Nuffnang

Tuesday, July 7, 2009

Kisah Dalam Tram

Satu kisah tragis lagi benar yang berlaku dalam tram beberapa hari lepas semasa balik dari kerja. Sedang duduk-duduk dalam tram menikmati pemandangan orang-orang Vienna yang mula berpakaian seperti tak cukup kain dan seolah-olah berebut-rebut untuk memakai pakaian sekecik dan senipis yang boleh. Tiba-tiba terasa sesuatu menolak kaki dari bawah kerusi, terpandang ke bawah ternampak sesuatu yang bulat dan besar, lagi besar dari bolasepak tergolek kedepan meluncur laju melalui setiap kerusi. Terperanjat jugak tetapi still "control" lagi dan buat-buat takda apa since most penumpang lagi tidak sedar tentang apa yang berlaku.


Selepas less than a minute terdengar benda tergolek dari depan, kali ini aku lebih bersedia zahir dan batin untuk menerima apa jua "gangguan". Tiba-tiba ternampak lah satu benda bulat dan besar tergolek tepat kekaki aku, dan dengan pantas kakiku menahan bendasing itu.


Rupa-rupanya...... sebiji TEMBIKAI!! Adoii... sapa laa yang beli tembikai besau-besau lepas tu letak kat lantai ni. Toleh ke belakang, ada seorang pakcik ni bangun tercangak-cangak semacam mencari sesuatu. Aku tunjuk (nak cakap German tak reti) tembikai itu, terus dia hulur tangan tanda kepunyaannya. Dengan bangganya seumpama seorang superhero yang telah berjaya menyelamatkan mangsa, tembikai yang rasanya berat lebih dari 5 kilo itu dihulurkan kepada empunyanya semula. Penumpang disebelah dan didepan semuanya tersengih-sengih, (tak sure samada tersengih sebab tembikai itu atau sebab aksi superhero yang berjaya menangkap tembikai yag licik itu). Terus pakcik itu berlalu dan duduk di kerusi bahagian depan pula sambil mengendong sebiji tembikai yang besar itu.

p/s: Gambar dibawah ialah contoh 2 jenis tram yang beroperasi di Vienna.

Sekian, terima kasih.

No comments: