dan dinner makanan yang dibawa dari Vienna. Hotel Garni Menghini ni is a normal hotel so takda kitchenette facility dan tak boleh nak masak like home, but the hotel is quite nice in residential area close to the city. Yang bestnya dibelakang hotel ada sepohon pokok epal yang tengah lebat berbuah and takda sapa pun kutip. Siap tanya tokey hotel, boleh tak ambil epal tu and got the green light! Apa lagi.... pulun epal fresh dari pokok la!




Day 2

Hari ke-2, pagi-pagi lagi keluar menuju ke Swarovski Kristallwelten. Tempat ini terletak dalam 10 km diluar bandar Innsbruck. Rasanya most orang kenal jenama dan barangan Swarovski but tak ramai yang tau yang ianya berasal dari Innsbruck. Disinilah terletaknya kilang Swarovski, dan di kawasan bersebelahan kilangnya terdapat satu area bernama Kristallwelten (Crystall World) untuk para pengunjung. Ianya lebih kurang macam galeri pelbagai barangan, sejarah & everything about Swarovski. Quite menarik juga, but as usual untuk masuk ke Kristallwelten perlulah bayar tiket masuknya. For adult it cost EUR 9.50 tapi untuk kids under 12 yrs is free. Berbaloi jugalah untuk masuk dan melawat galeri Swarovski ini. Inside the gallery juga ada kedai Swarovski, tapi cuma mampu tengok je lah, harga barangannya mahal giler! (mahe mace bedil!-kata orang Kelantan!)



Dari Kristallwelten, menuju pula ke Hungerburg iaitu satu tempat di lereng bukit untuk menikmati pemandangan bandar Innsbruck dari aras tinggi. Boleh berkereta ke sini atau naik kabel car dari bandar Innsbruck. Dari Hungerburg pula boleh naik another cable car ke puncak Hafelekar yang setinggi 2256 m dari aras laut atau dipanggil Nordpark. Takdelah tinggi mana, lebih kurang separuh dari ketinggian Gunung Kinabalu je. Tetapi yang tak bestnya tiket ke puncak Hafelekar agak mahal iaitu EUR 21.30 untuk adult dan EUR 10.60 for kids. Tapi terpaksalah pejamkan mata memandangkan tarikan pemandangan menarik bandar Innsbruck dan pergunungan sekitar dari puncak.


Berada di puncak sememangnya berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. Memang amat cantik sekali pemandangan sekeliling dari puncak Hafelekar. Agak menarik juga bilamana dipuncak sana masih lagi terdapat baki-baki snow yang belum cair. Sempat lah budak-budak yang mengunjung bermain snow di waktu summer nih! Dari stesen cable car, boleh panjat by foot dalam hundred meters lagi untuk sampai betul-betul ke puncak. Tapi kami tak panjat disebabkan masing-masing ada yang cuma pakai selipar dan batu-batu yang licin oleh snow yang cair, agak merbahaya untuk panjat ke puncak.





Gunung-ganang di sekitar Innsbruck memang terkenal dengan aktiviti skiing di musim winter dan di musim summer sekarang ini menjadi tumpuan untuk mereka yang minat dengan mountain biking. Naik cable car with basikal to halfway puncak then turun dengan mountain bike hingga ke bawah sana.

Setelah puas tengok cerun sana, tengok cerun sini dari puncak gunung selama lebih kurang sejam, turun semula ke stesen Hungerburg dan berkereta balik ke hotel. Walaupun tak boleh masak dihotel, tetapi disebabkan perut jenis "tak boleh tak makan nasi", lanyak jugalah rice cooker untuk masak telur & kuah asam pedas segera tajaan "Brahim" untuk makan malam. Kalau tak pekena nasi, mata boleh lelap tapi perut tak lena tidor!!



bersambung... Day 3, ke Konstanz, Germany!

6 comments:

JHaZKiTaRo said...

beautiful pics.. salam ziarah dari pelajar di bumi eire.. blog hopping :) come n visit my blog..

joe said...

salam Jhazkitaro.. enjoy reading. Tq

Anonymous said...

Yes, keep it coming Joe! Kamu memang berada di kawasan bumi yang sangat menarik dan cantik. Masak dalam hotel tu biasalah. Jumpa tak kedai souvenir yang saya cakap tu? Wassalaam. Raihan.

joe said...

Tak jumpa pun kedai souviner tu, maybe tak pergi area tempat yg dicakapkan tu. Jumpa kedai lain yg pekerjanya org pinoy. Most kedai ada sale & quite cheap jugak itupun tak sempat pilih sgt sebab dah petang dan tokey kedai sibuk nak tutup kedai.

Azida said...

bestnya....berjalan-jalan kat tempat orang nih....

nice pics...

joe said...

Thanks Azida.